Perlu Baca
Utama > Petua Seks Melayu > Inilah Yang Berlaku Kepada Payudara Ketika Seks

Inilah Yang Berlaku Kepada Payudara Ketika Seks

Payudara adalah salah satu zon erotik pada tubuh wanita. Semua orang tahu fakta ni. Tetapi tak ramai yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada payudara ketika seks. Atau tak ramai yang nak ambil tahu perubahan-perubahan yang berlaku pada payudara ketika bersetubuh.

Payudara ketika seks

Kepada para isteri, tip kali ni akan mendedahkan apa yang berlaku kepada payudara ketika seks.

Perubahan Payudara Ketika Seks

Terdapat beberapa perubahan yang belaku pada payudara wanita dalam hubungan seks. Perubahan ini bermula daripada wanita tersebut terangsang dan ghairah.

1. Payudara menjadi lebih sensitif

Sebaik sahaja anda menjadi ghairah, secara automatik payudara anda menjadi zon erotik pada tubuh anda. Secara langsung juga payudara akan menjadi sensitif terhadap sebarang sentuhan, lebih-lebih lagi sentuhan dari luar.

Ramai menganggap hanya puting payudara sahaja yang akan menjadi sensitif. Tetapi sebenarnya seluruh bahagian payudara akan menjadi lebih sensitif. Ini termasuklah areola anda.

Seluruh kawasan payudara akan menjadi sensitif ketika anda ghairah, bukan sekadar puting payudara! Click To Tweet

Malah terdapat wanita yang payudaranya menjadi sangat sensitif sehingga tidak boleh disentuh oleh suami. Mereka perlukan lebih rangsangan sebelum membenarkan payudara dibelai suami.

2. Saiz payudara membesar

Mungkin tak ramai yang perasan payudara anda akan menjadi lebih besar ketika anda ghairah. Payudara akan mula membesar ketika anda ghairah.

Ketika ini darah akan mengalir dengan lebih laju ke payudara. Ini membuatkan payudara mengembang dan membesar.

Tetapi ini tidak hanya berlaku kepada payudara. Perubahan saiz ini juga berlaku kepada organ seksual yang lain, seperti faraj.

Ketika anda benar-benar ghairah dan terangsang, faraj akan membesar dua pertiga daripada saiz asal. Payudara pula akan membesar antara 20 hingga 25%.

3. Payudara berubah warna

Kombinasi hormon estrogen dan aliran darah yang lebih laju pada tubuh anda akan mewujudkan kesan seperti ruam merah pada bawah payudara. Anda mungkin tak perasan perubahan payudara ketika seks ni.

Malah encik suami pun mungkin tak ambil bab tentang perubahan ni.

Perubahan ini lebih ketara pada wanita dengan kulit cerah. Ruam merah ini juga akan muncul pada perut dan leher.

Ada juga wanita yang payudara mereka akan kelihatan seperti lebam ketika mereka ghairah. Perubahan ini hanya sementara dan payudara akan kembali kepada warna asal selepas anda orgasma.

4. Areola membengkak

Areola pada payudara
Areola pada payudara

Pada waktu ini juga bahagian areola akan membengkak.

Terdapat wanita yang areola beliau akan membengkak dengan drastik sehingga boleh meliputi puting payudara.

Perubahan payudara ketika seks ini berbeza bagi setiap wanita.

Ada pula wanita dengan saiz areola yang kecil, dan tidak ketara perubahan yang berlaku areola mereka ketika mereka ghairah.

5. Payudara mengeluarkan pheromones

Ini adalah salah satu sebab utama yang buat suami anda begitu ghairah dengan payudara anda ketika berasmara.

Ketika anda benar-benar ghairah, payudara anda akan mengeluarkan pheromones untuk menarik pasangan anda. Anda mungkin tidak perasan langsung aktiviti ini berlaku. Malah saya pasti ramai yang tak tahu tentang perkara ni.

Pheromones ini digunakan untuk membuat pasangan anda lebih teruja dan bernafsu dengan anda.

6. Payudara menghantar isyarat ke otak untuk mengeluarkan oksitosin

Apabila payudara dirangsang, oleh tangan atau mulut pasangan anda, simulasi pada payudara akan menghantar isyarat langsung ke bahagian otak.

Isyarat ini memberitahu otak supaya mengeluarkan hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini lebih dikenali sebagai hormon cinta. Hormon inilah yang membuat anda berasa gembira, ghairah, dan teruja.

7. Payudara boleh membantu anda mencapai orgasma

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers di New Jersey, Amerika Syarikat – terdapat satu jaringan anda puting payudara dan biji kelentit(klitoris).

Mereka mendapati sekiranya pasangan merangsang kedua-dua organ seks ini, wanita akan lebih mudah klimaks atau orgasma.

Malah terdapat wanita yang boleh orgasma hanya dengan rangsangan payudara!

Ada wanita boleh orgasma hanya dengan rangsangan pada payudara Click To Tweet

Saya tahu, tak adil bukan. Tetapi apa nak buat, setiap insan adalah unik, begitu juga tahap sensitiviti pada tubuh masing-masing.

Sebenarnya tak kisah pun bagaimana tahap sensitiviti tubuh anda. Yang penting pasangan anda perlu bijak dan ada skill untuk merangsang anda sehingga anda benar-benar puas.

Kalau nak hadiahkan suami dengan skill asmara terbaik, dapatkan panduan ebook ni yang confirm akan menyelesaikan masalah hubungan suram di ranjang.

Klik di sini kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana panduan hebat ni akan meningkatkan nikmat bersetubuh anda berdua ke tahap yang lebih tinggi.

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Nikmat seks posisi seks baru

Tingkatkan Nikmat Seks Dengan 3 Teknik Mudah Yang Belum Pernah Anda Cuba

Apa sahaja aktiviti jika dilakukan berulang kali tanpa perubahan, pasti akan membosankan. Hubungan seks juga …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.