11 Info Zakar Yang Semua Lelaki Wajib Ambil Tahu

Kali ni saya nak beri 11 info zakar yang ramai lelaki tak tahu. Zakar adalah senjata lelaki. Boleh dikatakan hampir semua lelaki begitu mengambil berat tentang zakar mereka, maklumlah barang nak pakai lama. Tetapi sejauh mana anda sebagai seorang lelaki, suami betul-betul mengenali atau tahu tentang zakar anda?

Info zakar

Ramai lelaki yang masih tak tahu selok belok alat sulit mereka Click To Tweet

11 info zakar

Baca 11 info zakar yang saya berikan ini dan jangan terkejut sekiranya banyak info zakar atau fakta zakar yang saya berikan ini adalah ilmu baru bagi anda.

Merokok boleh memendekkan zakar

Merokok boleh memendekkan zakar sekurang-kurangnya 1cm. Ya kajian telah membuktikannya. Seperti yang anda tahu, ereksi yang hebat dipengaruhi oleh aliran darah ke zakar yang sempurna. Dan telah dibuktikan bahawa merokok boleh mempengaruhi kesihatan dan proses aliran darah pada tubuh.

Oleh itu bukanlah sesuatu yang aneh sekiranya bahan-bahan yang terdapat di dalam rokok akan mempengaruhi aliran darah pada tubuh anda, sekaligus mendatangkan kesan buruk kepada ereksi zakar anda.

Jika anda tak sayang jantung anda, berilah kasih sayang anda pada zakar anda. Kurangkan, atau berhentilah merokok.

Berkhatan membantu bidang perubatan

Bidang perubatan telah membuktikan kelebihan berkhatan dari aspek dan sudut kesihatan bagi seseorang lelaki. Tetapi baru-baru ini, kemajuan dalam bidang perubatan telah menemui satu lagi kaedah bagaimana berkhatan boleh membantu manusia.

Para doktor telah menemui cara bagaimana untuk menggunakan lebihan kulit zakar selepas proses berkhatan untuk merawat mangsa kebakaran. Jangan terkejut jika satu lebihan kulit zakar selepas berkhatan boleh menampung 23,000 meter persegi!

Kesihatan prostat dan mati pucuk

Ramai yang tahu bahawa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi adalah antara penyumbang utama kepada masalah mati pucuk dan ejakulasi pra-matang. Tetapi ramai yang tak tahu bahawa salah satu organ seks lelaki, iaitu prostat juga boleh menyumbang kepada kedua-dua masalah seks lelaki ini.

Prostat yang membengkak dan membesar boleh mengakibatkan mati pucuk dan ejakulasi pra-matang.

Jika anda mengalami masalah mati pucuk atau ejakulasi pra-matang tetapi tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, mungkin prostat anda adalah puncanya.

Empat kali pancut

Kita sering mendengar bahawa wanita boleh klimaks atau orgasme berkali-berkali ketika hubungan seks, manakala lelaki akan puas dengan hanya sekali orgasme. Ini benar dan adalah fakta.

Purata orgasme individu lelaki, iaitu ketika individu tersebut ejakulasi boleh bertahan selama 6 saat. Manakali individu wanita pula selama 23 saat.

Oleh itu seseorang lelaki perlu ejakulasi sebanyak empat kali untuk memadani dengan ejakulasi wanita. Sudah pasti ini sukar. Jangan risau, anda hanya perlu bertahan dan melayan orgasme isteri anda selepas anda klimaks.

Jangan cepat-cepat mengeluarkan zakar dari faraj beliau selepas anda pancut.

Spesis paling tua dengan zakar

Jangan ingat hanya manusia dan haiwan sahaja yang dikurniakan dengan zakar. Spesis tertua yang mempunyai zakar telah dikenalpasti oleh para saintis, dan spesis ini bukanlah manusia ataupun haiwan mamalia.

Spesis tersebut ialah sejenis siput yang dikenali sebagai ‘Colymbosathon ecplecticos’. Nama tersebut sebenarnya bermaksud ‘perenang hebat dengan zakar yang besar’.

Satu dalam 400

Hanya seorang individu lelaki sahaja daripada 400 individu yang boleh mencium zakar dengan bibirnya sendiri. Tetapi kajian menunjukkan kebanyakkan daripada 400 individu tersebut pernah cuba untuk mencium zakar dengan bibir mereka sendiri..

Anda bagaimana?

Dua jenis zakar

Pakar-pakar seksual bersetuju terdapat dua jenis zakar di dunia ini. Yang pertama ialah zakar yang memanjang dan membesar ketika individu tersebut mengalami ereksi. Yang kedua ialah zakar yang semulajadi besar, tetapi tidak membesar dan memanjang ketika ereksi.

Statistik yang dikumpul oleh majalah “Men’s Health” melaporkan 79% lelaki mempunyai zakar pada kategori pertama, manakala hanya 21% lelaki mempunyai zakar di kategori kedua.

2 minit atau 5 minit

Kajian yang dilakukan oleh pakar seksual Jerman mendapati purata hubungan seks berlangsung selama 2 minit 50 saat. Tetapi yang menakjubkan, hampir semua wanita yang terlibat merasakan ia berlangsung seakan 5 minit 30 saat.

Bagaimana ini boleh berlaku masih membingungkan para peyelidik terlibat.

Raja zakar

Sehingga ke hari ini, terdapat satu zakar yang boleh dinobatkan sebagai ‘Raja zakar’, iaitu zakar kepada pemerintah negara Tonga, Raja Fatefehi.

Khabar angin menyatakan raja ini telah memecahkan dara seramai 37,800 wanita dari tahun 1770 sehingga tahun 1784, lebih kurang tujuh dara sehari.

Kagum? atau menjijikkan?

Lebih kacak lebih banyak sperma

Penyelidik Sepanyol mendedahkan hasil kajian terbaru mereka yang mendapati lebih kacak seseorang individu lelaki, lebih banyak sperma yang beliau hasilkan.

Dalam kajian tersebut para penyelidik menunjukkan foto lelaki yang mempunyai keluaran sperma yang banyak, dan juga foto lelaki dengan keluaran sperma tercorot kepada beberapa wanita. Mereka kemudiannya meminta wanita-wanita tersebut memilih lelaki daripada foto-foto tersebut yang mereka rasakan paling kacak.

Kebanyakkan wanita memilih foto lelaki-lelaki yang mengeluarkan paling banyak sperma berbanding lelaki dengan keluaran sperma tercorot.

Walaubagaimanapun kajian ini dianggap sebagai kebetulan oleh penyelidik antarabangsa, dan kajian lanjutan akan dijalankan. Oleh itu jangan risau jika anda kurang ‘kacak’.

Punca utama zakar patah

Kajian menunjukkan punca utama zakar patah ialah masturbasi yang terlampau.

Zakar patah disini bukanlah patah tulang. Zakar tidak mempunyai sebarang tulang. Zakar patah di sini merujuk kepada keadaan apabila zakar dibengkokkan dengan keras secara tidak sengaja ketika zakar sedang mengalami ereksi. Ini menyebabkan tiub-tiub yang mengalirkan darah kepada zakar pecah dan darah memenuhi zakar.

Jadi bagi yang belum berkahwin, cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga. Ingat hubungan seks sihat bersama pasangan lebih selamat, terutama di dalam situasi di atas.

Jaga kesihatan zakar

Info zakar yang diberikan di atas adalah fakta-fakta berkaitan zakar untuk menambahkan ilmu anda berkaitan hubungan seks. Walaupun sesetengah info tersebut kelihatan kelakar, tetapi fakta-fakta tersebut telah dibuktikan oleh kajian dan penyelidik.

Oleh itu pastikan anda sentiasa menjaga zakar anda dan elakkan dari perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan zakar anda.

KONGSI

WAJIB BACA

Terbaru

Popular

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *