Manfaat Besar Orgasme Untuk Kesihatan – Semua Pasangan Perlu Tahu

Nak tahu manfaat besar orgasme untuk kesihatan anda berdua? Setiap hubungan seks akan berakhir dengan orgasme. Detik puncak ini pasti ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang melakukan hubungan seks, dan boleh dikatakan orgasme adalah pelengkap kepada hubungan seks.

Namun begitu, tahukah anda orgasme mempunyai manfaat yang amat besar untuk kesihatan tubuh badan? Orgasme untuk kesihatan?

Orgasme untuk kesihatan

Orgasme Untuk Kesihatan, Bukan Hanya Pelengkap Hubungan Seks

Orgasme sebenarnya bukan hanya pelengkap kepada hubungan seks, tetapi menyumbang secara tidak langsung kepada kesihatan tubuh badan.

Hasil kajian terperinci Alfred Kinsey, seorang pakar psikologi menunjukkan bahawa hubungan seks yang sihat dapat mengurangkan stress.

Kajian Alfred Kinsey menunjukkan hubungan seks sihat dapat mengurangkan stress Click To Tweet

Kajian beliau juga membentangkan secara terperinci perbezaan besar antara kekerapan hubungan seks dan orgasme.

Berdasarkan laporan beliau, kebanyakkan pasangan yang menikmati hubungan seks sihat, iaitu secara teratur dan mengalami orgasme akan bersikap tidak agresif dan sukar untuk bertindak kasar pada individu yang lain.

Dalam erti kata lain, orgasme yang berterusan boleh mengurangkan sikap baran, memendam perasaan marah dan menyeimbangkan jiwa, dan mental.

Manfaat Lain Orgasme Untuk Kesihatan

Manfaat lain orgasme untuk kesihatan juga telah dibuktikan oleh kajian lanjutan yang dijalankan selepas kajian oleh Alfred Kinsey.

Antaranya ialah hubungan seks sihat yang kerap dan orgasme yang teratur boleh memanjangkan umur individu. Walaupun ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namun terdapat fakta-fakta yang menyokong penemuan ini.

Dibuktikan juga pengaruh orgasme untuk kesihatan ialah mengurangkan risiko penyakit jantung pada kaum wanita.

Pakar-pakar ginekologi bersetuju bahawa orgasme boleh membantu mengurangkan risiko dijangkiti kuman, dan virus yang boleh memberi risiko dari aspek kesihatan.

Antaranya ialah risiko untuk dijangkiti kanser prostat untuk kaum lelaki. Dan juga orgasme yang berterusan dapat mengurangkan rasa sakit ketika membuang air kecil bagi lelaki yang lanjut usia.

Terdapat pelbagai lagi manfaat orgasme untuk kesihatan. Ini tidak mengejutkan kerana hubungan seks yang sihat adalah sesuatu yang indah dan amat dituntut.

Setiap yang baik sudah tentu memberikan manfaat kepada kita. Oleh itu saya sarankan amalkanlah hubungan seks yang sihat dengan pasangan anda untuk meningkatkan kualiti kehidupan suami isteri.

Membuat Pasangan Orgasme Ketika Hubungan Seks

Walaupun orgasme mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, ramai pasangan tidak dapat merealisasikan manfaat ini kerana mereka tidak benar-benar orgasme dalam hubungan seks.

Masalah tidak orgasme adalah masalah yang meruncing, dan boleh dikatakan majoriti pasangan mengalami masalah ini.

Jika suami yang klimaks dan orgasme, isteri tidak orgasme, dan sebaliknya. Ini membuat pasangan anda tidak puas salam hubungan seks.

Terdapat pelbagai tip dan teknik yang telah saya berikan pada laman web ini untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh baca artikel-artikel yang berkaitan untuk tahu bagaimana untuk membuat pasangan orgasme sepenuhnya ketika seks.

Atau anda boleh mendapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang telah saya terbitkan untuk dijadikan panduan dan rujukan lengkap.

Panduan ebuku ini akan membantu anda untuk membuat pasangan anda orgasme ketika berasmara di ranjang. Jadi jika anda benar-benar ingin mendapat manfaat orgasme untuk kesihatan, jangan teragak-agak lagi dan dapatkan panduan ini untuk membuat pasangan anda orgasme.

KLIK DI SINI DAN DAPATKAN PANDUAN KAMASUTRA BERGAMBAR, BUAT PASANGAN ANDA ORGASME

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *