Hubungan Seksual Malam Pertama Tanpa Sakit

Hubungan seksual malam pertama adalah antara aktiviti yang dinanti-nanti oleh setiap pengantin baru. Setelah bercinta, sudah tiba masanya untuk mengharungi bahtera perkahwinan yang dimulakan dengan pengalaman indah pada malam pertama pengantin.

hubungan seksual malam pertama

Malangnya, terdapat sesetengah pasangan, terutama para isteri yang takut untuk mengharungi malam pertama. Perkara ini terjadi kerana takut berasa sakit ketika hubungan seksual malam pertama.

Tambahan lagi dengan cerita-cerita yang menceritakan pengalaman ngeri pada malam pertama. Kadang-kadang cerita ni tak betul pun dan hanya rekaan semata-mata.

Tetapi terdapat sesetengah kes terpencil di mana memang para isteri akan mengalami kesakitan ketika persetubuhan malam pertama.

Kenapa perkara ini berlaku dan bagaimana untuk mencegah situasi ini supaya hubungan seksual anda berdua akan memberikan pengalaman indah yang akan tersemat di minda anda selama-lamanya.

Masalah Sakit Ketika Hubungan Seksual Malam Pertama

Masalah sakit ketika hubungan seksual malam pertama boleh dikatakan dialami oleh kebanyakkan para isteri, dan dalam sesetengah kes, para suami.

Masalah ini bukanlah masalah terpencil, malah terdapat istilah perubatan yang dikaitkan dengan masalah ini, iaitu dikenali sebagai ‘dyspareunia’.

Dysparuenia adalah masalah sakit ketika hubungan seksual yang timbul daripada faktor psikologi, fizikal atau masalah perubatan. Click To Tweet

Masalah ini tidak hanya berlaku kepada pasangan pengantin baru ketika malam pertama, malah sering terjadi kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumahtangga.

Selalunya rasa sakit pada malam pertama, atau penembusan zakar yang pertama lebih kepada faktor psikologi. Ini berlaku kerana para isteri tidak bersedia untuk menerima penembusan zakar suami mereka untuk pertama kalinya.

Jika ini yang berlaku, masalah ini mudah diatasi dan selalunya akan selesai dengan sendirinya selepas zakar mula menujah di dalam faraj. Ketika ini para isteri akan hilang rasa takut dan mula merasakan nikmat tujahan dan dorongan zakar suami mereka.

Oleh itu masalah faraj sakit yang disebabkan oleh faktor psikologi akan diselesaikan dengan sendirinya selepas menikmati keasyikan hubungan seks malam pertama.

Faktor Perubatan Masalah Sakit Ketika Hubungan Seks Malam Pertama

Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor perubatan yang menyebabkan kesakitan pada faraj ketika penembusan zakar.

Faktor-faktor ini termasuk:

  • Faraj kering kerana kurang cecair faraj.
    Cecair atau cairan akan dikeluarkan oleh faraj ketika wanita terangsang. Ini adalah reaksi normal faraj apabila seseorang wanita ghairah dan bernafsu. Masalah timbul apabila faraj tidak mengeluarkan cecair ini, atau kurang cecair yang dikeluarkan oleh faraj menyebabkan faraj menjadi kering dan tidak bersedia menerima penembusan zakar. Faktor utama yang menyebabkan faraj kering selalunya disebabkan oleh kurang foreplay atau pemanasan ketika hubungan seks. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain seperti faktor usia di mana wanita yang telah mengalami putus haid (menopause) akan kurang mengeluarkan cecair pada faraj mereka. Wanita yang baru bersalin dan sedang menyusu juga kadang-kala mengalami keadaan yang sama. Ubat-ubatan juga adalah antara penyebab faraj kering. Ubatan seperti ubat penenang, anti-depresi dan ubat tekanan darah tinggi antara penyebab faraj kering.
    [su_spacer size=”10″]
  • Jangkitan pada faraj
    Jangkitan kuman pada faraj boleh menyebabkan faraj sakit ketika penembusan zakar. Ini adalah keadaan yang serius dan harus diubati dengan berjumpa pakar perubatan.
    [su_spacer size=”10″]
  • Penyakit ‘Vaginismus’
    Penyakit ‘Vaginismus’ adalah penyakit yang berkait rapat dengan faktor psikologi. Penyakit ini didefinisikan sebagai kekejangan otot faraj disebabkan oleh rasa takut dalam hubungan seks. Kekejangan ini akan membuat kan faraj berasa sakit dan menyukarkan penembusan zakar dalam hubungan seks.

Bagaimana Mengatasi Rasa Sakit Malam Pertama?

Jika anda mengalami masalah perubatan seperti yang dinyatakan di atas, cara terbaik adalah dengan berjumpa dengan pakar sakit Puan untuk mengubati masalah perubatan yang anda hadapi.

Tetapi jika rasa sakit yang anda alami adalah disebabkan oleh masalah psikologi dan emosi, anda dan pasangan boleh mengikuti tip-tip ini untuk mengatasi rasa sakit ketika hubungan seksual malam pertama.

Komunikasi Malam Pertama

Komunikasi bukan sahaja penting untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga dalam aktiviti harian, tetapi juga adalah salah satu elemen penting dalam hubungan seksual.

Sebagai pasangan pengantin baru, dan menghadapi malam pertama perkahwinan, mungkin perasaan malu masih menebal antara pasangan. Anda perlu atasi perasaan ini dan berkomunikasi secara jujur dengan pasangan tentang hubungan seks.

Maklumkan kepada pasangan apa yang membuat anda ghairah, dan apa yang anda tidak gemar beliau lakukan kepada diri anda. Ini akan membantu pasangan anda untuk merangsang anda sepenuhnya, sekali gus membuat anda benar-benar terangsang dan bersedia untuk menerima penembusan zakar suami.

Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk memaklumkan kepada suami sekiranya anda belum bersedia, iaitu anda belum benar-benar terangsang dan ghairah untuk menerima tujahan zakar suami.

Atau jika pasangan anda menujah terlalu laju, beritahu beliau supaya memperlahankan tujahan beliau.

Jangan Gelojoh

Ramai pasangan yang kurang pengalaman ketika mengharungi malam pertama. Akibatnya para suami selalu bertindak terburu-buru dan mengabaikan peringkat pemanasan, atau foreplay.

Peringkat pemanasan adalah salah satu peringkat yang penting dalam hubungan seks. Teknik foreplay yang betul akan membuat isteri benar-benar terangsang dan bersedia untuk menerima penembusan zakar.

Oleh itu jangan abaikan peringkat foreplay. Luangkan sedikit masa untuk menggoda isteri. Terokai seluruh tubuh beliau dan jangan hanya menumpukan kepada kemaluan beliau. Tubuh isteri anda penuh dengan kawasan titik ghairah.

Pada malam pertama inilah masa yang paling sesuai untuk anda menjelajahi tubuh isteri anda sepenuhnya.

Gunakan Pelincir

Jika anda tergolong di dalam kategori wanita yang kurang cecair pada faraj, anda boleh menggunakan pelincir untuk memudahkan penembusan dan tujahan zakar suami.

Gunakan pelincir berasaskan air seperti “KY Jelly” untuk membantu menghilangkan rasa sakit ketika hubungan seks malam pertama.

Posisi Seks Yang Sesuai

Kadang-kala rasa sakit pada faraj ketika penembusan zakar adalah disebabkan oleh posisi seks yang tidak sesuai. Walaupun faraj boleh meregang dengan luas untuk menerima tujahan zakar, kadang-kala terdapat wanita yang faraj beliau tidak fleksibel, terutama ketika pertama kali mengalami hubungan seks.

Oleh itu suami perlu memilih posisi seks yang bukan sahaja boleh membuat isteri selesa, tetapi juga membuat isteri puas dengan nikmat yang tidak akan beliau lupa pada malam pertama.

Jika anda tak tahu bagaimana nak cari posisi seks yang sesuai pada malam pertama, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini mengandungi 102 Posisi Seks terbaik yang boleh membuat malam pertama anda berdua menjadi kenangan terindah sepanjang hidup anda. Klik di sini untuk mempelajari 102 Posisi Seks Terbaik.

Masih Rasa Sakit

Sekiranya anda masih rasa sakit walaupun telah mencuba tip-tip yang saya berikan, kemungkinan besar anda mengalami masalah berkaitan perubatan.

Penyelesaian yang paling berkesan adalah dengan berjumpa pakar perubatan untuk mengatasi masalah rasa sakit pada faraj ketika hubungan seks.

Elakkan dari melakukan hubungan seks jika anda masih merasa sakit. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh memuaskan suami. Gunakan alternatif seperti seks oral, atau ‘hand job’ untuk membuat suami puas tanpa hubungan seks.

Memuaskan suami dari segi zahir, dan batin adalah tanggungjawab isteri. Oleh itu jangan jadikan rasa sakit ketika hubungan seks sebagai alasan untuk anda tidak memuaskan suami.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *