Tip Terbaik Malam Pertama Pengantin Untuk Teruna dan Dara

Malam pertama pengantin adalah detik indah yang dinanti-nanti oleh setiap pasangan pengantin baru. Semua pasangan ingin malam pertama yang mereka lalui menjadi satu pengalaman yang indah yang akan tersemat dalam kenangan mereka, seumur hidup.

Kepada bakal pengantin yang akan mengharungi malam pertama, di sini saya berikan panduan terbaik bagaimana untuk melalui malam pertama pengantin anda dengan sempurna. Penuhkan ilmu di dada dengan panduan ini.

tip malam pertama pengantin

 

Tekanan Yang Dihadapi Pada Malam Pertama Pengantin

Oleh kerana malam pertama pengantin ini adalah malam yang ditunggu-tunggu, ramai pasangan yang ingin memuaskan pasangan mereka pada malam ini.

Malam menjadi seperti wajib untuk puaskan pasangan. Jika tak dianggap sebagai tewas, tidak kira teruna atau dara.

Suami yang gagal memuaskan isteri mereka pada malam pertama akan merasa rendah diri. Gagal membuat isteri puas sehingga klimaks.

Isteri pula akan merasa kecewa kerana tidak dapat menunaikan keinginan suami, iaitu melihat beliau puas sehingga klimaks.

Ini adalah antara jangkaan atau ‘expectation’ yang telah disogok dalam minda pengantin baru.

Jangan terkejut jika saya katakan expectation ini adalah antara sebab ramai yang gagal pada malam pertama pengantin.

Rendahkan expectation anda berdua. Ini akan membuatkan anda tidak menghadapi sebarang tekanan berlebihan untuk perform di malam pertama pengantin.

Malam Pertama Pengantin, Bukan Sekadar Seks

Apabila bercakap tentang malam pertama, sudah pasti yang terlintas di minda ialah hubungan seks malam pertama. Tetapi sebenarnya malam pertama pengantin lebih dari seks.

Ramai pasangan pengantin  baru yang tidak mengambil peluang menggunakan malam pertama pengantin mereka untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat.

Ini rugi kerana banyak kelebihan yang diperoleh apabila anda lebih intim dengan pasangan.

Betul seks pada malam pertama boleh mendekatkan pasangan, tetapi ini jika pasangan tersebut telah mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin. Dalam erti kata lain telah lama bercinta.

Bagaimana pula dengan pasangan yang berkahwin atas rancangan keluarga, iaitu perkahwinan yang dirancang oleh keluarga dan sebagainya.

Sudah pasti mengambil masa untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat lebih sesuai dari terus melakukan hubungan seks pada malam pertama.

Jika anda masih tak tahu,

hubungan seks malam pertama lebih nikmat jika anda mengenali pasangan dengan lebih dekat Click To Tweet

Bagi pasangan ini, bagaimana jika anda berdua tangguhkan hubungan seks malam pertama anda ketika berbulan madu. Saya yakin anda akan menghadapi seks malam pertama anda berdua dengan lebih bersedia dan penuh nikmat.

Tip Seks Malam Pertama Pengantin

Bagi yang telah mengenali pasangan, sudah pasti malam pertama pengantin adalah malam untuk berasmara di kamar.

Di sini saya berikan beberapa tip agar seks malam pertama anda lebih sempurna.

Persediaan Seks Malam Pertama Pengantin

Seperti perkara yang lain, jika anda ingin memastikan sesuatu yang anda lakukan berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela, persediaan adalah kunci utama.

Pastikan anda berdua bersedia bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga mental.

Rapikan diri sepenuhnya dan titik beratkan kebersihan tubuh. Termasuk kawasan-kawasan zon erotik yang akan digomol oleh pasangan pada malam pertama.

Jangan lupa untuk memakai wangian yang disukai oleh pasangan. Tetapi jangan terlalu banyak, nanti sakit pula hidung pasangan.

Begitu juga lokasi asmara malam pertama pengantin. Kebiasaannya bilik tidur pengantin akan dihias rapi. Itu adalah kelebihan kepada raja sehari.

Tetapi tidak salah jika anda menambah produk sensual seperti lilin aroma terapi, atau taburkan kuntuman bunga di atas tilam.

bunga atas katil malam pertama pengantin
Kuntuman bunga menaikkan ghairah anda berdua

Ubahsuaian ini walaupun kelihatan ringkas tetapi boleh memberi kesan yang hebat kepada mood anda berdua untuk melalui seks malam pertama.

Selain persediaan lokasi dan fizikal, persediaan mental juga amat penting. Tingkatkan keyakinan diri anda dan buang ego anda jauh-jauh.

Kebanyakan pasangan berasa rendah diri dan takut jika tidak dapat memuaskan pasangan mereka pada malam pertama pengantin. Ini adalah pengaruh negatif yang perlu anda berdua lenyapkan.

Yakin dengan diri anda, dan juga pasangan anda. Ini akan membantu anda untuk mengharungi seks malam pertama dengan lebih nikmat.

Teknik Seks Malam Pertama Pengantin

Ketika anda berdua sudah bersedia, mulakan dengan komunikasi yang baik. Gagal untuk berkomunikasi adalah antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan di ranjang, termasuk mereka pengantin baru pada malam pertama.

Komunikasi yang baik akan membuatkan anda berdua lebih selesa dan menghilangkan gugup ketika beraksi pada malam pertama pengantin.

Teruskan dengan pemanasan atau foreplay. Foreplay adalah teknik seks yang penting yang bukan sahaja perlu anda lakukan pada malam pertama pengantin, tetapi setiap kali anda berdua berasmara.

Foreplay amat penting untuk si isteri kerana wanita perlu masa dan pemanasan secukupnya sebelum bersetubuh.

Dalam erti kata lain, pastikan faraj isteri benar-benar basah sebelum suami mula memasukkan zakar ke dalam lubang faraj.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk foreplay. Teknik foreplay yang paling mudah ialah dengan merangsang kawasan zon erotik pasangan.

Gunakan bibir, lidah, dan tangan anda untuk merangsang zon erotik pasangan dengan ciuman dan sentuhan.

Dengan melakukan foreplay pada malam pertama juga akan membolehkan anda berdua untuk mengetahui kawasan-kawasan sensitif pada tubuh pasangan.

foreplay malam pertama pengantin
Ciuman adalah teknik foreplay yang hebat

Jika anda tidak tahu atau bagaimana untuk melakukan foreplay, anda boleh dapatkan panduan 50 Teknik Foreplay yang diberikan sebagai Bonus Percuma bersama Ebuku Kamasutra Bergambar, Klik di sini.

Apabila masing-masing sudah bersedia, mulakan dengan perlahan-lahan. Suami masukkan zakar ke dalam faraj isteri dengan perlahan-lahan dan lembut. Maklumlah isteri masih dara, dan perlu pecahkan selaput dara isteri.

Anda berdua punyai masa yang panjang pada malam pertama pengantin, jangan terburu-buru dan nikmati sepenuhnya detik intim anda berdua di ranjang.

Membuat Pasangan Puas Pada Malam Pertama

Membuat pasangan puas pada malam pertama adalah antara keinginan setiap individu, terutama kepada suami.

Suami akan kecewa sekiranya mereka gagal untuk memuaskan isteri pada malam pertama.

Sebenarnya tak perlu ambil serius sangat perkara ini, lebih-lebih lagi jika ini adalah kali pertama anda berdua beraksi di ranjang. Tetapi jika anda dapat membuat pasangan anda puas pada malam pengantin, ini adalah hadiah istimewa kepada pasangan anda.

Tak susah untuk membuat pasangan puas di ranjang, walaupun pada malam pertama.

Tip-tip yang saya berikan melalui artikel-artikel pada laman web ini sudah lebih dari cukup untuk anda pelajari dan lengkapkan diri anda dengan ilmu asmara untuk buat pasangan puas pada malam pertama.

Tetapi jika anda inginkan lebih ilmu seks ‘advance’ yang telah terbukti boleh membuat pasangan puas sepenuhnya terutama pada malam pertama pengantin, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang saya terbitkan hasil kajian daripada empat kitab ilmu asmara silam.

Panduan ini penuh dengan ilmu dan teknik asmara yang dijamin akan memberi kepuasan mutlak kepada anda berdua pada malam pertama pengantin.

KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT BAGAIMANA ILMU KAMASUTRA BOLEH MEMBANTU ANDA MELAYARI MALAM PERTAMA PENGANTIN DENGAN LEBIH SEMPURNA.

Kesimpulan

Diharap artikel kali ini dapat membantu anda untuk mengharungi malam pertama pengantin anda dengan lebih sempurna.

Apa yang perlu anda berdua ingat ialah anda perlu mengenali pasangan anda dengan lebih dekat sekiranya anda ingin malam pertama pengantin anda berdua berlangsung dengan sempurna.

Tingkatkan keyakinan diri, jujur dengan pasangan, dan lengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu yang boleh membantu anda mengharungi malam pertama anda dengan lancar.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *