Gambar Kemaluan Wanita: 400 Jenis dan Bentuk!

Nak lihat gambar kemaluan wanita? Jangan bimbang ini bukan gambar porno atau gambar lucah, tetapi gambar ilmiah kemaluan wanita, jenis dan bentuk.

Setiap wanita adalah unik dan berbeza. Sama ada dari aspek fizikal mahupun emosi. Bentuk tubuh yang berbeza jenis dan saiz, termasuklah kemaluan mereka. Agak-agak ada berapa jenis kemaluan wanita ya? 10? 20? 100?..

Jawapannya ialah 400!

gambar kemaluan wanita

400 Bentuk Kemaluan Wanita

Tetapi sebenarnya jenis kemaluan wanita adalah lebih dari 400 jenis dan bentuk. Walau bagaimanapun seorang artis dari United Kingdom, Jamie McCartney telah meluangkan masa beliau untuk menyediakan ukiran yang terdiri daripada 400 bentuk kemaluan wanita.

Pameran yang dinamakan sebagai “The Great Wall of Vagina” ini telah mendapat perhatian pelbagai wanita(dan juga lelaki) dari seluruh dunia.

Ukiran bentuk kemaluan wanita ini dibuat daripada acuan plaster yang diambil dari faraj wanita sebenar.

Kemaluan Wanita Dari Segenap Lapisan Umur

Untuk memberikan variasi dan ketepatan sebenar bentuk kemaluan wanita, Jamie telah mengambil acuan dari kemaluan-kemaluan wanita berumur 18 tahun sehingga 76 tahun.

Menurut beliau lagi model-model sukarela yang menyumbangkan kemaluan mereka untuk dijadikan acuan terdiri daripada ibu dan anak, kembar seiras, lelaki yang telah menjalani pembedahan jantina(what??), dan juga kemaluan wanita hamil dan wanita yang baru melahirkan anak.

Tujuan Utama Membantu Wanita

Menurut Jamie, tujuan utama beliau mengadakan pameran ini ialah untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita bahawa setiap kemaluan wanita adalah unik dan mereka tidak perlu berasa risau atau malu dengan penampilan kemaluan mereka.

Malah menurut beliau ramai wanita yang tidak tahu bahawa bentuk kemaluan, bibir faraj, kelentit, dan lubang faraj mereka berbeza dengan wanita yang lainnya.

Dengan ‘tagline’ “Mengubah imej tubuh wanita melalui seni(Changing female body image through art)”, Jamie berharap semua wanita dapat menerima bentuk tubuh mereka, kemaluan khususnya dan tidak melalukan apa-apa sahaja untuk mengubah ciptaan Tuhan.

400 Gambar Kemaluan Wanita

Di sini saya sertakan gambar-gambar yang diambil dari pameran tersebut. Tak perlu pergi ke U.K untuk melihat 400 gambar kemaluan perempuan.

KONGSI

WAJIB BACA

Terbaru

Popular

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *