Perlu Baca
Utama > Soal Jawab Seks Melayu > Berapa Banyak Kalori Yang Terbakar Ketika Seks?

Berapa Banyak Kalori Yang Terbakar Ketika Seks?

Pernah tak anda tertanya-tanya berapa banyak kalori yang terbakar ketika seks? Anda tidak berseorangan. Soalan ini telah lama menjadi persoalan dan tidak ada jawapan tepat, sehingga ke hari ini.

kalori yang terbakar ketika seks

Kajian terbaru dari Universiti Montreal terhadap 21 pasangan telah menemukan jawapan untuk soalan berapa banyak kalori yang terbakar ketika seks.

Sebelum ini ramai yang menggembar-gemburkan hubungan seks boleh membakar kalori seperti berjoging. Ada juga yang mengatakan anda tidak perlu bersenam untuk membakar kalori, cukup sekadar melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Malangnya semua khabar-khabar angin yang berlegar sebelum ini hanyalah mitos. Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik mendapati hubungan seks tidak membakar kalori seperti yang sering digembar-gemburkan sebelum ini.

Jumlah Sebenar Kalori Yang Terbakar Ketika Seks

Menurut kajian tersebut, lelaki membakar 100 kalori dan wanita hanya dalam lingkungan 69 kalori dalam satu sesi hubungan seks selama 25 minit.

Seks hanya membakar 100 kalori(lelaki) dan 69 kalori(wanita) dalam masa 25 minit! Click To Tweet

Sesi hubungan seks ini bermula dari foreplay sehingga masing-masing klimaks dan ejakulasi. Walaubagaimanapun, masa 25 minit tersebut lebih kepada masa hubungan seks secara am.

Para penyelidik mendapati sesi hubungan seks sebenar berlangsung antara 10 minit sehingga mencapai 57 minit. Sudah pasti lebih lama sesi hubungan seks, lebih banyak kalori yang terbakar ketika seks.

Bagaimana Mereka Melakukan Eksperimen Ini?

Anda pasti musykil bagaimana mereka melakukan eksperimen ini. Sudah pasti anda terbayangkan pasangan melakukan hubungan seks dengan kabel yang berselirat dan komputer yang mengawasi isyarat-isyarat pada tubuh mereka.

Ini mungkin benar 10 tahun dahulu. Tetapi dengan kemajuan teknologi pada masa sekarang, tidak perlu bersusah payah. Malah anda boleh melakukan sendiri eksperimen ini dengan pasangan anda di rumah ketika melakukan hubungan seks.

Mereka menggunakan alat yang mempunyai fungsi yang sama seperti Fitbit.

Fitbit adalah device atau alat yang digunakan untuk mengawasi data seperti berapa langkah kaki, denyutan jantung, kualiti tidur, berapa anak tangga, berapa kalori yang dibakar dan beberapa metrik peribadi yang lain. Pada masa sekarang alat ini digunakan oleh ramai individu untuk mengawal tahap kesihatan mereka.

Alat fitbit
Contoh alat fitbit yang dipakai di tangan

Selain mengawasi kalori yang terbakar ketika seks, para penyelidik juga meminta pasangan yang terlibat untuk berjoging di atas treadmill selama 30 minit untuk membandingkan aktiviti seks dengan aktiviti senaman.

Mereka mendapati wanita yang berjoging selama 30 minit membakar 213 kalori. Bandingkan dengan aktiviti seks yang hanya membakar 69 kalori.

Kira Sendiri Kalori Yang Dibakar Ketika Seks

Sebenarnya anda juga boleh mengira sendiri berapa kalori yang anda berdua bakar ketika melakukan hubungan seks – dengan formula mudah ini.

Selepas ini ketika melakukan hubungan seks, ambil masa berapa lama yang anda habiskan untuk aktiviti seks anda. Bermula dari foreplay sehinggalah kepada klimaks.

Untuk lelaki, darab masa aktiviti seks anda dengan 4.2, dan wanita pula darab dengan 3.1. Mudah bukan?

Jadi berapa kalori yang anda bakar ketika hubungan seks? Kongsi jumlah kalori anda melalui komen di bawah (jika anda mahu).

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Pengalaman onani melancap

Pengalaman Onani dan Kesannya Pada Tubuh

Onani atau melancap adalah perlakuan memuaskan nafsu syahwat dengan sendiri, tanpa bantuan pasangan. Boleh dikatakan …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.