7 Contoh Hubungan Seks Sihat – Adakah Anda Berdua Mengalaminya?

Sebagai pasangan suami isteri yang menjalani hubungan seks, pernah tak anda terfikir sama ada hubungan seks anda berdua adalah hubungan seks yang sihat, ataupun tidak?

contoh hubungan seks sihat

Kadang-kala anda teringin nak tahu bagaimana pasangan suami isteri yang lain menjalani hubungan seks. Bagaimana kehidupan seks mereka? Adakah mereka menjalani hubungan seks seperti anda berdua, atau sebaliknya?

Adakah hubungan seks yang mereka jalani boleh dikategorikan sebagai hubungan seks sihat? Tetapi sudah pasti tidak sesuai untuk anda bertanyakan soalan sebegini kepada rakan-rakan. Pasti mereka akan berkerut kening sekiranya diajukan soalan sedemikian.

Tambahan lagi tidak elok untuk bercerita tentang cerita atas katil kepada orang lain, mahupun sahabat karib.

Oleh itu bagaimana nak tahu adakah hubungan seks yang anda berdua jalani boleh dikategorikan sebagai hubungan seks sihat?

Definisi Hubungan Seks Sihat

Sebelum ini saya telah menulis tentang apa itu hubungan seks sihat di artikel ini. Anda boleh baca sekiranya anda ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan hubungan seks sihat, dan bagaimana untuk menikmat hubungan seks sihat dengan pasangan.

Contoh Hubungan Seks Sihat

Kali ini saya ini memberikan contoh hubungan seks sihat. Anda berdua boleh lihat sendiri adakah anda berdua mengalami hubungan seks sihat di ranjang berdasarkan contoh-contoh ini.

Anda Berdua Berasa Selesa Dengan Tubuh Anda

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas mendapati individu dalam lingkungan umur 18 hingga 49 yang mencapai markah tertinggi dalam keyakinan terhadap penampilan diri adalah individu yang puas dengan hubungan seks mereka.

Ini berlaku kerana mereka yang berasa kurang yakin dan rendah diri dengan penampilan tubuh mereka akan hilang tumpuan ketika seks. Mereka sentiasa memikirkan bagaimana penampilan mereka pada mata pasangan sehingga sukar untuk merasa nikmat sepenuhnya ketika seks.

Anda Berdua Tidak Teragak-agak Untuk Meminta Apa Yang Inginkan Dalam Hubungan Seks

Sikap terbuka dalam hubungan seks adalah satu elemen yang penting. Oleh itu pasangan yang menjalani hubungan seks sihat lebih bersikap terbuka dengan pasangan mereka. Dalam kehidupan seharian mahupun dalam aktiviti seks.

Anda berdua tidak takut atau teragak-agak untuk menyuarakan keinginan anda kepada pasangan. Anda tahu apa yang anda mahu dan dengan mudah meminta pasangan anda untuk melaksanakannya.

Anda Berdua Membuat Jadual Hubungan Seks

Ramai pasangan yang menganggap hubungan seks perlu spontan untuk seks hebat. Ini mungkin betul dalam sesetengah kes, tetapi realiti kehidupan adalah sebaliknya. Tambahan lagi jika anda berdua menjalani kehidupan yang sibuk, dengan kerjaya dan anak-anak.

Ramai pakar hubungan seksual yang berpendapat mencipta jadual untuk aktiviti seks adalah sesuatu yang sihat. Contohnya rancang aktiviti seks anda berdua selepas anak-anak telah tidur dan tiada lagi aktiviti yang boleh menghalang anda berdua.

Ini akan mencipta keinginan dan perasaan tak sabar untuk menjalani hubungan seks. Secara tidak langsung anda berdua lebih bersedia untuk bersama di ranjang.

Anda Berdua Tidak Merekod Aktiviti Seks

Ramai pasangan suami isteri meletakkan kekerapan melakukan hubungan seks sebagai ukuran sama ada mereka menjalani hubungan seks sihat atau tidak. Kristin Zeising, pakar terapi seks menyatakan ini bukanlah teknik yang betul untuk menilai kehidupan seks anda berdua.

Satu kajian yang dijalankan oleh “Journal of Economic Behavior & Organization” membuktikan perkara ini. Mereka memilih beberapa pasangan dan menggandakan jumlah aktiviti seks pasangan tersebut. Keputusan yang mereka dapati adalah mengejutkan.

Mereka mendapati pasangan yang menggandakan aktiviti seks mereka tidak mengalami sebarang perubahan dalam kualiti hubungan seks. Click To Tweet

Malah terdapat pasangan yang tertekan kerana terpaksa menggandakan jumlah aktiviti seks yang mereka jalani.

Anda Berdua Suka Seks

Tak kira berapa kali anda menjalani hubungan seks, atau anda puas atau tidak dengan seks, anda suka dan menikmati seks dengan pasangan anda seadanya.

Tetapi ini tidak bermakna anda tidak perlu mencari inisiatif untuk meningkatkan kualiti hubungan seks atau nikmat seks anda berdua. Apa yang ingin dinyatakan di sini ialah anda berpuas hati dan tidak merungut dengan hubungan seks anda. Ini adalah salah satu contoh hubungan seks sihat.

Tiada Seks Terpaksa Dalam Hidup Anda Berdua

Kadang-kala suami atau isteri terpaksa menjalani hubungan seks kerana permintaan pasangan. Walaupun mereka tiada keinginan untuk seks.

Masalah ini tidak wujud dalam hidup anda berdua jika anda menjalani hubungan seks sihat.

Tiada masalah untuk menolak permintaan pasangan anda sekiranya anda benar-benar tiada mood atau tidak mempunyai nafsu untuk seks. Tetapi jangan terlalu kerap. Anda juga boleh mengambil hati pasangan yang kecewa jika anda menolak seks, dengan meminta seks dari pasangan selepas ini.

Ini menunjukkan anda benar-benar tidak bernafsu untuk seks, tetapi anda masih inginkan si dia dalam hidup anda.

Anda Berdua Bahagia

Ini adalah contoh hubungan seks sihat terbaik. Pasangan yang menjalani hubungan seks yang sihat, yang puas dengan hubungan seks mereka secara tak langsung akan bahagia dalam kehidupan rumahtangga.

Malah ini adalah hubungan dua hala. Mereka yang bahagia dalam kehidupan rumahtangga akan menjalani hubungan seks sihat, dan sebaliknya.

Penting Untuk Menjalani Hubungan Seks Sihat

Mereka yang kecewa dalam hubungan seks akan terbawa-bawa perasaan tersebut ke dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tidak memikirkannya, tetapi secara tak sedar perasaan tersebut wujud dalam diri mereka.

Ini akan memberi kesan kepada hubungan suami isteri, dan lebih teruk lagi dalam kehidupan seharian dan mempengaruhi kerjaya, cara melayan anak-anak dan sebagainya.

Oleh itu cubalah untuk menjalani hubungan seks sihat. Hubungan seksual yang sihat bukan sahaja meningkatkan nikmat di ranjang, tetapi juga dapat meningkatkan keintiman dan kebahagiaan hubungan suami isteri.

Jika anda berminat untuk meningkatkan kenikmatan hubungan suami isteri di ranjang, anda boleh dapatkan Panduan Kamasutra Bergambar yang mengandungi pelbagai tip terbaik bagaimana untuk menjalani hubungan seks sihat.

Panduan ini adalah himpunan ilmu seksual dari empat kitab asmara warisan zaman berzaman. Pendek kata ilmu-ilmu yang terkandung di dalam panduan ini adalah ilmu terbaik yang boleh anda dapatkan pada masa sekarang, sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu.

Klik di sini untuk menjalani hubungan seks sihat dengan panduan Kamasutra Bergambar.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *