Tertinggal Kondom Di Dalam Faraj Isteri – Apa Harus Saya Buat?

Alamak, tertinggal kondom di dalam faraj isteri – apa perlu saya buat. Itu adalah soalan yang ditanyakan di bahagian soal jawab seks melayu kali ni. Mungkin agak lucu, tetapi apa nak buat jika perkara ini terjadi pada anda?

tertinggal kondom di dalam faraj isteri

Apa nak buat jika anda tertinggal kondom di dalam faraj isteri? Soal jawab seks melayu kali ni menjawab soalan yang agak lucu ni. Click To Tweet

SOALAN

SAYA mengadakan hubungan intim dengan isteri menggunakan kondom. Selepas bersama didapati kondom itu tiada dan saya rasa ia berada di dalam faraj isteri.

Apakah tindakan yang boleh dilakukan dan apakah kesan kepada isteri jika saya tertinggal kondom di dalam faraj isteri?

JAWAPAN

KONDOM mudah ditarik ­keluar menggunakan jari yang dimasukkan ke dalam faraj. Setelah itu, kondom hendaklah diperiksa sama ada masih utuh atau sudah koyak.

Sekiranya ia sudah koyak, ada kemungkinan sebahagian lagi cebisan kondom terbabit masih tertinggal di dalam faraj.

Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau kepastian doktor melalui pemeriksaan khas menggunakan alat spekulum untuk melihat keseluruhan faraj dan ruangnya.

Sekiranya ia berada buat masa yang lama, kehadiran kondom yang juga sejenis benda asing ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga mendatangkan masalah lelehan, bau dan seumpamanya.

Kondom Di Dalam Faraj Tidak Akan Masuk ke Dalam Rahim

Sementara itu, usah bimbang, agak mustahil untuk kondom memasuki ke dalam rahim kerana pintu rahim sangat kecil.

Bagaimanapun, kegagalan fungsi kondom (melindungi zakar anda dari awal penetrasi sehingga anda mengeluarkannya dari faraj) menyebabkan isteri anda terdedah kepada kemungkinan kehamilan.

Kondom terbabit mungkin tertanggal kerana zakar anda sudah kembali mengendur selepas ejakulasi (anda sepatutnya terus menarik zakar keluar sejurus selepas ejakulasi) atau kondom terbabit longgar.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *