Perlu Baca
Utama > Berita Seks Melayu > Wanita Lebih Mudah Ghairah Bila Perut Kenyang

Wanita Lebih Mudah Ghairah Bila Perut Kenyang

Kali ni saya nak beritahu satu fakta yang pelik, tetapi benar.

Wanita lebih mudah ghairah bila perut mereka kenyang. Click To Tweet

Wanita lebih mudah ghairah bila perut kenyang

Sebuah kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti California, San Diego mendapati wanita kurang bertindak balas terhadap perkara romantik apabila mereka lapar.

Dr. Elice Ely sebelum ini pernah menjalankan kajian terhadap bagaimana tindak balas otak wanita terhadap gambar makanan berlemak ketika mereka lapar, dan selepas mereka kenyang. Beliau mendapati keadaan perut dan sejarah diet mempengaruhi corak pemikiran wanita.

Oleh itu kali ini beliau ingin pula melihat bagaimana tindak balas otak wanita terhadap rangsangan yang lebih hebat, iaitu ghairah atau nafsu syahwat.

Kajian Yang Dilakukan

Kajian ini dilakukan terhadap 20 wanita dengan berat badan normal. Wanita-wanita ini dibahagikan kepada dua kategori.

Kategori pertama ialah wanita yang pernah cuba untuk menurunkan berat badan dengan berdiet, manakala kategori kedua pula tidak pernah mengawal pemakanan mereka.

Wanita-wanita ini berpuasa selama lapan jam sebelum menjalani ujian yang telah disediakan oleh Dr. Ely.

Ujian-ujian yang dijalankan termasuk menjalani imbasan MRI, di mana wanita-wanita terbabit dipaparkan dengan gambar romantik dan seksi.

Para penyelidik mendapati reaksi yang sama daripada wanita yang terlibat.

Wanita-wanita tersebut kemudian mengambil makanan yang mengandungi 500 kalori, dan kemudiannya melalui ujian yang sama.

Tindak Balas Selepas Makan

Selepas makan dan dalam keadaan perut kenyang, mereka lebih mudah bertindak balas terhadap gambar-gambar yang dipaparkan.

Menurut Professor Traci Mann dari Universiti Minessota, keadaan ini berlaku kerana semasa berada dalam keadaan lapar, otak kita hanya memikirkan tenang makanan.

Oleh itu agak sukar untuk bertindak balas terhadap perkara lain selain makanan.

Tahu tak terdapat makanan-makanan yang boleh meningkatkan nafsu anda secara semula jadi? Klik dan baca Makanan Untuk Meningkatkan Prestasi Seks.

Kajian tersebut juga mendapati tindak balas otak adalah lebih kuat untuk wanita pada kategori pertama, berbanding kategori kedua.

Para penyelidik membuat kesimpulan wanita-wanita yang berada dalam kategori pertama lebih memberikan respons kerana mereka yang pernah menjalani diet untuk menurunkan berat badan kerana wanita-wanita ini mempunyai motivasi yang lebih tinggi.

Perlu Jalankan Kajian Lanjut

Walaupun kajian ini menarik, Dr. Ely mengakui kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan terhadap bilangan peserta yang lebih ramai.

Menurut beliau kajian ini lebih berbentuk spekulatif dan perlu mengumpul lebih banyak fakta untuk diterbitkan sebagai fakta sebenar.

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

info zakar

11 Info Zakar Yang Anda Tak Tahu

Kali ni saya nak beri 11 info zakar yang ramai lelaki tak tahu. Senjata lelaki …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.