Fakta! Wanita Kerja Malam Tingkat Risiko Hadapi Kanser Buah Dada

Penyelidik Perancis membuat penemuan baru iaitu wanita yang bekerja pada waktu malam mungkin akan meningkatkan risiko hadapi Kanser Buah Dada sebanyak 30%!

Pengarah Badan Penyelidikan Kesihatan Perancis (INSERM), Pascal Guenel berkata, ini meletakkan kerja malam mempunyai risiko hadapi kanser buah dada yang sama seperti mutasi genetik, kehamilan pertama lewat atau rawatan hormon.

risiko hadapi kanser buah dada

Penyelidik Perancis mendapati wanita yang kerja lewat malam lebih berisiko hadapi kanser payudara! Click To Tweet

Risiko hadapi kanser buah dada

Jika diteliti mengikut konteks, seorang perokok mungkin mengalami kanser paru-paru lapan kali sama seperti wanita bekerja malam mungkin mengalami kanser buah dada, katanya.

Kira-kira 1.3 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis menghadapi kanser buah dada setiap tahun.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa, pasukan yang diketuai oleh INSERM berkata, kaitan antara bekerja malam dan kanser buah dada lebih banyak dilihat pada wanita yang bekerja syif malam, mereka yang bekerja waktu malam untuk 4.5 tahun atau lebih dan kurang daripada tiga malam setiap minggu secara purata.

Kaitan itu lebih cenderung pada wanita yang bekerja malam sebelum awal kehamilan berbanding wanita yang baru bekerja malam di lewat usia.

Saintis berkata, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengenal pasti sebab-sebab risiko hadapi kanser buah dada.

Hipotesis lain punca-punca risiko hadapi kanser buah dada termasuk perubahan dalam genetik, ketidakseimbangan dalaman dan kurang tidur, mengubah sistem imunisi.

KONGSI

WAJIB BACA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *