Kasut Tumit Tinggi Tingkatkan Nafsu Seks – Dibuktikan Kajian Terbaru

Betul ke kasut tumit tinggi tingkatkan nafsu seks wanita? Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kasut tumit tinggi tidak baik untuk kesihatan, dan boleh mengakibatkan kesan yang buruk dalam jangka masa panjang. Walaubagaimanapun persepsi ini mungkin berubah hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Maria Cerutto, iaitu seorang Pakar Urologi dari Itali.

Kasut tumit tinggi tingkatkan nafsu seks

Kajian terbaru mendapati pemakaian kasut tumit tinggi tingkatkan nafsu seks wanita! Click To Tweet

Pemakaian Kasut Tumit Tinggi Tingkatkan Nafsu Seks

Kajian yang beliau lakukan terhadap 66 wanita berusia 50 tahun ke bawah. Kajian ini mendapati pengguna kasut tumit tinggi dengan ketinggian 2 inci (5cm) memiliki postur tubuh yang sama dengan wanita-wanita yang tidak memakai kasut tumit tinggi. Kajian beliau juga mendapati aktiviti elektrik yang rendah pada otot dasar punggung.

Postur yang terhasil daripada pemakaian kasut tumit tinggi menunjukkan otot-otot ini berada pada posisi yang sesuai, dan boleh memberikan kekuatan ketika penguncupan dan pengembangan otot-otot.

Menurut beliau, otot-otot yang terdapat pada dasar punggung adalah otot-otot yang memainkan peranan penting pada tubuh badan seorang wanita. Otot-otot ini berkait rapat dengan otot pelvis yang bekerja keras dalam aktiviti seks.

Otot-otot yang kuat ini boleh meningkatkan kualiti hubungan seks, dan memberikan kepuasan, dari aspek kemutan di dalam hubungan seks.

Mereka yang tidak melatih otot-otot ini akan membuatkan otot-otot ini menjadi kendur, dan lemah. Perkara ini selalu terjadi bagi wanita yang melahirkan anak, atau selari dengan meningkatnya usia.

Kasut Tumit Tinggi Melatih Otot-Otot Punggung

Beliau membuat kesimpulan bahawa kasut tumit tinggi boleh berfungsi sebagai senaman untuk otot-otot ini bagi wanita yang tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman untuk otot-otot ini. Secara mudah, dengan hanya memakai kasut tumit tinggi, anda akan dapat melatih otot-otot ini secara tidak langsung.

Dalam masa yang sama, seorang ahli fisioterapi dari England, Gill Brook menekankan penemuan Dr. Maria Cerruto hanya untuk kasut tumit tinggi dengan ketinggian yang tidak lebih dari 2 inci (5cm). Menurut beliau ketinggian kasut tumit tinggi yang lebih daripada 2 inci tidak akan membantu membaiki fungsi otot-otot dasar punggung.

Jadi pemakaian kasut tumit tinggi bukan sahaja boleh buat wanita kelihatan lebih seksi dan menarik, tetapi juga dapat membantu buat wanita lebih hebat ketika beraksi di ranjang.

KONGSI
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on stumbleupon
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Share on print

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *