Perlu Baca
Utama > Petua Seks Melayu > 10 Tanda Suami Anda Ketagih Menonton Video Lucah

10 Tanda Suami Anda Ketagih Menonton Video Lucah

Ketagihan porno atau ketagih Menonton video lucah bukanlah masalah baru yang melanda masyarakat kita. Ramai lelaki mahupun wanita menghadapi masalah ini, dan mendapati sukar untuk memberhentikan diri dari tabiat buruk ini.

Ketagih menonton video lucah

Yang menyedihkan ialah masalah ini juga melanda kaum lelaki yang telah bergelar suami. Walaupun mereka boleh melampiaskan nafsu bersama isteri, mereka masih memilih untuk menonton video lucah.

Ini tidak menghairankan kerana ketagihan menonton video lucah telah menjadi satu tabiat yang sukar untuk dibendung.

Suami yang mempunyai tabiat buruk ini pandai menyembunyikan ketagihan mereka daripada diketahui isteri.

Tetapi tanpa mereka sedar, tabiat ketagih menonton video lucah ini mempengaruhi hidup mereka dan memberikan tanda-tanda yang sukar untuk mereka sembunyikan.

Tanda Suami Ketagih Menonton Video Lucah

Sebagai isteri, jika anda mengesyaki suami anda mempunyai tabiat ketagih menonton video lucah, anda boleh perhatikan jika terdapat tanda-tanda ini pada suami anda.

Suami hilang minat untuk bersetubuh

Walaupun ramai penagih video lucah menginginkan seks yang kerap, semakin buruk ketagihan mereka, semakin mereka hilang minat untuk bersetubuh dengan isteri.

Mereka lebih gemar dan puas dengan nikmat yang mereka alami dari menonton video lucah berbanding nikmat bersetubuh dengan isteri.

Dalam erti kata lain, mereka lebih selesa mendapat kepuasan dengan fantasi seks mereka dari video lucah berbanding realiti sebenar ketika bersetubuh dengan isteri.

Zakar gagal keras sepenuhnya ketika bersetubuh

Masalah ini adalah masalah yang akan melanda mereka yang ketagih menonton video lucah. Masalah ini bukan masalah baru dan telah dikenal pasti dalam bidang perubatan sebagai mati pucuk yang disebabkan oleh ketagihan video lucah.

Jika masalah mati pucuk normal disebabkan oleh kesihatan fizikal, mati pucuk yang disebabkan oleh ketagihan menonton video lucah pula adalah disebabkan oleh minda penghidapnya.

Penagih video lucah akan menghadapi masalah mati pucuk tanpa mereka sedari. Click To Tweet

Mereka yang ketagih menonton video lucah telah melatih otak dan minda mereka untuk hanya terangsang sepenuhnya dengan menonton video lucah, atau gambar lucah/bogel wanita lain.

Mereka yang menghadapi masalah ini juga akan menyalahkan isteri mereka atas kegagalan zakar untuk keras ketika bersetubuh.

Cuba merealisasikan fantasi seks bersama isteri

Semakin kuat fantasi penagih terhadap seks, semakin cuba mereka ingin merealisasikan fantasi tersebut bersama pasangan mereka.

Ini tidak menjadi masalah sekiranya fantasi tersebut masih tergolong dalam kategori hubungan seks sihat. Tetapi boleh dikatakan rata-rata penghidap tabiat buruk ini lebih gemar berfantasi tentang seks yang tidak sihat.

Sebagai contoh kebanyakan video lucah lebih gemar memaparkan hubungan seks kasar, atau seks dominan. Banyak juga video lucah atau porno yang menggalakkan seks luar tabii seperti seks anal (dubur), fetish yang ganjil seperti meminum air kencing isteri, dan pelbagai lagi seks ganjil yang memberi kesan buruk kepada hubungan suami isteri.

Suami lebih gemar online dari bersama isteri

Seperti juga ketagihan yang lain, penagih video seks lucah akan sentiasa mencuri masa untuk melakukan tabiat buruk mereka.

Pada masa sekarang di mana video lucah ditonton secara online, sudah pasti mereka akan cuba online seberapa kerap yang mungkin untuk melampiaskan nafsu mereka.

Malah mereka juga mudah marah atau mengamuk sekiranya tidak dapat online, atau tidak dapat berseorangan ketika online.

Beliau semakin kuat berahsia

Pernah tak apabila terjaga pada tengah malam dan mendapati suami anda sedang online. Apabila anda cuba mendekati beliau dengan komputer beliau, beliau terkejut. Apabila anda bertanyakan apa yang sedang beliau lakukan, beliau terus mempertahankan diri, marah, dan tidak selesa.

Istilah hampir kantoi sesuai digunakan di sini.

Suami semakin kuat mengkritik penampilan anda

Adakah suami semakin kerap memberi komen atau mengkritik penampilan anda? Contohnya saiz payudara, berat badan anda, atau prestasi seks anda di ranjang.

Kajian menunjukkan lebih kerap lelaki menghabiskan masa dengan menonton video lucah atau porno, lebih mudah minda beliau akan terpengaruh dengan perkara baru yang diberikan oleh porno. Kajian ini mendapati secara tak langsung perkara ini akan buat mereka kurang menghargai penampilan individu yang kelihatan biasa.

Malangnya mereka tak sedar bahawa penampilan pelakon video lucah yang mereka tonton hanya palsu dan dipenuhi dengan solekan muka dan helah kamera untuk buat video tersebut menarik minat mereka.

Kesan Buruk Ketagih Menonton Video Lucah

Video lucah mempengaruhi minda suami anda secara langsung, dan tak langsung. Video lucah akan memprogram semula otak suami supaya beliau akan mendapat kepuasan dan nikmat daripada video tersebut berbanding hubungan seks sebenar.

Sudah pasti ini memberi kesan buruk bukan sahaja kepada suami anda, tetapi juga kepada hubungan seks suami isteri secara keseluruhan.

Jika anda perhatikan suami anda mempunyai tanda-tanda ini, anda harus mengambil tindakan untuk menyiasat sama ada adakah benar beliau mempunyai masalah ketagih menonton video lucah.

Pada artikel yang akan datang saya akan menulis dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Subsribe ke laman web ini untuk mendapatkan update terbaru terus ke email anda, atau like laman facebook Info Seks Melayu untuk mendapatkan update terbaru melalui facebook.

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Nikmat seks posisi seks baru

Tingkatkan Nikmat Seks Dengan 3 Teknik Mudah Yang Belum Pernah Anda Cuba

Apa sahaja aktiviti jika dilakukan berulang kali tanpa perubahan, pasti akan membosankan. Hubungan seks juga …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.