Perlu Baca
Utama > Berita Seks Melayu > Video Pelacur Bawah Umur di Malaysia

Video Pelacur Bawah Umur di Malaysia

Malaysia Insider melaporkan satu berita yang mengejutkan di laman web mereka bahawa sindiket pelacuran yang menawarkan pelacur bawah umur sebenarnya wujud dan aktif di Malaysia.

pelacur bawah umur di Malaysia

Pernyataan tersebut dibuat berdasarkan sebuah video Dokumentari bertajuk “Trapped – The Underage Sex Industry in Malaysia” , yang dimuatnaik ke laman Youtube oleh wartawan USA Today, Mahi Ramakrishnan dan Rian Maelzer.

Pendedahan wartawan

Menurut salah seorang wartawan tersebut iaitu Mahi Ramakrishnan, beliau membongkar perkara ini secara tidak sengaja ketika sedang menyiapkan sebuah artikel yang lain. Perkara ini mengejutkan beliau kerana beliau beranggapan jenayah sebegini tidak mungkin berlaku di Malaysia.

Menurut beliau lagi tidak pernah terlintas di fikiran beliau bahawa aktiviti sebegini wujud di Malaysia. Mungkin ini adalah lumrah di negara jiran Thailand, tetapi di Malaysia?

Beliau mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut dan mula meluangkan masa beliau dengan melawati kawasan sekitar Bukit Bintang dan Chow Kit pada malam hari. Beliau menghabiskan banyak masa di lokasi ini dan berbual dengan ramai individu, kebanyakkannya menyangkal perkara ini dan ada yang mentertawakan beliau.

Walaubagaimanapun menurut beliau pejuang hak asasi kanak-kanak, iaitu Dr. Hartini Zainuddin memberi semangat kepada beliau untuk meneruskan siasatan dan membongkar perkara ini walau menghadapi pelbagai halangan.

Mengambil masa 2 Tahun

Selepas dua tahun menjalankan siasatan dengan bantuan wartawan Rian Maelzer, Mahi berjaya menyiapkan video yang membongkar sindiket pelacur bawah umur di Malaysia.

Menurut Mahi, beliau mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan kerjasama daripada pemilik pusat pelacuran, yang membolehkan beliau mendapatkan maklumat daripada mereka yang terlibat di dalam sindiket ini. Menurut beliau lagi mencari kanak-kanak bawah umur yang terlibat dalam sindiket ini adalah cabaran yang beliau hadapi.

Beliau terpaksa melungkan masa di pusat pelacuran setiap hari dari pukul 11 malam sehingga ke pagi untuk mencuri masa mendapatkan maklumat.

Namun begitu, menurut Mahi cabaran yang paling hebat yang berjaya beliau atasi adalah menghadapi perasaan takut daripada dirinya sendiri. Beliau yang mempunyai dua orang anak perempuan sering membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya perkara ini berlaku kepada anak-anaknya.

Video pelacur bawah umur di Malaysia

Video dokumentari selama 22 minit ini dimuatnaik ke laman Youtube pada 12 September yang lalu, dengan keterangan:

An exposé of the dark underbelly of Kuala Lumpur, where underage girls from other Asian countries work in the sex trade — some of their own choice, others brutalized victims held as virtual prisoners. We speak with some of the girls, as well as police, social workers and psychologists. Produced and directed by Mahi Ramakrishnan and Rian Maelzer.

Video ini memaparkan temuduga dengan pihak Polis, aktivis hak kanak-kanak, pakar psikologi, dan tiga orang pelacur bawah umur di Malaysia, yang walaupun di usia muda telah lama terlibat dalam aktiviti pelacuran.

Dua daripada mereka memberitahu mereka melakukannya untuk mendapat wang, manakala seorang lagi menyatakan beliau ditipu untuk menjadi pelacur ketika tiba di Malaysia.

Anda boleh menonton video pelacur bawah umur di Malaysia di bawah:

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

gambar kemaluan wanita

Gambar Kemaluan Wanita: 400 Jenis dan Bentuk!

Nak lihat gambar kemaluan wanita? Jangan bimbang ini bukan gambar porno atau gambar lucah, tetapi …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.