Perlu Baca
Utama > Berita Seks Melayu > 7 Jenis Payudara – Anda Punya Yang Mana Satu?

7 Jenis Payudara – Anda Punya Yang Mana Satu?

Selama ini ramai yang menyangka payudara hanya ada dua jenis, besar dan kecil. Betul ke?

Tetapi menurut sebuah syarikat bra, Thirdlove, wanita sebenarnya mempunyai tujuh jenis payudara yang berbeza.

Mereka menjumpai fakta ini hasil dari penyelidikan yang mereka lakukan untuk menghasilkan bra yang terbaik kepada wanita di luar sana.

Menurut Ra’el Cohen iaitu naib presiden syarikat Thirdlove, adalah penting untuk para wanita memilih bra yang sesuai dengan bentuk payudara mereka, supaya mereka selesa dan kelihatan semula jadi.

7 Jenis Payudara Wanita

Jenis payudara wanita yang dikeluarkan oleh syarikat Thirdlove boleh dikategorikan kepada tujuh jenis berikut.

Payudara Tak Simetri

Jenis payudara tak simetri
Bentuk payudara tak simetri

Payudara ini tidak sama saiz, di mana sebelah payudara lebih besar dari sebelah yang lain. Perbezaan saiz ini bermula daripada perbezaan yang tidak terlalu ketara, sehingga kelihatan ketara.

Payudara Loceng

Jenis payudara loceng
Bentuk payudara loceng

Seperti loceng, jenis payudara ini berbentuk seperti loceng, di mana bahagian atas lebih kecil dari bahagian bawah payudara.

Payudara Berjauhan

Jenis payudara berjauhan
Bentuk payudara berjauhan

Jenis payudara ini dinamakan payudara berjauhan kerana puting payudara pada kedua-dua belah payudara menunjuk ke arah yang berlawanan antara satu sama lain.

Payudara Melebar

Jenis payudara melebar
Bentuk payudara melebar

Terdapat ruang yang luas antara kedua belah payudara. Puting payudara pula menunjuk ke depan berbanding jenis payudara berjauhan.

Payudara Langsing

Jenis payudara langsing
Bentuk payudara langsing

Jenis payudara ini selalunya dimiliki oleh wanita berbadan kurus dan langsing. Payudara ini sedikit bidang di bahagian atas, tetapi mengecil di bahagian bawah.

Bentuk payudara ini mengandungi sedikit kuantiti tisu payudara, berbanding jenis lain.

Payudara Air Mata

Jenis payudara air mata
Bentuk payudara air mata

Sama seperti jenis payudara loceng, tetapi dengan permukaan yang sedikit mendatar berbanding payudara jenis loceng. Perbezaan ini dapat dilihat dengan lebih jelas dari pandangan sisi.

Payudara Bulat

Jenis payudara bulat
Bentuk payudara bulat

Jenis payudara ini sering dikaitkan dengan pembedahan plastik, di mana sukar untuk mendapat bentuk payudara ini secara semula jadi. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah wanita yang dilahirkan dengan bentuk payudara sebegini.

Tak Kisah Jenis dan Bentuk Payudara

Ramai wanita yang menginginkan bentuk payudara yang sempurna, kerana sudah ditanam dengan persepsi payudara yang besar adalah payudara yang sempurna.

Malangnya persepsi tersebut adalah mitos semata-mata.

Bukan semua lelaki yang berminat dengan saiz payudara yang besar. Click To Tweet

Yang penting ialah payudara anda sihat, dan kelihatan menarik pada mata pasangan.

Sebelum ini saya telah menulis tip bagaimana untuk menggoda pasangan dengan payudara, tak kira saiz. Anda perlu baca tip ini jika anda ingin buat suami cair dengan payudara anda. Klik untuk baca Cara Menggoda Suami dengan Payudara.

Klik di sini untuk mempelajari Ilmu Kamasutra Melayu

Tentang Yuhanis Zakaria

Penulis membangunkan laman web ini untuk memberikan informasi, tips, dan teknik berkaitan dengan seks secara sihat kepada masyarakat Malaysia khususnya.

Anda Juga Mungkin Berminat

info zakar

11 Info Zakar Yang Anda Tak Tahu

Kali ni saya nak beri 11 info zakar yang ramai lelaki tak tahu. Senjata lelaki …

Leave a Reply

error: Harap maaf isi kandungan pada laman web ini dilindungi.