Apa Yang Berlaku Ketika Wanita Klimaks – Dari A- Z

Video ini menerangkan dengan terperinci dan jelas apa yang berlaku ketika wanita klimaks. Bagi setiap wanita, klimaks atau orgasme adalah perkara yang penting ketika berasmara. Untuk klimaks, kebanyakkan wanita memerlukan suasana dan keadaan yang sesuai.

Apa yang berlaku ketika wanita klimaks

Sebenarnya Apa Yang Berlaku Ketika Wanita Klimaks

Ketika meningkatnya ghairah seks, faraj menjadi basah dan pengaliran darah meningkat. Faraj berubah warna kepada warna yang lebih gelap, dan klitoris membengkak dan membesar. Bibir faraj terbuka dan berpusing ke arah luar. Rahim dan Servik pula ditarik kedalam ke arah Pelvik. Ini akan menjadikan lubang faraj lebih panjang.

Denyutan jantung, pernafasan dan suhu tubuh badan akan meningkat. Peluh juga akan keluar dengan banyak. Seterusnya kulit berubah warna, dan payudara membengkak dan membesar. Puting payudara menjadi keras. Untuk sesetengah wanita, warna wajah, leher dan dada akan menjadi merah.

Klitoris memainkan peranan yang penting untuk seseorang wanita mencapai orgasme. Kadang-kala, wanita hanya boleh mencapai orgasme dengan merangsang klitoris secara terus. Ini boleh dilakukan dengan tangan, mulut, alat bantuan seks(seperti ‘vibrator’), dan zakar.

Ada wanita yang hanya boleh klimaks dengan rangsangan klitoris sahaja! Click To Tweet

Penetrasi Zakar Memainkan Peranan

Penetrasi zakar kepada faraj akan menyebabkan lubang faraj menjadi sempit, seterusnya memberikan lebih rangsangan kepada dinding faraj dan klitoris. Orgasme atau klimaks akan berlaku pada titik puncak rangsangan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga hubungan seks tanpa penetrasi zakar yang boleh buat wanita klimaks jika dilakukan dengan teknik yang betul.

Bahagian bawah faraj, dinding faraj, rahim, lubang dubur, salur kencing akan menguncup dengan kuat. Kuncupan ini akan terjadi antara satu hingga dua saat. Kuncupan pertama adalah yang paling hebat, dan kontraksi seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama. Secara am, seorang wanita boleh mengalami antara 10 hingga 15 kontraksi, yang kekal antara beberapa saat sehingga seminit.

Ketika klimaks, peluh keluar dengan banyak, dan kontraksi otot-otot boleh berlaku pada tangan dan kaki. Sesetengah wanita juga mengeluarkan bunyian sebagai ekspresi nikmat yang dialami. Selepas klimaks, wanita akan menjadi tenang.

Orgasme bagi wanita adalah pengalaman yang amat peribadi. Sesetengah wanita gemar menyendiri selepas klimaks. Manakala ada wanita yang masih bernafsu dan boleh mengalami orgasme seterusnya. Ini dikenali sebagai orgasme berganda.

KONGSI

WAJIB BACA

Terbaru

Popular

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *