Tentang Kami

Info seks melayu

Laman web seks-melayu.info (Info Seks Melayu) adalah sebuah laman web yang dibangunkan bertujuan untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks kepada masyarakat Malaysia khususnya. Laman web ini mungkin akan menyinggung sesetengah pihak dengan informasi-informasi untuk orang dewasa (18 tahun ke atas) yang kadang kala berbaur sedikit lucah.

Namun begitu, laman web Info Seks Melayu ini sama sekali tidak akan memaparkan gambar-gambar lucah yang melampau, terlampau atau “over”. Dalam erti kata lain, laman web ini bukanlah laman web porno atau laman web yang dipenuhi cerita-cerita lucah.

Misi Info Seks Melayu

Misi utama laman web ini adalah untuk memberi informasi berkaitan hubungan seks sihat sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu. Kami juga ingin menghapuskan mitos-mitos berkaitan hubungan seks yang banyak tersebar di laman web pada masa sekarang.

Dengan adanya informasi sebenar berkaitan hubungan seksual sihat, masyarakat akan lebih terbuka minda dan menerima yang hubungan seks bukanlah sesuatu aktiviti yang kotor dan jijik, tetapi indah jika dilakukan dengan sihat.

Visi Info Seks Melayu

Kami berharap dengan adanya lebih banyak laman web yang memberi informasi dan panduan berhubungan hubungan seks sihat, masyarakat kita akan mengamalkan gaya hidup sihat – termasuk dalam aktiviti seks.

Hubungan seks sihat secara tak langsung dapat mengelakkan masyarakat daripada dalam gejala atau penyakit seks. Malah pasangan suami isteri yang mengamalkan hubungan seks sihat juga secara mudah akan meningkatkan keintiman hubungan kelamin suami isteri.

Diharapkan para pengunjung dapat beroleh manfaat dan mendapat informasi-informasi yang berguna melalui laman web Info Seks Melayu ini.