Sarapan Pagi Dengan Hubungan Seks Pagi?

Berapa ramai daripada anda yang menggantikan sarapan pagi dengan hubungan seks pagi? Kebanyakkan daripada kita melakukan hubungan seks pada malam hari, atau tengah hari. Mungkin kerana ghairah seks hanya muncul pada malam hari, atau menggunakan hubungan seks untuk melepaskan stress yang terkumpul dengan banyak pada siang hari.

Hubungan seks pagi

Banyak kelebihan hubungan seks pagi hari yang ramai pasangan tak tahu Click To Tweet

Hubungan Seks Pagi Sama Nikmatnya

Jika anda dan pasangan jarang, atau belum pernah mengadakan hubungan seks pagi hari, anda kehilangan suatu kenikmatan yang berbeza dalam hubungan seks.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh pakar seksual, hubungan seks pada pagi hari tidak hanya mampu mengurangkan stress sepanjang hari, tetapi juga mampu membantu dari aspek emosi dan fizikal.

Dengan mengadakan hubungan seks waktu pagi, anda akan merasakan seperti dicintai, diperhatikan dan dimanjakan oleh si dia. Hubungan seks pagi hari juga akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menghadapi hari anda.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan hubungan seks pada pagi hari akan memberikan kenikmatan yang berbeza berbanding pada waktu yang lain. Ini kerana pada waktu pagi, hormon testosteron kaum lelaki adalah tinggi.

Zakar Lebih Keras Waktu Pagi

Ramai lelaki yang zakar mereka keras pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Jika zakar si lelaki tidak keras pun pada waktu pagi, mereka tidak memerlukan pemanasan yang lama untuk hubungan seks.

Begitu juga bagi wanita. Kajian menunjukkan kaum wanita lebih mudah klimaks dan orgasme pada waktu pagi. Ini dipengaruhi oleh faktor emosi bagi kaum wanita. Semua sudah sedia maklum wanita adalah makhluk yang mudah dipengaruhi emosi.

Ketika bangun pada waktu pagi, kaum wanita berada di dalam keadaan yang rileks tanpa sebarang stress. Bangun pada waktu pagi juga seumpama membuka lebaran baru, sekaligus memudahkan mereka menerima apa sahaja keadaan tanpa sebarang tekanan.

Lebih Seksi di Pagi Hari

Anda juga mungkin melihat pasangan anda dengan lebih seksi ketika bangun tidur pada waktu pagi. Bagi kaum lelaki yang suka mendominasi, wanita ketika bangun pada pagi hari kelihatan tidak berdaya, lembut dan menggoda.

Tambahan pula jika si dia mengenakan pakaian yang seksi sebelum tidur. Sudah pasti mudah sekali bagi anda untuk terangsang dan mencumbui si dia.

Bagi wanita pula, pasangan mereka kelihatan romantik, atau seksi dengan zakar yang mengeras. Tambahan pula jika si dia mengenakan pakaian yang seksi sebelum tidur. Sudah pasti mudah sekali bagi anda untuk terangsang dan mencumbui si dia.

Jadi, sesekali gantikan hidangan sarapan pagi anda dengan hubungan seks yang penuh nikmat. Sudah pasti akan melalui hari anda dengan penuh kepuasan dan kegembiraan.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *