Zakar Semakin Kurang Bertenaga – Apa Penyebab Dan Penyelesaiannya

Kenapa zakar semakin kurang bertenaga? Zakar adalah senjata lelaki yang utama di ranjang. Semua suami mengimpikan zakar yang bertenaga dan mampu menjalankan tanggungjawab di ranjang. Zakar yang kekar, keras dan berupaya mencapai ereksi sepenuhnya sudah pasti dapat memuaskan pasangan dan memberi nikmat kepada isteri.

Malangnya pada masa sekarang ramai lelaki yang menghadapi masalah zakar tidak dapat mencapai ereksi sepenuhnya. Walaupun belum sampai ke tahap mati pucuk, zakar yang kurang keras dan tidak bertenaga sukar untuk memberikan kepuasan kepada isteri.

Zakar semakin kurang bertenaga

Kebanyakkan masalah yang menyebabkan zakar kurang bertenaga berpunca dari masalah kesihatan. Click To Tweet

Zakar Semakin Kurang Bertenaga – Kesihatan memainkan peranan

Terdapat banyak faktor yang boleh membuatkan zakar semakin kurang bertenaga. Kebanyakkan daripada faktor-faktor utama yang menyebabkan zakar kurang bertenaga boleh dikaitkan dengan faktor masalah kesihatan, yang berkait rapat secara langsung mahupun tidak langsung.

Berikut saya berikan faktor-faktor utama yang menyebabkan zakar semakin kurang bertenaga.

  1. Meningkatnya usia
    Walaupun kondisi ini tidak mempengaruhi semua lelaki, boleh dikatakan majoriti kaum lelaki akan mengalami satu peringkat yang dikenali sebagai “Adropause”. Andropause ialah keadaan yang berlaku dengan meningkatnya umur seseorang lelaki dan menyebabkan produksi hormon Testosteron semakin berkurang. Hormon Testosteron memainkan peranan penting untuk sifat maskulin seseorang lelaki, dan amat berkait rapat dengan tingkat ghairah seks lelaki.
  2. Penyakit tiga serangkai
    Kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Tiga penyakit ini boleh dikatakan penyakit utama yang menyumbang kepada zakar semakin kurang bertenaga. Oleh kerana aliran darah yang sempurna perlu untuk membantu ereksi zakar, gangguan sistem aliran darah pada tubuh secara langsung akan mempengaruhi keupayaan zakar untuk keras dan mengalami ereksi. Ketiga-tiga penyakit ini memberi kesan kepada sistem aliran darah pada tubuh.

    Kencing manis, iaitu kandungan gula yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan dinding pembuluh darah menjadi sempit. Keadaan ini tidak hanya berlaku pada jantung dan otak, tetapi juga memberi kesan kepada bahagian alat sulit lelaki. Akibatnya aliran darah ke bahagian alat sulit, zakar akan terganggu dan berkurang. Seterusnya pesakit tidak akan dapat mencapai ereksi sepenuhnya.

    Begitu juga penyakit darah tinggi, dan penyakit jantung. Darah tinggi akan menyebabkan saluran darah menjadi keras, seterusnya menyempit. Ini semua memberi kesan secara langsung kepada ereksi lelaki.
  3. Merokok
    Kandungan seperti tar dan nikotin di dalam rokok akan membuatkan pembuluh darah anda menjadi sempit. Lebih kuat anda merokok, lebih tinggi kandungan tar dan nikotin yang akan berhimpun di dalam pembuluh darah anda. Tambahan lagi jika anda kurang bersenam dan berpeluh. Tar dan nikotin yang terkumpul ini akan membuatkan zakar semakin kurang bertenaga.
  4. Gangguan saraf
    Walaupun gangguan pada sistem saraf tidak mempengaruhi fizikal alat sulit secara langsung, tetapi faktor ini juga memberi kesan kepada keupayaan zakar untuk keras. Penyakit gangguan saraf seperti Parkinson dan Stroke akan menyebabkan keupayaan sistem saraf menurun. Ini membuatkan ghairah seks berkurang, dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keupayaan zakar untuk mencapai ereksi sepenuhnya.
  5. Kesan sampingan ubat-ubatan
    Ubat-ubatan perangsang, dan penenang seperti ubatan yang membantu menurunkan tekanan darah akan memberi kesan kepada keupayaan ereksi zakar. Ubat-ubatan ini selalunya diambil oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan darah tinggi.
  6. Stress dan trauma
    Stress yang berlebihan boleh mempengaruhi keupayaan zakar secara langsung. Seringkali mereka yang mengalami stress sama ada di tempat kerja, atau stress dari masalah seperti kewangan, hilang ghairah seks dan hilang nafsu untuk beraksi di ranjang. Jika masih bernafsu dan ingin bersetubuh, zakar akan mengalami masalah untuk keras sepenuhnya kerana faktor stress tersebut.

Membantu zakar bertenaga semula

Jika anda lihat faktor-faktor zakar semakin kurang bertenaga yang saya senaraikan di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Seperti kata pepatah, ‘Mencegah lebih baik daripada merawat’.

Walaupun anda sedang mengalami masalah-masalah yang saya sebutkan di atas, tidak sukar untuk anda menukar gaya hidup anda kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Amalkan diet yang seimbang dan teratur, kurangkan merokok, dan bersenam secara konsisten untuk meningkatkan kesihatan jantung, dan membuat jantung dapat mengepam darah dengan lebih efisyen ke seluruh tubuh, termasuk kepada alat sulit dan zakar.

Tidak guna anda mendapatkan bantuan pil, krim, ubat-ubatan atau pam zakar yang kononnya dapat membuat zakar keras sedangkan punca utama yang mengalirkan darah ke zakar anda tidak dirawat. Gaya hidup yang sihat, akan menyumbang kepada hubungan seks yang sihat.

Anda tahu tak zakar yang sihat akan keras pada waktu pagi? Kalau nak tahu lebih lanjut baca tip zakar yang sihat keras pada waktu pagi

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

4 thoughts on “Zakar Semakin Kurang Bertenaga – Apa Penyebab Dan Penyelesaiannya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *