Buah Dada Besar Sebelah, Perlukah Saya Risau?

Perlu kah anda risau sekiranya buah dada besar sebelah dan tidak simetri antara keduanya? Ini adalah soalan yang sering ditanya oleh wanita yang risau dengan saiz buah dada mereka.

buah dada besar sebelah

Buah Dada Besar Idaman Wanita(dan Lelaki)

Ramai wanita yang inginkan buah dada besar. Sering kali wanita dengan buah dada besar kelihatan lebih seksi dan menarik di mata lelaki.

Ini adalah persepsi yang sukar untuk disangkal. Tetapi tidak semua lelaki suka kan wanita dengan buah dada besar. Ada juga lelaki  yang mempunyai cita rasa tersendiri dan lebih bernafsu kepada wanita dengan payudara sederhana atau kecil.

Sebenarnya buah dada besar atau kecil tidak menjadi masalah. Ini adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan dan anda harus berbangga dengan aset anda, tak kira besar atau kecil. Buah dada yang sihat kelihatan lebih menarik dan mantap berbanding buah dada yang kendur.

Buah Dada Besar Sebelah

Bagaimana pula jika buah dada anda besar sebelah? Adakah ini sejenis penyakit atau payudara besar sebelah adalah perkara normal bagi setiap wanita?

Mengikut kajian yang dijalankan, kebanyakan lelaki dan wanita yang cantik di dunia memiliki raut wajah yang simetri. Iaitu bentuk yang sama di kiri dan kanan.

Oleh itu mereka merumuskan bahawa raut wajah yang simetri akan membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik dan menarik.

Adakah definisi kecantikan ini boleh diaplikasikan kepada bentuk tubuh, khususnya buah dada?

Jawapannya ialah tidak. Buah dada besar sebelah adalah perkara normal bagi setiap wanita.

Buah Dada Besar Sebelah Bukan Penyakit

Setiap wanita sebenarnya memiliki payudara yang berbeza, kiri dan kanan. Ini termasuk bentuk buah dada dan juga saiz.

Perbezaan saiz dan bentuk payudara ini hampir tidak kelihatan pada sesetengah wanita, manakala bagi sesetengah wanita yang lain pula, perbezaan ini lebih menonjol.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, buah dada besar sebelah bukanlah sejenis penyakit, tetapi adalah keadaan normal yang tidak harus ditakuti.

Mengikut kajian yang dilakukan, 65% wanita memiliki buah dada kiri yang lebih besar Click To Tweet

Banyak faktor yang boleh mempengaruhi perbezaan saiz buah dada kanan dan buah dada kiri. Malah sehingga ke hari ini pakar-pakar perubatan belum dapat memberi jawapan yang tepat kenapa buah dada wanita besar sebelah dan berbeza.

Ada teori yang mengatakan buah dada besar sebelah adalah akibat rangsangan hormon estrogen yang tidak seimbang ketika proses pembesaran.

Walau bagaimanapun ada yang menyangkal dengan mengatakan faktor hormon adalah tidak kekal dan tidak banyak mempengaruhi saiz payudara wanita.

Ada pula yang memberi teori bahawa saiz buah dada berbeza adalah kerana aktiviti fizikal wanita terbabit. Ini termasuk seperti bersukan, gaya tidur dan juga tabiat menyusu anak.

Malah CNN telah mengeluarkan laporan yang mengatakan saiz payudara wanita akan berubah selepas putus haid.

Kenapa saiz payudara besar sebelah tidak lah penting. Yang penting ialah anda tahu bahawa saiz buah dada besar sebelah bukan lah penyakit dan adalah normal.

Tetapi jika anda dapati saiz buah dada semakin membesar pada sebelah buah dada, dan kelihatan tidak normal selepas umur 21 tahun.

Tumbesaran payudara wanita terhenti ketika umur 21 tahun.

Kemungkinan terdapat tumor pada payudara anda. Lakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP). Saya akan sentuh bagaimana untuk melakukan PSP dalam artikel soal jawab yang akan datang.

Sementara itu kepada para suami dan isteri yang ingin meningkatkan nikmat ketika hubungan kelamin dengan teknik membelai payudara, anda boleh dapatkan panduan Seni Ciuman Payudara yang mengandungi teknik terbaik bagaimana untuk membelai dan menggomol payudara.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN PANDUAN SENI CIUMAN PAYUDARA

Kesimpulan

Saiz buah dada besar sebelah, atau bentuk buah dada yang sedikit berbeza bukan lah sejenis penyakit dan anda tidak perlu risau.

Yang penting ialah jaga kesihatan diri, amalkan gaya hidup sihat kerana ini akan mempengaruhi kesihatan payudara secara langsung. Payudara yang sihat akan kelihatan lebih montok, mantap dan mengghairahkan di mata suami.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *