Wanita Lebih Seksi Dengan Seks – Kajian Pakar Telah Membuktikannya

Wanita lebih seksi dengan seks? Kajian terbaru dari Universiti Simon Fraser, Kanada menemui bahawa aktiviti seks pada lelaki dan wanita mampu meningkat tahap testosteron. Yang mengejutkan ialah kajian tersebut mendapati bahawa peningkatan tahap testosteron tersebut lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki.

Wanita lebih seksi dengan seks

Kajian yang dilakukan oleh sebuah Universiti di Kanada mendapati wanita akan lebih seksi selepas seks! Click To Tweet

Tahap Testosteron Buat Wanita Kelihatan Seksi

Setelah dikaji dengan lebih lanjut, peningkatan testosteron pada wanita memberikan kesan positif seperti mudah mengalami orgasme, meningkatkan keyakinan diri dan kelihatan lebih seksi tanpa mereka sedari.

Seperti yang diketahui, hormon testosteron adalah hormon utama pada kaum lelaki seperti hormon estrogen pada wanita.

Kajian yang dilakukan kepada 49 wanita ini mengambil tahap testosteron mereka sebelum dan selepas hubungan seks. Wanita-wanita ini juga diminta mengisi borang soal jawab terhadap pengalaman orgasme, keinginan seks, dan perasaan mereka selepas hubungan seks.

Testosteron Meningkat Selepas Seks

Keputusan kajian mendapati tahap testosteron semakin meningkat selepas setiap aktiviti cumbuan, ciuman dan aktiviti seks. Dan boleh dikatakan kebanyakkan peserta mengakui mereka mengalami orgasme yang lebih hebat dan berasa lebih seksi.

Pengkaji merumuskan bahawa kesan ini berlaku kerana dengan peningkatan hormon testosteron, ghairah seksual pada individu akan meningkat seterusnya menyebabkan peningkatan kepuasan orgasme.

Wanita Lebih Seksi Dengan Seks Sihat

Kajian yang dilakukan ini membuktikan hubungan seks sihat mempunyai banyak manfaat kepada wanita, dan juga lelaki. Malah teknik hubungan seks yang betul, iaitu peringkat bercumbu, foreplay dan bersetubuh bukan sahaja boleh beri kepuasan mutlak – tetapi banyak kelebihan dari aspek kesihatan tubuh manusia.

Oleh itu jangan teragak-agak untuk mengamalkan hubungan seksual sihat dengan teknik yang betul. Lebihkan kualiti dari kuantiti. Tidak guna jika anda berdua kerap melakukan hubungan seks tetapi aktiviti di ranjang tidak berkualiti.

Belajar teknik hubungan seks yang betul melalui panduan-panduan yang telah diberikan di laman web ini. Semoga hubungan seks yang sihat dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri dan memberi lebih nikmat di ranjang.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *