Faraj Ngilu Ketika Bersama Suami – Faraj Jadi Sempit Lepas Bersalin

Pernah tak faraj ngilu ketika bersama suami selepas bersalin? Ini adalah soalan yang ditanyakan pada bahagian soal jawab seks melayu kali ini. Isteri ini baru lepas melahirkan anak pertama. Walau bagaimanapun, beliau sakit dan faraj berasa ngilu apabila ingin bersama suami selepas bersalin. Bagaimana untuk merawat masalah ini?

faraj ngilu

SOALAN

Saya baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa faraj ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.

Setiap kali kami bersama, zakar suami saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih. Mengapa ia berlaku?

Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya.

Faraj menjadi semakin sempit selepas bersalin? Hasilnya berasa sakit dan ngilu setiap kali ingin bersama suami. Apa penyelesaian untuk masalah ini? Click To Tweet

JAWAPAN

ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja.

Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok.

Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *