Wanita Seksi Punca Mati Pucuk – Amaran Untuk Kaum Lelaki

 

Adakah wanita seksi punca mati pucuk bagi kaum lelaki? Kajian terbaru daripada seorang ahli psikologi Rusia, Leonid Kitaev mendapati wanita yang berpenampilan seksi boleh menjadi salah satu punca mati pucuk.

Kajian ini adalah dari Russian Research Institute of Culturology, The Russian Academy.

Mengikut kajian tersebut, pada negara yang rata-rata wanita di negera tersebut berpakaian seksi, jumlah lelaki yang mengalami masalah mati pucuk adalah lebih tinggi berbanding negara yang wanitanya berpakaian sopan.

wanita seksi punca mati pucuk

Kanser Prostat

Pada mulanya satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat di Amerika Syarikat selama 30 tahun mendapati 80% lelaki yang berumur 60 tahun ke atas, dan telah meninggal dunia mengalami kanser prostat, selain daripada penyakit lain.

Manakala 1/3 daripada rakyat Amerika dan Eropah berumur 30 tahun ke atas mempunyai masalah dengan penyakit mati pucuk, dan kelenjar prostat. Walaubagaimanapun penyelidik ini mendapati masalah yang sama tidak dihadapi oleh penduduk lelaki di negara Arab, yang mempunyai statistik kanser prostat yang terendah.

Pada awalnya para pengkaji dan saintis tersebut merumuskan bahawa faktor cuaca dan pemakanan adalah penyebab kepada fenomena ini. Tetapi setelah melakuakn kajian secara terperinci, mereka gagalm menemui sebarang faktor pada pemakanan yang menyebabkan gejala ini.

Wanita seksi punca mati pucuk

Kenapa perkara ini berlaku. Kenapa faktor wanita yang berpakaian seksi boleh menyebabkan gelaja mati pucuk kepada kaum lelaki.

Secara mudahnya, kaum lelaki akan terangsang apabila melihat wanita yang berpakian seksi, dan terdedah. Ini adalah normal dan nafsu kaum lelaki sukar untuk dikekang.

Nafsu berahi yang terkumpul ini perlu dilepaskan oleh kaum lelaki(melalui klimaks), dan jika dibiarkan, itu lah antara penyebab utama kanser prostat, yang seterusnya menjurus kepada gelaja mati pucuk bagi lelaki.

Fakta ini mungkin sukar untuk diterima oleh sesetengah pihak, tambahan lagi kepada wanita yang gemar berpakaian seksi. Tetapi kajian telah membuktikan salah satu faktor mati pucuk lelaki adalah disebabkan oleh wanita yang gemar berpakaian seksi.

Mengatasi masalah ini

Bagaimana untuk mengatasi masalah wanita seksi punca mati pucuk ini? Adakah dengan memilih untuk tidak melihat, atau menjauhkan diri dari wanita yang berpakaian seksi?

Itu salah satu cara, tetapi mungkin sukar pada masa sekarang. Tambahan lagi dengan media massa yang dipenuhi dengan gambar wanita seksi, dan menggiurkan.

Bagi yang sudah berumahtangga, sudah pasti tiada masalah untuk melampiaskan nafsu anda, tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang belum berumahtangga? Bilik air?

Jangan, baca artikel ini kenapa Onani tidak baik untuk anda.

Sebenarnya, penyelesaian untuk masalah ini adalah amat mudah, iaitu belajar untuk mengawal nafsu. Dan teknik yang paling efektif untuk mengawal nafsu adalah dengan berpuasa.

Bagi penganut agama Islam, berpuasa adalah wajib setiap tahun, dan adalah cara yang paling efektif untuk belajar mengawal nafsu, malah setiap nafsu boleh dikawal dengan berpuasa, bukan sahaja nafsu seks.

Agama utama lain di dunia juga menggalakkan penganutnya berpuasa, walaupun agak berbeza dengan agama Islam.

Wanita sila berikan bantuan

Kepada kaum wanita pula, walaupun berpakaian seksi boleh menonjolkan diri anda(dan juga menonjolkan yang lain), cuba lah renung sejenak dan ambil iktibar daripada artikel ini.

Dan jangan tak tahu, bagi sesetengah lelaki, wanita yang berpakaian seksi sebenarnya amat rendah martabatnya di kalangan kaum lelaki.

Bukan tak boleh berpakaian seksi, tak salah jika anda bernafsu untuk menonjolkan tubuh anda yang cantik itu, tetapi biarlah selepas berumahtangga, dan hanya di hadapan suami anda.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *