Video Bagaimana Menggunakan Kondom – Wajib Tengok

Video seks melayu kali ini menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan kondom. Menurut video bagaimana menggunakan kondom ini, kondom adalah penting untuk mencegah daripada penyebaran jangkitan seksual dan penyakit seksual, atau dikenali sebagai STI (Sexual Transmitted Infection) dan STD (Sexual Transmitted Disease).

Video bagaimana menggunakan kondom

Video Bagaimana Menggunakan Kondom – Panduan Lengkap

Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum menggunakan kondom ialah pastikan kondom tersebut disimpan pada tempat yang sesuai. Ini bermaksud kondom tersebut harus disimpan pada lokasi yang sejuk dan kering. Elakkan daripada menyimpan kondom di tempat yang lembab, dan panas seperti ‘dashboard’ kereta dan dompet anda.

Anda juga perlu pastikan kondom anda belum tamat tarikh lupusnya. Kebanyakkan kondom mampu bertahan sehingga lima tahun sebelum tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu anda perlu menyemak tarikh luput yang terdapat pada kondom tersebut sebelum menggunakannya.

Pastikan juga kondom tersebut belum dibuka dan tidak pernah digunakan. Semak pakej kondom tersebut dan pastikan masih terdapat gelembung udara pada bungkusan kondom. Ini menunjukkan kondom tersebut masih belum dibuka.

Jangan gunakan gigi anda untuk membuka bungkusan kondom. Gunakan tangan anda. Jika anda gunakan gigi untuk membuka bungkusan kondom, kemungkinan kondom akan terkoyak adalah tinggi.

Ingat, jangan gunakan gigi untuk membuka bungkusan kondom! Click To Tweet

Setelah anda membuka kondom, kenalpasti bahagian luar dan bahagian dalam kondom. Bahagian dalam mempunyai cecair berbanding bahagian luar. Dan jika anda memegang kondom dengan betul, kondom tersebut akan kelihatan seperti topi.

Jika anda tersilap dan menyentuh kondom pada bahagian dalam kondom, iaitu bahagian yang mempunyai cecair, anda dinasihatkan supaya buang kondom tersebut dan menggunakan kondom yang baru. Ini kerana kemungkinan bahagian luaran kondom dijangkiti adalah tinggi.

Letakkan kondom pada zakar anda, dan gulung kondom ke bawah sehingga ke pangkal zakar anda.

Setelah anda selesai dengan aktiviti seks, buang kondom anda. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan berulang kali.

Diharap video seks melayu iaitu video bagaimana menggunakan kondom kali ini akan membantu anda ke arah hubungan seks yang sihat.

KONGSI

WAJIB BACA

Terbaru

Popular

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *