Selaput Dara Tiada Darah Pada Malam Pertama – Masih Dara?

Selaput dara tidak berdarah pada malam pertama perkahwinan, adakah saya tiada dara? Inilah dilema yang dihadapi oleh bakal pengantin baru. Dilema ini boleh buat pengalaman malam pertama menjadi kurang nikmat. Malah ramai bakal isteri yang tertekan kerana terlalu memikirkan masalah ini.

Selaput dara

SOALAN

SAYA berusia 22 tahun dan baru berkahwin sebulan. Adakah saya mempunyai dara kerana ketika melakukan hubungan bersama suami, tiada sebarang tompok darah yang keluar daripada faraj saya seperti yang lazimnya diberitahu ramai orang.

Adakah proses pecah dara itu harus membabitkan keluar tompokan darah? Adakah mungkin ia sudah pecah tanpa disedari seseorang wanita? Saya bimbang jika suami berasa kurang senang dengan diri saya walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.

Adakah selaput dara yang berdarah pada malam pertama adalah tanda wanita tersebut masih dara? Anda mungkin terkejut dengan jawapan ini Click To Tweet

JAWAPAN

SEELOKNYA anda memahami terlebih dulu mengenai kepelbagaian rupa selaput dara yang boleh dimiliki gadis sunti.

Jenis Selaput Dara

Dalam kebanyakan gadis, selaput dara berupa cecincin nipis mengelilingi bukaan faraj dan berlubang di tengahnya, jenis ini disebut annular.

Ada juga yang mempunyai rupa jejari atau berliku pada cecincinnya (disebut dentate berfimbria). Ada juga selaput yang tidak menunjukkan cecincin yang lengkap men gelilingi bukaan faraj tetapi hanya sebahagian saja ling karannya (lunar).

Ada selaput dara yang seolah-olah mempunyai dua lubang di tengahnya yang dibahagi oleh satu septum di tengahnya (jenis septate). Ada juga selaput yang tidak kelihatan seperti lapisan tisu menutupi keseluruhan bukaan faraj dan meninggalkan lubang halus seperti alat penapis (jenis cri briform).

Malah, ada juga selaput yang langsung tidak mempunyai lubang (imperforate) dan menimbulkan masalah apabila darah haid tidak dapat keluar apabila sudah baligh. Ada juga jenis lain yang turut ditunjukkan di dalam rajah di bawah:

Selaput dara dibentuk oleh tisu kolagen yang bersifat anjal iaitu ia boleh koyak apabila diregang melebihi tahap ke anjalannya.

Jika saiz bukaan lubang dan sifatnya lebih anjal, ia boleh membenarkan kemasukan zakar tanpa mengakibatkan ko yakan, lebih-lebih lagi jika ia berjenis lunar serta selaput terbabit kurang vascular dan zakar pula bersaiz kecil.

Tidak Semua Selaput Dara Berdarah

Tidak semua koyakan selaput dara akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, tidak semua jenis selaput akan koyak apabila berlaku tusukan menerusinya.

Selaput dara mungkin boleh koyak dengan aktiviti lasak. Ia lazimnya tidak koyak bersendirian tetapi turut disertai de ngan trauma pada organ di luarnya atau organ berham pirannya seperti bibir kemaluan, paha dan seumpamanya.

Ini kerana trauma aktiviti terbabit akan mengenai organ lain dulu sebelum terkena selaput yang dilindunginya.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

2 thoughts on “Selaput Dara Tiada Darah Pada Malam Pertama – Masih Dara?”

  1. Saya sudah berkahwin selama 2 bulan, tapi masih gagal untuk melakukan hubungan bersama. ini disebabkan masalah saya yang terlalu takut untuk memecahkan dara. Saya terlalu fikirkan rasa sakit yang saya bakal hadapi. walhal, bila saya berjauhan dengan suami, saya ingin melakukannya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *