Buah Zakar Kecil Sebelah – Normal Atau Tidak Untuk Lelaki?

Saya menerima soalan daripada salah seorang pelayar laman web Info Seks Melayu tentang masalah buah zakar kecil sebelah. Masalah buah zakar kecil sebelah ini selalu menghantui kebanyakkan lelaki di mana mereka menganggap bahawa perkara ini adalah tidak normal dan takut mengganggu kesuburan atau sistem reproduksi mereka.

buah zakar kecil sebelah

Buah zakar kecil sebelah - biasa atau luar biasa? Click To Tweet

Buah zakar kecil sebelah perkara biasa

Datuk Dr Mahmood Awang Kechik , iaitu seorang Pakar Sakit Tuan menyatakan buah zakar tidak seimbang adalah perkara biasa yang mana buah zakar kiri lebih kendur daripada kanan.

Ini berlaku kepada semua lelaki dan perkara ini adalah normal dan sekiranya mereka mengesan kedudukan buah zakar yang sebegini, mereka tidak perlu untuk berasa runsing kerana ia bukanlah satu masalah.

Buah zakar berfungsi sebagai pengeluar hormon-hormon lelaki untuk membolehkan seseorang itu menjalani dan mempunyai ciri-ciri lelaki seperti suara, keinginan dan nafsu untuk berereksi.

Selain itu, buah zakar juga berfungsi sebagai kilang yang mengeluarkan benih bagi membolehkan persenyawaan dilakukan untuk menghasilkan zuriat.

Penghasilan air mani adalah perkara biasa dan apabila bersetubuh ia menjadi kurang dan penghasilannya akan berlaku secara biasa.

Tidak berkaitan dengan saiz zakar

Namun apa yang perlu diketahui juga ialah, besar atau kecil buah zakar tidak berkaitan dengan besar atau kecil zakar seseorang itu dan buah zakar yang normal adalah berukuran antara dua hingga tiga sentimeter.

Bergantung kepada cuaca dan persekitaran, kedudukan buah zakar berada dalam keadaan yang berbeza-beza. Jika suhu sejuk, buah zakar akan naik manakala cuaca panas pula menyebabkan buah zakar turun.

Buah zakar akan berfungsi secara optimum dalam lingkungan optimumnya. Oleh itu jika dalam keadaan cuaca panas dan buah zakar tidak turun ini bermakna ia melekat pada badan.

Buah zakar juga tidak boleh didedahkan kepada suhu panas kerana ini akan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna dalam mengeluarkan air mani atau benih yang diperlukan untuk tujuan persenyawaan.

Bagi mereka yang bekerja dalam persekitaran yang panas, perkara ini perlu diambil kira bagi kepentingan diri sendiri.

Ketidaksempurnaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya kemandulan. Oleh itu pastikan suhu yang sesuai untuk zakar dan ia hendaklah berada dalam keadaan sejuk untuk kebaikan sendiri.

Buah zakar yang tidak turun apabila suhu panas juga boleh diubati yang mana ia boleh disempurnakan melalui pembedahan.

Harus Dikesan Dari Awal

Masalah buah zakar ini juga perlu diperhatikan oleh ibu bapa terhadap bayi mereka. Ibu bapa harus memeriksa kerandut buah zakar bayi mereka sama ada terdapat atau tidak butir-butir buah zakar.

Jangan sangka kewujudan kerandut adalah bersama dengan butir-butir buah zakar kerana kadang-kadang kerandut itu kosong kerana butir-butir ini melekat di badan.

Bagi ibu bapa yang mendapati kerandut buah zakar bayi mereka tidak mengandungi butir-butir buah zakar adalah perlu untuk membawa anak ini berjumpa doktor bagi meneliti dan membuat pemeriksaan.

Ini perlu bagi memastikan kesihatan anak dan juga untuk masa depan mereka.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *