Bagaimana Menipu Orgasme – Video Lucu Penuh Mesej Tersembunyi

Video yang agak lucu dari Howcast ini menunjukkan bagaimana untuk menipu orgasme untuk wanita. Video ini dibuat bagi wanita yang ingin menjaga hati pasangan mereka, atau ingin menamatkan aktiviti seks dengan pantas kerana mungkin ada perkara penting yang perlu dilakukan.

Walaupun ramai lelaki yang tidak percaya, situasi ini bukanlah perkara baru bagi kebanyakan wanita yang memang sukar untuk orgasma ketika hubungan seks bersama pasangan mereka.

Menipu orgasme

Sebenarnya ramai wanita yang menipu atau berpura-pura orgasma ketika seks untuk menjaga hati pasangan. Sad but true... Click To Tweet

Video Bagaimana Menipu Orgasme

Mengikut video ini, apa yang anda perlukan untuk menipu orgasme ialah kemahiran berlakon, dan ‘timing’ yang sesuai. Berikut ialah langkah-langkah yang anda perlukan(wanita) untuk menipu orgasme:

  1. Mulakan dengan mengerang dan mendesah lembut beberapa kali. Mata harus separuh dibuka, dan perawakan muka adalah neutral.
  2. Kemudian keluarkan kata-kata yang boleh merangsang pasangan anda, seperti “Ahh sedapnya” dan sebagainya.
  3. Tinggikan suara perlahan-lahan, lajukan pernafasan dan mengerang dengan lebih agresif. Apa yang penting di sini ialah lakukan dengan secara perlahan-lahan, dan tidak terlalu pantas kerana ini akan menunjukkan anda seperti berpura-pura atau berlakon.
  4. Tukar riak muka anda seperti menggigit bibir, buka mulut, kerutkan kening, atau menyeringai gigi anda.
  5. Kemudian gerakkan tubuh anda. Pastikan anda lakukan dengan semulajadi dan tidak terlalu “over”.
  6. Maklumkan kepada pasangan anda bahawa anda hampir klimaks, atau orgasme.
  7. Peluk pasangan anda dengan kuat, dan berpura-pura anda telah hilang kawalan, pendekkan nafas, atau apa sahaja yang anda lakukan ketika anda betul-betul orgasme.
  8. Beritahu pasangan anda yang anda inginkan beliau juga orgasme bersama anda.
  9. Selepas pasangan anda klimaks, puji pencapaian beliau di atas katil dengan kata-kata pujian yang membunga.
  10. Jangan terus bangun dan terus berada di dalam pelukan beliau.

Mengikut video ini juga, 2/3 daripada wanita dan 1/3 lelaki berpura-berpura atau menipu orgasme. Nilai ini diambil daripada kajian yang dilakukan terhadap 15,000 dewasa yang aktif seks.

Mengejutkan! Tetapi itu lah yang berlaku kepada pasangan pada masa sekarang. Kesibukan hidup menyebabkan hubungan seks dipandang sebagai remeh dan akibatnya berlaku menipu orgasme untuk menjaga hati pasangan.

Anda bagaimana?

KONGSI

WAJIB BACA

Terbaru

Popular

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *