Kenapa Anda Perlu Mencukur Bulu Kemaluan – Jangan Jadi Hutan Simpan

Citarasa setiap insan adalah berbeza dalam setiap perkara, dan ini membuatkan setiap individu unik. Ada wanita yang tertarik dengan lelaki berbulu lebat, dan ada pula wanita yang geli dengan lelaki berbulu.

Sebenarnya manusia dijadikan dengan pelbagai kelebihan. Sekiranya anda seorang lelaki yang berbulu lebat, mungkin itu adalah aset anda untuk memikat pasangan. Walaubagaimanapun, terdapat satu kawasan yang tidak harus anda biarkan dipenuhi bulu.

Kawasan yang saya maksudkan ialah bulu kemaluan.

mencukur bulu kemaluan

Ramai yang tak tahu banyak kelebihan mencukur bulu kemaluan Click To Tweet

Kelebihan mencukur bulu kemaluan

Banyak kelebihan yang mungkin anda tidak tahu dengan mencukur bulu kemaluan, dan kelebihan-kelebihan ini bukan hanya mitos atau tahyul, tetapi disokong dengan fakta-fakta berdasarkan kajian yang dijalankan.

Zakar kelihatan lebih besar

Jika zakar anda dipenuhi dengan bulu kemaluan, zakar anda akan kelihatan lebih kecil. Saya pasti anda sendiri tahu tentang perkara ini. Alat sulit yang dicukur rapi akan membuatkan zakar anda tidak tersorok dan tampil lebih besar dan panjang pada mata pasangan anda.

Sudah tentu ini akan membuatkan beliau semakin berminat untuk bermain-main dengan zakar anda.

Meningkatkan kesihatan zakar

Bulu kemaluan kadangkala boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Tambahan lagi bagi mereka yang kurang menjaga kesihatan pada alat sulit mereka. Contohnya tidak mencuci dengan rapi selepas membuang air kecil, atau menggunakan pakaian dalam yang dibasuh seminggu sekali.

Kaum wanita jangan terkejut kerana terdapat lelaki yang menukar pakaian dalam beliau sebulan sekali!

Oleh itu mencukur bulu kemaluan akan meningkatkan faktor kebersihan pada alat sulit anda.

Menghilangkan bau yang ‘kurang menyenangkan’

Kadangkala pasangan anda menolak untuk seks oral bukan kerana beliau tidak gemar aktiviti tersebut, tetapi kerana alat sulit anda berbau kurang menyenangkan dan membuat beliau hilang mood.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit ialah bulu kemaluan.

Tiada masalah sekiranya anda mengambil masa untuk membersihkan alat sulit anda sebelum aktiviti seks, tetapi bagaimana sekiranya anda tidak sempat? Nafsu isteri anda membuak-buak dan beliau inginkan seks pantas segera.

Sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang ini. Tetapi sayang beliau menarik muka masam apabila alat sulit anda berbau. Jadi pastikan bulu kemaluan anda dicukur dan dijaga dengan rapi.

Meningkatkan ghairah isteri

Jangan terkejut jika saya katakan isteri anda akan lebih berminat untuk menyentuh dan membelai zakar anda selepas anda mencukur bulu kemaluan anda.

Kenapa tidak? Alat sulit anda kelihatan licin dan seperti meminta-minta untuk disentuh. Sebelum ini zakar anda diselimuti dengan bulu-bulu yang serabut di mata isteri, sudah tentu beliau tiada minat untuk membelai zakar anda.

Mencukur bersama isteri

Mungkin ramai yang tidak pernah terfikir untuk melakukan aktiviti ini, iaitu mencukur bulu kemaluan bersama isteri. Anda mungkin tak tahu ini adalah aktiviti yang amat erotik dan boleh meningkatkan ghairah seks anda berdua.

Anda boleh meminta isteri mencukur bulu kemaluan anda, dan anda pula boleh mencukur bulu kemaluan isteri. Selepas kedua-duanya licin dan rapi, tunggu apa lagi, teruskan pula dengan berasmara.

Sudah pasti ketika ini anda berdua sudah ghairah dan ingin menggomol alat sulit pasangan yang dicukur rapi.

Ini adalah salah satu teknik foreplay unik yang jarang dipraktikkan oleh ramai pasangan. Banyak lagi teknik-teknik foreplay unik yang anda tak tahu, iaitu teknik-teknik foreplay yang boleh memberi kejutan, pengalaman dan nikmat baru kepada pasangan anda. Semua ini telah saya bukukan dalam Ebuku Panduan 50 Teknik Foreplay Unik yang saya berikan percuma sebagai Bonus bersama Pakej Kamasutra Bergambar.

Klik di sini jika anda berminat untuk mengetahui teknik-teknik foreplay unik yang boleh membuat isteri anda tersenyum dengan nikmat baru yang beliau alami.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *