Definisi Hubungan Seks Sihat – Ramai Yang Salah Sangka

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan hubungan seks sihat. Jarang sekali pasangan yang berkahwin tidak ingin menjalani hubungan seks yang sihat sepanjang tempoh perkahwinan.

Tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hubungan seks sihat? Adakah hubungan seks yang sihat bermakna anda dan pasangan puas dan mencapai nikmat yang diingini setiap kali berasmara?

hubungan seks sihat pasangan bahagia

Hubungan seks sihat tidak hanya di ranjang

Walaupun hubungan seks sering dikaitkan dengan aktiviti di atas katil, atau diranjang, definisi hubungan seks sihat membawa pengertian lebih luas. Malah boleh dikatakan hubungan seks sihat meliputi aspek kehidupan seharian, seperti komunikasi, layanan, dan sebagainya.

Pasangan yang menjalani hubungan seks yang sihat seringkali tidak mempunyai sebarang masalah di dalam aspek kehidupan yang lain. Ini kerana pasangan yang menjalani hubungan seks sihat akan lebih terbuka, dan boleh berbincang tentang apa sahaja di dalam kehidupan mereka.

Ini berbeza dengan pasangan yang mempunyai masalah dalam hubungan seks. Seringkali individu yang mempunyai masalah dalam hubungan seks, iaitu menjalani kehidupan seks yang tidak sihat lebih suka memendam perasaan atau sebarang rasa tidak puas hati daripada meluahkannya kepada pasangan.

Maaf jika saya katakan saya banyak menerima email dari pembaca laman web ini yang menyuarakan masalah bersama pasangan yang mereka hadapi. Ini jelas menunjukkan contoh hubungan seks yang kurang sihat. Seharusnya mereka berbincang dengan pasangan terlebih dahulu berkaitan masalah yang mereka hadapi sebelum meminta pendapat pihak ketiga.

Ini adalah contoh komunikasi tidak sihat yang terhasil daripada hubungan seks yang tidak sihat. Masalah ini boleh diatasi sekiranya pasangan terlibat mengubah kehidupan seksual mereka kepada hubungan seks sihat.

Perkara yang sama juga boleh dilihat dalam aspek kehidupan yang lain.

Menukar hubungan seks tidak sihat kepada hubungan seks sihat

Jika pasangan sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah dalam hubungan seks, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan berbincang.

Suami harus meletak egonya ke tepi seketika, dan isteri harus yakin yang apa yang beliau luahkan untuk kebaikan bersama. Kadangkala adalah lebih baik berterus terang daripada memendam perasaan dan rasa tidak puas hati. Perbuatan ini jika diteruskan telah berkali-kali dibuktikan boleh menjadi kanser yang merebak dan tidak boleh dirawat lagi.

Kedua-dua pihak harus berfikiran terbuka dan menerima kekurangan diri dengan seadanya. Tanamkan di dalam minda bahawa ini adalah untuk kebaikan bersama, dan adalah untuk meningkatkan keintiman dan kebahagiaan rumahtangga.

Pendapat pihak ketiga

Elakkan daripada meminta pendapat pihak ketiga, terutamanya para isteri. Bayangkan apa yang berlaku jika si suami mendapat tahu isterinya meminta bantuan tentang masalah seks dari pihak ketiga. Tentu egonya tercalar, marah dan akan menyebabkan masalah yang lebih besar lagi dalam rumahtangga.

Tetapi sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif, teruskan. Tetapi seperti yang anda tahu, hal rumahtangga, terutama hal atas katil tidak enak jika diceritakan pada orang lain. Jadi lebih elok sekiranya anda berdua mencari jalan penyelesaian dengan usaha sendiri terlebih dahulu sebelum meminta pendapat pihak ketiga.

Tips menikmati hubungan seks sihat

Sebenarnya terdapat banyak tips dan teknik yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri untuk menjalani kehidupan seks yang sihat. Terlalu banyak untuk saya tulis di sini.

Tetapi, tidak semua penyelesaian adalah sesuai untuk anda. Bagaimana?

Penyelesaian atau tips untuk menjalani hubungan seks sihat adalah bergantung kepada masalah yang anda dan pasangan hadapi pada akar umbi.

Jika anda dan pasangan dapat mengenalpasti apakah masalah di dalam hubungan seks anda berdua yang membataskan anda untuk menjalani hubungan seks sihat, barulah anda boleh mencari tips dan teknik sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips asas untuk menjalani hubungan seks sihat yang boleh anda cuba dan amalkan bersama pasangan.

  1. Beri pembaharuan dalam hubungan seks
    Seringkali pembaharuan akan membawa pengalaman yang baru, yang menggembirakan. Perkara yang sama juga boleh dikatakan untuk hubungan seks.

    Jika selama ini hubungan seks anda berdua adalah rutin yang sama setiap kali berasmara, kali ini cuba cipta perkara baru, atau ubah sedikit cara anda berdua berasmara.Lakukan eksperimen seperti menukar lokasi untuk aktiviti seks, tukar pewangi badan anda, tukar cadar atau sarung bantal yang lebih romantik, gunakan lilin aromaterapi, untuk isteri beli baju tidur yang baru, atau cuba gunakan g-string untuk membuat mata suami membulat keluar, dan pelbagai lagi kejutan yang boleh anda lakukan untuk menukar ritma aktiviti seks anda.

    Tetapi awas jika pasangan anda adalah jenis yang sukar menerima sesuatu yang baru. Lakukan pembaharuan ini dengan berperingkat, dan jangan dengan sekaligus.
  2. Bukan hanya di ranjang
    Seperti yang saya nyatakan di awal artikel ini, kesan hubungan seks sihat bukan hanya boleh dilihat ketika diranjang. Jadi apa kata anda mulakan hubungan seks sihat di luar ranjang.

    Maksud saya cuba baiki aspek kehidupan seharian dari aspek masa bersama, perbualan dan komunikasi, gurau senda, dan sebagainya. Jika kesan hubungan seks sihat boleh mempengaruhi aspek kehidupan seharian, tidak mustahil kualiti kehidupan yang ditingkatkan boleh mempengaruhi hubungan seks.
  3. Datang dari hati
    Jika anda telah mencuba pelbagai tips untuk meningkatkan kualiti hubungan seks anda, tetapi masih gagal, apakah sebabnya? Tidakkah anda pernah terfikir yang anda melakukan semuanya kerana terpaksa.

    Dalam erti kata lain anda tidak ikhlas untuk memperbaiki hubungan seks anda berdua. Anda melakukannya untuk melayan ego anda, atau kerana ada rasakan sebagai tanggungjawab anda untuk memuaskan pasangan, suami atau isteri.

    Lihat sejenak tentang perkara ini dan tanya kepada diri anda adakah anda benar-benar ikhlas untuk ‘menikmati sepenuhnya hubungan seks dengan pasangan anda’.

Terletak kepada diri anda

Tips yang saya berikan, dan tips-tips atau nasihat yang telah anda baca boleh membantu anda untuk menjalani hubungan seks sihat. Tetapi yang utama sebenarnya terletak kepada diri anda sendiri.

Anda boleh membaca beribu-ribu tips, atau anda boleh membeli pelbagai buku berkaitan hubungan seks, tetapi tidak ada guna sekiranya anda tidak mengambalkan apa yang telah anda ketahui, dan pelajari. Anda harus mengambil inisiatif untuk memperbaiki hubungan anda supaya kualiti kehidupan anda berdua akan lebih nikmat dan bahagia.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *