Wajah Seiras Tanda Jodoh – Nak Percaya Ke Tak Terpulang Kepada Anda

Salah satu petua atau panduan yang diberikan oleh ‘orang lama’ berkaitan jodoh ialah wajah pasangan yang seiras selalunya dikatakan ada jodoh. Bolehkah kita mempercayai petua ini atau ini adalah mitos dan tahyul semata?

Wajah seiras tanda jodoh

Jika melihat dari sudut keagamaan, empat perkara telah ditentukan oleh Tuhan sebelum kita lahir, iaitu tarikh meninggal dunia, tanah kubur, rezeki dan juga jodoh. Jodoh juga termasuk di dalam takdir yang pasti, iaitu tidak akan berubah. Oleh itu boleh dikatakan iaitu jodoh setiap insan adalah tetap dan tidak akan berubah.

Jadi bagaimana boleh wujud teori wajah seiras tanda jodoh sering dipopularkan oleh masyarakat kita amnya?

Fakta yang menyokong wajah seiras tanda jodoh

Sebenarnya jika dilihat dari sudut sains, tidak hairan wujud teori ini. Berdasarkan penilitian dan kajian yang dilakukan, manusia sememangnya menyukai dan mudah mesra dengan individu yang mirip dengan dirinya. Iaitu individu yang mempunyai DNA yang hampir sama.

Kajian menunjukkan pasangan yang memiliki wajah seiras, mempunyai jenis DNA yang hampir sama. Ini menyebabkan mereka mempunyai perwatakan yang sama, malah seringkali memiliki minat dan hobi yang sama. Faktor-faktor ini mendorong kepada tarikan tanpa disedari antara satu sama lain.

Dari segi psikologi pula, mereka yang dilamun cinta akan menjumpai, atau dalam sesetengah kes mencipta persamaan antara beliau dan pasangan. Malah ada kajian terperinci yang dilakukan membuktikan pasangan yang mesra dan romantik akan memiliki wajah yang seiras seiring dengan usia perkahwinan.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Jawapannya amat mudah jika perkara ini dijelaskan dari segi logik. Mereka yang hidup bersama, dan sering berkomunikasi antara satu sama lain tanpa disedari akan meniru ekspresi wajah pasangan mereka.

Contohnya jika si suami adalah seorang suka berjenaka dan membuat isteri beliau ketawa, secara tidak sedar si isteri akan memiliki garis ketawa(pada wajah) yang hampir sama dengan si suami. Begitu juga sebaliknya. Jika suami seorang yang baran dan sering marah, secara tidak langsung isteri akan memiliki wajah yang muram dan sugul.

Mungkin teori ini agak pelik dan sukar dipercayai, tetapi kajian yang dilakukan oleh ‘University of Liverpol’ pada tahun 2006 telah membuktikan teori ini.

Boleh gunakan tips ini untuk mencari jodoh?

Perlukah anda mencari individu yang memiliki wajah seiras untuk dijadikan pasangan hidup anda?

Ya dan tidak.

Jika anda dan pasangan memiliki wajah yang seiras, minat yang sama, sudah pasti tiada masalah untuk anda meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius sehingga mendirikan masjid. Tambahan lagi kehidupan berumahtangga pasti akan lebih indah sekiranya anda dan pasangan mempunyai minat yang sama dan saling memahami antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna teori ini harus dijadikan panduan mutlak untuk anda memilih pasangan hidup. Kadang-kala perbezaan dalam hubungan adalah sesuatu yang sihat. Jika semuanya sama sudah pasti lama kelamaan hidup akan menjadi bosan bagi sesetengah individu.

Oleh kerana itulah jodoh setiap individu telah ditentukan sejak azali lagi.

Jadi tidak penting sekiranya pasangan anda memiliki wajah yang seiras atau tidak. Asalkan anda dan si dia menyayangi antara satu sama lain, itu sudah cukup untuk membina rumahtangga yang bahagia.

Oh ya, jangan lupa untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu di ranjang untuk mengharungi malam pertama. Antara panduan lengkap yang boleh membantu anda ialah Panduan Ilmu Asmara Mutlak yang mengandungi tips dan petua dari empat kitab asmara silam.

Panduan ini boleh dikatakan boleh anda jadikan rujukan lengkap untuk memberi kepuasan sepenuhnya kepada pasangan di malam pertama. Klik di sini jika anda ingin memberi nikmat yang tidak terhingga kepada pasangan di malam pertama.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *