Penderaan Seksual Oleh Paderi – 300 Kanak-Kanak Menjadi Mangsa

Berita yang mengejutkan terjadi di Haque hari ini apabila Lebih 300 orang membuat aduan mengenai penderaan seksual oleh paderi, kata gereja Katolik Belanda, semalam, selepas mereka mengarahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan berlaku penganiayaan ke atas kanak-kanak.

penderaan seksual paderi
Salah seorang mangsa penderaan seksual oleh paderi

Penderaan Seksual

Sejak awal bulan ini, kata jurucakap gereja, Pieter Kohnen, sebanyak 300 aduan diterima membabitkan pelbagai kes mulai era 1950-an hingga 1970-an. Majoriti aduan datang daripada sekolah berasrama di seluruh negara, katanya.

Aduan itu, katanya, dikendalikan panel terdiri daripada paderi yang ditubuhkan gereja pada 1995 bagi membantu mangsa penderaan seksual pihak terbabit. Semalam, pemimpin agama Belanda mengarahkan siasatan menyeluruh, luaran dan bebas terhadap dakwaan berlaku penganiayaan seksual ke atas kanak-kanak oleh paderi.

Mereka turut meminta maaf secara terbuka kepada mangsa terbabit. Persediaan siasatan itu diserahkan kepada bekas Menteri Pendidikan Belanda, Wim Deetman, dan ia dijangka mula diadakan di antara empat dan enam minggu dari sekarang.

Minggu lalu, pihak gereja mengumumkan akan menyiasat dakwaan pelajar di sekolah kendalian mereka di Heerenberg, timur Belanda apabila aduan mengenai penderaan seksual ditimbulkan. Ia didakwa berlaku 40 dan 50 tahun lalu.

Pendedahan berterusan mengenai paderi yang bernafsu ke atas kanak-kanak menggoncang institusi Gereja Katolik Roman beberapa bulan lalu. Isnin lalu, Menteri Keadilan Jerman, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger, menuduh Vatican menghalang siasatan kes seumpama itu dijalankan, termasuk membabitkan seorang budak menganggotai kumpulan koir di bawah kendalian abang Pope Benedict XVI, Georg Ratzinger.

KONGSI

WAJIB BACA

1 thought on “Penderaan Seksual Oleh Paderi – 300 Kanak-Kanak Menjadi Mangsa”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *