Kenapa Zakar Kecil dan Mengecut?
March 20, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Ramai lelaki mengeluh kerana saiz zakar menjadi kecil dan mengecut ketika usia meningkat. Adakah faktor zakar mengecil dan zakar mengecut ini betul-betul disebabkan oleh faktor usia atau terdapat faktor-faktor lain?

Sekadar gambar hiasan
Ikuti ulasan tentang zakar kecil dan zakar mengecut dari Dr. Ismail Thamby.
Pengambilan makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.
Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.
Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.
Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.
Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.
Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.
Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.
Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.
Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.
Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal
Popularity: 8% [?]
Carian Popular:
- zakar melayu
- zakar kecil
- gambar bina badan malaysia pantang larang
- soal jawab dr ismail thamby cara seks
- punca buah zakar mengecil
- mengapa buah zakar boleh mengecut
- masalah zakar mengecut sewaktu bersetubuh
- kemaluan lelaki kecil dan mengecut
- gambar pelir besar
- bina badan gay
Masalah Selaput Dara
January 2, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 22 tahun dan baru berkahwin sebulan. Adakah saya mempunyai dara kerana ketika melakukan hubungan bersama suami, tiada sebarang tompok darah yang keluar daripada faraj saya seperti yang lazimnya diberitahu ramai orang. Adakah proses pecah dara itu harus membabitkan keluar tompokan darah? Adakah mungkin ia sudah pecah tanpa disedari seseorang wanita? Saya bimbang jika suami berasa kurang senang dengan diri saya walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.
JAWAPAN
SEELOKNYA anda memahami terlebih dulu mengenai kepelbagaian rupa selaput dara yang boleh dimiliki gadis sunti.
Dalam kebanyakan gadis, selaput dara berupa cecincin nipis mengelilingi bukaan faraj dan berlubang di tengahnya, jenis ini disebut annular.
Ada juga yang mempunyai rupa jejari atau berliku pada cecincinnya (disebut dentate berfimbria). Ada juga selaput dara yang tidak menunjukkan cecincin yang lengkap men gelilingi bukaan faraj tetapi hanya sebahagian saja ling karannya (lunar).
Ada selaput dara yang seolah-olah mempunyai dua lubang di tengahnya yang dibahagi oleh satu septum di tengahnya (jenis septate). Ada juga selaput dara yang tidak kelihatan seperti lapisan tisu menutupi keseluruhan bukaan faraj dan meninggalkan lubang halus seperti alat penapis (jenis cri briform).
Malah, ada juga selaput dara yang langsung tidak mem punyai lubang (imperforate) dan menimbulkan masalah apabila darah haid tidak dapat keluar apabila sudah baligh. Ada juga jenis lain yang turut ditunjukkan di dalam rajah di bawah:
Selaput dara dibentuk oleh tisu kolagen yang bersifat anjal iaitu ia boleh koyak apabila diregang melebihi tahap ke anjalannya.
Jika saiz bukaan lubang dan sifatnya lebih anjal, ia boleh membenarkan kemasukan zakar tanpa mengakibatkan ko yakan, lebih-lebih lagi jika ia berjenis lunar serta selaput dara terbabit kurang vascular dan zakar pula bersaiz kecil.
Tidak semua koyakan selaput dara akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, tidak semua jenis selaput dara akan koyak apabila berlaku tusukan menerusinya.
Selaput dara mungkin boleh koyak dengan aktiviti lasak. Ia lazimnya tidak koyak bersendirian tetapi turut disertai de ngan trauma pada organ di luarnya atau organ berham pirannya seperti bibir kemaluan, paha dan seumpamanya.
Ini kerana trauma aktiviti terbabit akan mengenai organ lain dulu sebelum terkena selaput dara yang dilindunginya.
Popularity: 7% [?]



