Perlu Baca
Utama > Video Seks Melayu > Apa Yang Berlaku Ketika Wanita Klimaks

Apa Yang Berlaku Ketika Wanita Klimaks

Video ini menerangkan dengan terperinci dan jelas apa yang berlaku ketika wanita klimaks.

Bagi setiap wanita, klimaks atau orgasme adalah perkara yang penting ketika berasmara. Untuk klimaks, kebanyakkan wanita memerlukan suasana dan keadaan yang sesuai.

Ketika meningkatnya ghairah seks, faraj menjadi basah dan pengaliran darah meningkat. Faraj berubah warna kepada warna yang lebih gelap, dan klitoris membengkak dan membesar. Bibir faraj terbuka dan berpusing ke arah luar. Rahim dan Servik pula ditarik kedalam ke arah Pelvik. Ini akan menjadikan lubang faraj lebih panjang.

Denyutan jantung, pernafasan dan suhu tubuh badan akan meningkat. Peluh juga akan keluar dengan banyak. Seterusnya kulit berubah warna, dan payudara membengkak dan membesar. Puting payudara menjadi keras. Untuk sesetengah wanita, warna wajah, leher dan dada akan menjadi merah.

Klitoris memainkan peranan yang penting untuk seseorang wanita mencapai orgasme. Kadang-kala, wanita hanya boleh mencapai orgasme dengan merangsang klitoris secara terus. Ini boleh dilakukan dengan tangan, mulut, alat bantuan seks(seperti ‘vibrator’), dan zakar.

Penetrasi zakar kepada faraj akan menyebabkan lubang faraj menjadi sempit, seterusnya memberikan lebih rangsangan kepada dinding faraj dan klitoris. Orgasme atau klimaks akan berlaku pada titik puncak rangsangan.

Bahagian bawah faraj, dinding faraj, rahim, lubang dubur, salur kencing akan menguncup dengan kuat. Kuncupan ini akan terjadi antara satu hingga dua saat. Kuncupan pertama adalah yang paling hebat, dan kontraksi seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama. Secara am, seorang wanita boleh mengalami antara 10 hingga 15 kontraksi, yang kekal antara beberapa saat sehingga seminit.

Ketika klimaks, peluh keluar dengan banyak, dan kontraksi otot-otot boleh berlaku pada tangan dan kaki. Sesetengah wanita juga mengeluarkan bunyian sebagai ekspresi nikmat yang dialami. Selepas klimaks, wanita akan menjadi tenang.

Orgasme bagi wanita adalah pengalaman yang amat peribadi. Sesetengah wanita gemar menyendiri selepas klimaks. Manakala ada wanita yang masih bernafsu dan boleh mengalami orgasme seterusnya. Ini dikenali sebagai orgasme berganda.

https://www.youtube.com/watch?v=34j4jv5jQHI

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.