7 Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Seks Lelaki

Ada ke makanan untuk meningkatkan prestasi seks? Semua orang tahu kesihatan dan seks tidak dapat dipisahkan, oleh itu ramai di antara kita yang menghabiskan wang untuk membeli ubat-ubatan, vitamin dan akar-akar kayu yang kononnya dapat meningkatkan keupayaan seks.

Tidak dapat dinafikan ada sesetengah entiti ini yang membantu untuk meningkatkan kesihatan ketika beraksi di atas katil. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat makanan untuk meningkatkan prestasi seks anda?

Makanan untuk meningkatkan prestasi seks

Sebenarnya banyak makanan untuk meningkatkan prestasi seks - kita sahaja yang tak tahu Click To Tweet

Makanan untuk meningkatkan prestasi seks

Berikut disenaraikan makanan untuk meningkatkan prestasi seks yang boleh membantu anda.

  1. Tiram
    Khas untuk kaum lelaki, Tiram telah dibuktikan secara saintifik dapat menguatkan organ seks lelaki, dan meningkatkan keinginan untuk seks. Tiram juga terkenal sebagai ‘afrodisiak’ semulajadi serata dunia.
  2. Pisang
    Pisang mengandungi enzim bromelain yang boleh meningkatkan daya dan tenaga seksual. Tidak ketinggalan juga pisang mengandungi banyak Vitamin B semulajadi yang boleh meningkatkan daya ketahanan badan anda.
  3. Bawang
    Kajian saintifik membuktikan sejenis bahan di dalam bawang iaitu ‘garlicin’ membantu sistem badan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks, secara langsung membuatkan organ seks anda dapat berfungsi dengan lebih baik. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bawang dapat meningkatkan kepekatan air mani bagi kaum lelaki, tetapi fakta ini belum dapat dibuktikan secara saintifik.
  4. Daun Saderi
    Daun saderi atau ‘celery’ mengandungi sejenis enzim ‘adrosterone’ yang bertindakbalas dengan hormon semulajadi lelaki dan membuatkan kaum lelaki berkeinginan untuk seks.
  5. Strawberi
    Buah strawberi dikatakan dapat meningkatkan daya imaginasi seks ke tahap yang tinggi. Walaupun tidak dapat dibuktikan, ramai yang percaya dan menggunakan strawberi di dalam teknik foreplay. Jadi jika anda percaya, sudah pasti daya imaginasi seks anda akan meningkat, lagipun semuanya adalah bergantung kepada kuasa minda anda.
  6. Badam
    Badam atau ‘Almond’ mengandungi hormon yang boleh merangsang keinginan seks. Bau yang dihasilkan oleh badam juga dikatakan dapat meningkatkan nafsu ghairah kaum wanita. Oleh itu tidak hairan banyak aromaterapi yang menggunakan bau almond di dalam produk mereka.
  7. Coklat
    Coklat telah diketahui dapat menjadikan seseorang itu gembira, tenang dan relaks. Oleh itu pengambilan coklat sebelum beraksi akan mempengaruhi prestasi anda ketika berasmara.

Tunggu apa lagi, penuhkan peti ais anda dengan makanan-makanan ini dan kurangkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *