Ghairah Seksual Menurun, Kenapa & Bagaimana Nak Elakkan?

Ghairah seksual menurun, kenapa ya? Masihkah anda ingat bagaimana perasaan anda ketika malam pertama perkahwinan? Perasaan yang berkobar-kobar, malu tetapi mahu, dan keinginan yang teramat sangat untuk mendakap dan membelai pasangan anda.

Cinta memang sesuatu yang penuh nikmat dan mengasyikkan. Namun, selari dengan usia perkahwinan yang semakin meningkat, perasaan tersebut semakin pudar, dan pasangan yang begitu dan rapat dirasakan amat jauh.

Saya pasti perkara ni berlaku kepada banyak pasangan. Persoalannya di sini, kenapa perkara ini boleh terjadi?

ghairah seksual menurun

Faktor ghairah seksual menurun

Terdapat beberapa faktor, atau fakta yang perlu anda ketahui tentang ghairah seks supaya anda dapat menangani dan berusaha untuk meningkatkan kembali keintiman hubungan suami isteri.

  1. Seperti Ombak
    Ghairah seksual seperti ombak, iaitu ada pasang dan surut. Memang sukar untuk mengekalkan tahap ghairah seks yang tinggi pada setiap masa dengan konsisten. Walau bagaimanapun, perkara-perkara kecil seperti sentiasa berhias di hadapan pasangan, hubungan kelamin yang teratur, meningkatkan masa bersama boleh memelihara ghairah seksual anda berdua.
  2. Hormon
    Faktor hormon mempengaruhi ghairah seks. Ini selari dengan usia yang meningkat, ataupun disebabkan oleh penyakit kronik, atau tidak. Jadi jika pasangan anda seperti hilang mood, cuba berbincang dan lebih peka dengan perubahan beliau. Mana tahu beliau sedang menyembunyikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan beliau.
  3. Masalah rumahtangga
    Seringkali masalah lain di dalam rumahtangga akan mempengaruhi ghairah seksual. Contohnya masalah kewangan, keluarga dan sebagainya. Cubalah cari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini terlebih dahulu sebelum cuba mencari jalan untuk meningkatkan kembali ghairah seksual anda berdua. Selalunya keintiman akan kembali terjalin selepas anda berdua menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hal rumahtangga.
  4. Tidak memahami pasangan
    Di awal perkahwinan kebanyakkan aksi diranjang berlandaskan cinta dan nafsu. Tetapi dengan meningkatnya usia perkahwinan, setiap pasangan perlukan lebih daripada cinta dan nafsu, dan ini adalah persefahaman yang jitu. Harus diingat suami lebih gemar aksi fizikal, dan si isteri pula perlu diransang dengan emosi. Jika anda berdua faham akan konsep ini, tidak menjadi masalah untuk anda berdua mengekalkan keintiman dan mengelakkan ghairah seksual menurun.

Asas tetapi penting

Faktor-faktor kenapa ghairah seksual menurun yang saya berikan di atas sebenarnya adalah fakta asas, atau pokok dalam mengenalpasti punca ghairah seks berkurang.

Tetapi jika anda dapat memahami, mencari punca, dan menyelesaikan masalah, saya pasti anda dan pasangan akan dapat mengembalikan keintiman dan mengembalikan cinta dan ghairah yang semakin pudar.

Anda juga boleh baca tip-tip yang telah saya tulis di laman web ini tentang cara nak goda pasangan untuk meningkatkan keintiman rumah tangga.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *