Perlu Baca
Utama > Petua Seks Melayu > 9 Makanan Pekatkan Air Mani – Tingkatkan Kualiti Sperma Anda

9 Makanan Pekatkan Air Mani – Tingkatkan Kualiti Sperma Anda

Salah satu faktor yang memainkan peranan untuk kehamilan ialah kualiti air mani suami. Kualiti dan kuantiti sperma boleh menentukan sama ada isteri akan hamil atau tidak.

Seringkali, suami kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak mempunyai masalah air mani yang cair. Masalah ini bukanlah perkara baru dan telah diakui oleh bidang perubatan.

Masalah air mani cair ini dikenali sebagai “Oligozoosperma”.

Menurut Wikipedia, Oligozoosperma keadaan di mana air mani mempunyai bilangan sperma yang rendah.

Walaupun masalah ini bukanlah perkara serius, tetapi kebanyakan pasangan di mana suami menghadapi masalah ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak.

Masalah Oligozoosperma yang serius boleh dirawat dengan prosedur perubatan. Tetapi, kebanyakan masalah air mani cair boleh dirawat secara mudah dengan cara alternatif.

Makanan Pekatkan Air Mani

Terdapat banyak cara untuk anda pekatkan air mani. Salah satu caranya ialah dengan mengambil makanan yang sesuai.

Jom kita lihat 9 jenis makanan yang telah dibuktikan dari kajian saintifik boleh meningkatkan kuantiti sperma dan pekatkan air mani.

Telur

Makanan pekatkan air mani telur

Telur boleh dikatakan makanan yang boleh meningkatkan kuantiti sperma. Tinggi dalam Vitamin E dan penuh dengan protein, kandungan telur juga melindungi sel sperma dari radikal bebas yang boleh mengurangkan kuantiti sperma.

Khasiat ini membantu dalam menghasilkan sperma yang kuat dan sihat – sangat penting untuk kesuburan anda.

Sayur Bayam

Makanan pekatkan air mani bayam

Asid folik adalah salah satu elemen yang penting untuk menghasilkan sperma sihat. Bayam dan beberapa sayuran hijau yang lain adalah sumber utama vitamin ini.

Apabila tahap asid folik pada tubuh anda rendah, terdapat risiko untuk tubuh anda menghasilkan sperma yang cacat. Keadaan ini membuat sperma sukar untuk tiba ke ovari dan menembusi lapisan yang melindungi bahagian tersebut.

Terdapat juga risiko berlaku kecacatan pada kelahiran yang disebabkan oleh keadaan ini.

Pisang

Makanan pekatkan air mani pisang

Pisang penuh dengan vitamin A, B1 dan C. Vitamin-vitamin ini akan membantu tubuh anda menghasilkan sperma yang lebih sihat, di samping meningkatkan kualiti sperma.

Buah-buahan tropika ini juga mengandungi sejenis enzim yang dikenali sebagai Bromelain. Enzim ini sangat penting untuk kesihatan sperma.

Coklat Hitam

 

Makanan pekatkan air mani coklat hitam

Coklat hitam selalu dikaitkan dengan ghairah dan nafsu. Ini bukan omongan kosong atau gimik semata. Ramai yang tak tahu coklat jenis ini kaya dengan asid amino jenis L-Arginine HCL yang telah dibuktikan dapat meningkatkan kuantiti sperma.

Malah coklat hitam juga dikatakan dapat membuat orgasma lebih hebat dan nikmat.

Asparagus

Makanan pekatkan air mani asparagus

Satu lagi makanan pekatkan air mani adalah asparagus. Kaya dengan vitamin C, asparagus memberikan kesan positif kepada kesihatan sperma anda. Asparagus juga dikatakan dapat melindungi sel-sel buah zakar dari radikal bebas.

Brokoli

Makanan pekatkan air mani brokoli

Selain asparagus, satu lagi sayuran hijau yang boleh meningkatkan kesihatan sperma adalah sayuran brokoli. Penuh dengan vitamin C dan asid folik, brokoli telah diketahui dapat meningkatkan kesuburan lelaki – dan juga wanita.

Dalam satu kajian yang dijalankan, mereka yang mengambil brokoli secara konsisten telah meningkatkan kuantiti sperma sehingga 70%.

Buah Delima

Makanan pekatkan air mani buah delima

Buah delima bukan sahaja enak, tetapi juga boleh pekatkan air mani dan meningkatkan kesihatan sperma. Buah ini penuh dengan antioksida yang memelihara kesihatan tubuh.

Malah mengikut sejarah, jus buah delima telah lama digunakan sebagai salah satu makanan tambahan untuk kesuburan lelaki.

Kacang Walnut

Makanan pekatkan air mani kacang walnut

Walnut kaya dengan asid lemak omega-3 yang meningkatkan aliran darah ke alat sulit lelaki. Selain itu, walnut adalah kacang yang kaya dengan arginin.  Kacang ini juga mengandungi dua kali ganda kandungan antioksida daripada kacang-kacang yang lain.

Bawang Putih

Makanan pekatkan air mani bawang putih

Bawang putih telah dikenali di seluruh dunia sebagai makanan yang membantu sistem imunisasi. Makanan ini juga mengandungi vitamin B6 dan selenium, yang akan membantu menghasilkan sperma yang lebih sihat.

Makanan Lain Untuk Pekatkan Air Mani

Selain makanan pekatkan air mani yang telah disebutkan, makanan-makanan yang kaya dengan zink juga sangat membantu untuk kesihatan sperma.

Antara makanan-makanan yang kaya dengan zink ialah – barli, daging merah, kacang, dan sebagainya.

Mereka yang kekurangan zink di dalam tubuh sering dikaitkan dengan kurang subur. Walau bagaimanapun, terlalu banyak mengambil zink adalah tidak baik untuk tubuh. Anda disyorkan untuk mengambil hanya 15mg sehari.

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Nikmat seks posisi seks baru

Tingkatkan Nikmat Seks Dengan 3 Teknik Mudah Yang Belum Pernah Anda Cuba

Apa sahaja aktiviti jika dilakukan berulang kali tanpa perubahan, pasti akan membosankan. Hubungan seks juga …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.