Lelaki Multi Orgasme – Teknik Untuk Puaskan Pasangan

Tak susah nak jadi lelaki multi orgasme. Kita semua tahu bahawa kaum wanita boleh mencapai kemuncak, iaitu orgasme berulang-ulang kali ketika melakukan hubungan seks. Tetapi, tahukah anda bahawa orang lelaki juga boleh mencapai orgasme berulang-ulang kali dalam hubungan seks?

Perilaku mencapai klimaks, kemuncak atau orgasme berulang-ulang kali ini dikenali sebagai Multi Orgasme.

Lelaki multi orgasme
Puaskan pasangan dengan menjadi lelaki multi orgasme

Menjadi Lelaki Multi Orgasme

Berbeza dengan kaum wanita, multi orgasme yang dicapai oleh lelaki akan dikecapi tanpa ejakulasi. Maksudnya anda tak pancut tapi dah rasa puas, berulang-ulang kali, dalam tiga atau empat kali.

Teknik ini banyak melibatkan bagaimana seseorang lelaki multi orgasme dapat mengawal pancutan mereka ketika bersetubuh.

Lelaki pun boleh jadi multi orgasme macam wanita - tak susah nak belajar teknik ni Click To Tweet

Teknik Tahan Lama Yang Sering Diamalkan

Sebelum saya beritahu tentang bagaimana untuk menjadi lelaki multi orgasme, jom kita lihat dulu beberapa teknik yang sering digunakan oleh ramai lelaki untuk tahan lama ketika bersetubuh.

Cabut Zakar Sebelum Klimaks

Salah satu teknik untuk menjadi lelaki multi orgasme atau klimaks berulang kali ada dengan menarik zakar sebelum anda mencapai klimaks ketika hubungan seks. Bila rasa je nak pancut tu, cepat-cepat tarik zakar keluar dari kemaluan pasangan anda. Tunggu beberapa saat sehingga hilang rasa nak ejakulasi, kemudian teruskan semula hubungan seks dengan pasangan anda. Teknik ni memerlukan kawalan minda yang kukuh untuk berjaya.

Apabila zakar anda berada di luar kemaluan pasangan anda, anda boleh meransang pasangan anda dengan menggunakan tangan atau cara-cara lain. Ini untuk memastikan pasangan anda tidak hilang rasa kemuncaknya, dan hilang mood untuk hubungan seks.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak sempat mencabut zakar ketika rasa ingin klimaks atau mencapai orgasme, anda boleh cuba menahan orgasme anda sedaya upaya dengan mengencangkan otot pubokoksigeus.

Melatih Otot Pubokosigues

Apa benda kah itu otot pubokoksigeus?

Otot pubokoksigeus adalah otot yang berada antara paha dan pinggul anda. Otot yang digunakan ketika anda rasa ingin membuang air besar, tapi cuba untuk menahan rasa tu.

Latihan otot pubokoksigeus boleh dilakukan dengan mengemut dan melepaskan otot-otot yang berada di punggung anda. Latihan ini adalah salah satu cara untuk mengawal ejakulasi anda. Latihan melatih otot-otot ini juga dikenali sebagai senaman kegel.

Menggunakan Kondom Tahan Lama

Kondom yang sering digunakan untuk merancang keluarga juga boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk pancut lambat di ranjang. Walaubagaimanapun, terdapat kondom khas untuk teknik ini.  Kondom-kondom khas ini disapu dengan bahan kimia yang buat zakar berasa kebas dan kurang sensitif ketika bersebutuh.

Walaupun anda dapat tahan lama ketika menggunakan kondom ini, tetapi nikmat bersetubuh dah kurang. Mana tidaknya, sudah tentu tak nikmat jika zakar kurang sensitif dan tidak ngilu.

Ubat Sapu Tahan Lama

Terdapat juga ramai suami yang menggunakan ubat sapu, gel, krim atau serum tahan lama untuk bantu ketika bersetubuh. Ubat atau gel ini disapu pada zakar sebelum bersetubuh. Fungsi ubat-ubatan ini lebih kurang sama dengan kondom tahan lama, iaitu bahan-bahan di dalam ubat-ubatan ini akan buat zakar kebas dan kurang sensitif.

Ubat-ubatan ini disapu antara 2 hingga 1 jam sebelum bersama isteri.

Tidak dapat dinafikan ada ubat atau gel tahan lama yang berkesan dan boleh bantu penggunanya pancut lambat ketika bersetubuh. Tetapi, seperti juga kondom tahan lama – kurang nikmat semasa bersama isteri.

Tambahan pula perlu keluarkan modal setiap bulan untuk beli bahan tahan lama ni. Kalau modal kencang tak apa lah.

Selesaikan Masalah Pancut Awal Dengan Menjadi Lelaki Multi Orgasme

Sebenarnya masalah pancut awal dengan mudah boleh diselesaikan dengan belajar bagaimana untuk menjadi lelaki multi orgasme. Seperti yang saya beritahu di awal tip ni, mereka yang menguasai teknik lelaki multi orgasme boleh mengawal pancutan mereka ketika bersetubuh.

Lelaki multi orgasme dapat memilih bila mereka hendak pancut ketika mendayung isteri. Teknik ini sangat hebat dan perlu dipelajari oleh semua suami yang serius nak puaskan isteri mereka dalam hubungan kelamin suami isteri.

Pihak Info Seksual Melayu telah menerbitkan panduan lengkap bagaimana untuk menjadi lelaki multi orgasme. Anda boleh baca lebih lanjut tentang panduan ini di laman web Teknik Tahan Lama. Klik di sini untuk membongkar rahsia lelaki multi orgasme.

KONGSI

WAJIB BACA

2 thoughts on “Lelaki Multi Orgasme – Teknik Untuk Puaskan Pasangan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *