Ciri Orgasma Wanita Yang Semua Suami Perlu Tahu

Orgasma wanita adalah puncak nikmat hubungan seks yang sangat penting dan kadangkala menjadi penentu sama ada wanita puas atau tidak dengan hubungan seks tersebut.

Kadangkala individu yang tidak dapat mencapai puncak orgasma akan merasa terseksa dan tidak dapat mencapai puncak kenikmatan.

Orgasma wanita

Orgasma wanita meleraikan ketegangan seksual

Orgasma wanita juga dikenali sebagai salah satu teknik untuk meleraikan ketegangan seksual yang terkumpul, di mana ketika kita orgasma kita akan merasakan kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan sesudah itu tubuh badan akan berasa relaks dan lepas daripada segala tekanan.

Walaupun orgasma berlangsung hanya beberapa saat, kebanyakkan individu boleh tidur dengan nyenyak selepas melalui orgasma.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa tidak seperti lelaki, wanita boleh orgasma atau klimaks lebih dari sekali ketika hubungan seks. Walaupun wanita mudah untuk mencapai orgasma, kadang kala sebaliknya kerana pasangan mereka kurang mahir untuk memandu wanita mencapai orgasma.

Apakah tanda-tanda bahawa isteri anda telah orgasma atau klimaks? Bagaimana untuk mengetahui adakah isteri anda sudah klimaks atau belum?

Tanda-tanda orgasma wanita

Ada beberapa tanda yang boleh anda perhatikan ketika isteri anda mencapai orgasma atau klimaks. Salah satunya ialah wanita akan mengalami kekejangan otot, terutama pada otot-otot faraj. Ketika wanita mencapai kemuncak kenikmatan otot faraj akan kuat mencengkam zakar dan zakar akan terasa seperti dihisap dengan kuat.

Cengkaman faraj ini kadangkala akan membuat si suami juga merasakan kenikmatan yang luar biasa dan kadangkala tidak dapat menahan kesedapan dan turut klimaks bersama si isteri.

Tanda yang lain apabila seseorang wanita mencapai orgasma ialah perubahan warna pada muka dan payudara mereka. Wanita yang sedang orgasma, muka mereka akan kelihatan kemerah-merahan, begitu juga pada bahagian payudara. Faktor ini berlaku kerana pengaliran darah yang laju ketika wanita orgasma.

Si wanita juga akan bernafas dengan pantas dan nafasnya tidak teratur seperti nafas normal. Denyutan nadinya bertambah laju dan beliau akan hilang kawalan diri ketika orgasma.

Seringkali juga si wanita akan meminta pasangan mereka supaya melajukan dayungan dan menguatkan kemutan faraj ketika hampir mencapai orgasma. Perbuatan ini akan membantu si wanita mencapai orgasma dengan lebih pantas dan mudah.

Tanggungjawab suami

Terpulang kepada si lelaki untuk memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami untuk membuatkan isteri anda puas dan klimaks ketika hubungan seks. Jangan mengambil mudah perkara ini kerana hubungan seks yang sihat adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kebahagiaan dalam rumah tangga.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *