Isteri, Jangan Mogok Dengan Suami – Anda Juga Yang Rugi Nanti

Kepada isteri, jangan mogok dengan suami anda. Kita semua tahu, dan saya rasa ini adalah fakta yang diketahui umum bahawa suami, dan kaum lelaki secara keseluruhan amat gemarkan seks. Ini normal, tidak salah dan memberi kelebihan bagi pasangan yang telah berumahtangga. Tetapi kadangkala permintaan si suami ditolak oleh isteri.

Mogok dengan suami

Kalau belum kahwin, cepat-cepat mendirikan masjid supaya anda tahu seks halal lebih nikmat! Click To Tweet

Suami, Isteri tak sama

Berbeza dengan kaum lelaki, seks bukanlah perkara utama bagi wanita. Walaupun ada ketikanya kemahuan isteri terhadap seks membuak-buak, tetapi fakta membuktikan yang isteri tidak memikirkan tentang seks 24 jam sehari, berbeza dengan suami.

Oleh itu kadangkala isteri tiada ‘mood’ untuk seks dan terpaksa menolak permintaan suami ketika diajak bersama.

Ini tidak menjadi masalah sekiranya suami memahami dan boleh bertahan, tetapi bagaimana jika ‘bil air’ telah lama tertunggak, dan suami ingin benar-benar ingin bersama dengan isteri?

Kadang-kala perkara yang remeh ini boleh menyebabkan pergaduhan kecil dan masing-masing bermasam muka.

Jangan mogok dengan suami, tolak secara baik

Isteri harus faham yang suami anda egonya tinggi, bahkan semua kaum lelaki begini walaupun ada yang cuba menyembunyikannya. Dan sebagai isteri anda harus faham sebaik sahaja anda mengikat tali perkahwinan, anda telah menjadi hak milik mutlak suami anda.

Oleh itu anda bertanggungjawab untuk melayani segala kehendak suami selagi tidak menyalahi Hukum Syarak.

Jadi cara terbaik untuk menolak permintaan suami bukan dengan mogok, merajuk atau bermasam muka, tetapi dengan lembut. Beritahu bahawa anda tidak ada ‘mood’, atau letih, atau ‘tidak sedap badan’ dan sebagainya. Seringkali suami akan memahami dan menerima permintaan isteri kesayangan.

Tetapi  jangan pula memberi alasan ‘bodoh’ yang boleh mencalarkan ego suami anda. Ingat, sudah tentu suami anda memahami anda, dan boleh mengesan sekiranya anda berbohong.

Jangan jadikan kebiasaan

Tidak menjadi masalah untuk menolak permintaan suami sekali sekala, tetapi jika anda menjadikannya sebagai kebiasaan, seringkali akibatnya akan memudaratkan hubungan suami isteri.

Jangan sampai suami menjadi bosan dan mula mencari alternatif(wanita) lain untuk melepaskan nafsu beliau.

Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak gemar cara suami melayan anda diranjang, anda perlu berbincang secara terbuka dengan suami. Dan masa terbaik untuk berbincang tentang aktiviti seks, adalah ketika hubungan seks!

Anda boleh memaklumkan kepada suami anda apa yang anda gemar, dan apa yang anda tidak ingin suami lakukan ketika seks. Ketika ghairah dan bernafsu, suami akan bersikap lebih terbuka dan dapat menerima dengan mudah apa yang anda ingin sampaikan, dengan syarat anda melakukannya dengan berhati-hati dan menjaga ego beliau.

It takes two to tango

Pepatah mat saleh di atas tepat sekali untuk tips kali ini. Maksud ringkas pepatah di atas ialah setiap hubungan memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak untuk menjayakannya. Tidak boleh hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh cuba meningkatkan kebahagiaan rumahtangga sedangkan pihak yang satu lagi berlepas tangan.

Ingat, “it takes two to tango”.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *