Kepuasan Seks – Harus Dikongsi Bersama, Jangan Syok Sendiri

Nikmat dan kepuasan seks memang mengasyikkan. Namun tidak semua pasangan suami isteri akan merasainya ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Adakalanya hanya sebelah pihak saja merasai kepuasan seks setiap kali aktiviti itu berlangsung.

Kepuasan seks
Kongsi bersama kepuasan seks dengan pasangan

Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan ada yang kecewa dan tidak berpuas hati.

Akibatnya ada antara pasangan terutama isteri yang mengelak dan menolak untuk mengadakan Sememangnya ada banyak cara untuk melakukan seks tapi sedikit cara untuk merasai kenikmatan.

Seks adalah aktiviti yang harus dinikmati bersama. Jangan syok sendiri sehingga mengabaikan kehendak pasangan di ranjang. Click To Tweet

Memastikan Kepuasan Seks

Bagi memastikan hubungan intim dinikmati oleh kedua pihak anda mungkin boleh mengaplikasikan tip di bawah.

Santai
Lakukan dengan santai dan perlahan, terutamanya bagi pihak suami. Tidak perlu terburu-buru mahu menikmati orgasma sebaliknya rasai sentuhan-sentuhan yang dilakukan oleh pasangan.

Cara itu anda bukan saja akan mendapat kenikmatan tapi juga kejutan-kejutan kecil yang menyeronokkan.

Sentuhan
Sentuhan nikmat di bahagianbahagian tertentu pasangan pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu ingatlah bahagian mana yang boleh medatangkan kenikmatan pada pasangan. Selain itu terokai juga bahagian-bahagian yang sebelum ini belum pernah anda lewati.

Siapa tahu sentuhan di bahagian tersebut mampu memberi kepuasan dan sensasi yang luar biasa pada pasangan anda.

Penuhi Keinginan
Tanya pasangan apa yang mampu membuatkan dirinya berasa puas dan nikmat semasa hubungan intim.

Penuhi keinginannya sebaik mungkin. Ataupun perhatikan tindakan yang boleh memberikan respons yang mengasyikkan dari pasangan. Praktikkan setiap kali bersama dengannya.

Lakukan sepenuh hati
Jangan mengambil mudah aktiviti seks. Sebaiknya berikan tumpuan dan lakukan sepenuh hati untuk memastikan pasangan dan diri anda sendiri berpuas hati.

Hasilnya pasti akan sempurna. Baik pada suami atau isteri belajarlah untuk menyerahkan diri pada pasangan setiap kali melakukan hubungan intim.

Relakan diri untuk diperlakukan oleh pasangan selagi tidak melewati batas-batas agama. Pasti akan mendapat kenikmatan yang tiada tara.

Atur jadual
Aturkan jadual khusus untuk bersama di ranjang terutama jika anda dan pasangan sama-sama sibuk. Sisihkan waktu walaubagaimana sibuk sekalipun anda berdua, paling kurang seminggu sekali untuk anda dan pasangan.

Gunakan waktu berdua untuk saling terbuka, memahami peribadi pasangan, keinginan dan fantasi seksual masing-masing.

Memanjangkan sesi pemanasan
Pemanasan atau foreplay, dapat membantu membina keyakinan diri dan menyiapkan diri untuk melakukan hubungan seks.

Keyakinan dan juga kesediaan diri pastinya akan menghasilkan kenikmatan. Sekiranya anda atau pasangan belum bersedia sudah pasti seks seperti dipaksa. Perasaan seperti ini tidak akan memberi kepuasan baik pada anda dan juga pasangan. Oleh itu pastikan anda dan pasangan benar-benar bersedia.

Jika anda buntu atau tiada idea untuk menjadikan sessi Foreplay anda lebih menyeronokkan dan mengghairahkan, saya cadangkan anda dapatkan Panduan 50 Teknik Foreplay untuk membantu anda. Panduan ini mengandungi teknik-teknik Foreplay yang telah terbukti boleh meningkatkan ghairah pasangan dan buat beliau bersedia sepenuhnya untuk aktiviti seks di ranjang.

Klik di sini dan dapatkan PANDUAN 50 TEKNIK FOREPLAY untuk membantu anda menewaskan pasangan anda di ranjang

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *