Sakit Jantung Semasa Hamil
March 27, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya berusia 39 tahun dan hamil anak ketiga. Tiada masalah dengan kehamilan saya cuma saya pernah terbaca mengenai serangan sakit jantung di kalangan wanita dikatakan lebih tinggi sewaktu mereka hamil? Adakah ini benar?
JAWAPAN
SAYA andaikan serangan sakit jantung yang anda maksudkan mungkin bermaksud masalah sakit jantung secara keseluruhannya. Ini kerana serangan sakit jantung lazimnya dirujuk kepada keadaan kesakitan jantung akibat ketidaknormalan degupan jantung yang disebabkan kegagalan otot yang mengalami infarksi.
Ini kebiasaannya berlaku akibat penyumbatan atau penyempitan saluran darah yang membekalkan otot jantung ini dengan plak lelemak. Penyakit jantung wanita hamil kini pula lazimnya disebabkan masalah ketidaknormalan jantung itu sendiri yang dibawa sejak lahir lagi.
Dulu, penyakit jantung wanita hamil juga kerap disebabkan jangkitan kuman (endokarditis) tetapi dengan peningkatan tahap kesihatan global, keadaan ini tidak lagi lazim berlaku.
Secara logiknya, memandangkan kebanyakan wanita hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika pemeriksaan antenatal, tidak mustahil penyakit jantung ini hanya mula dikesan sewaktu hamil dan bukan sebelumnya.
Memandangkan usia kita semakin meningkat, eloklah lakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan kehamilan. Di samping itu, pemakanan rendah kolesterol dan senaman secara rutin juga elok diamalkan.
Popularity: 1% [?]
Carian Popular:
- seks semasa hamil
- sakit jantung semasa mengandung
- sakit jantung semasa hamil
- anita
- bini gersang
- masalah jantung ketika hamil
- masalah jantung semasa mengandung
- pelacur sampingan penang
Kasanova Perangkap Janda Gersang
March 25, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Seorang kasanova yang menggelar dirinya ‘penyelamat ibu tunggal’ dikatakan memiliki kepakaran luar biasa apabila berupaya menggoda wanita sepi hingga menjadi pemuas nafsu serakahnya. Wanita terbabit sanggup berhabis wang ringgit demi cinta mereka dengan lelaki hidung belang terbabit.
Lelaki berusia 46 tahun itu pernah ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) selain beberapa mangsa membuat laporan polis di Johor Bahru dan Maran, Pahang mengenai kegiatannya itu.
Dia yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak menggunakan talian khidmat mencari rakan sembang sebagai taktiknya untuk menjerat wanita sepi.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini dan IPD Maran ketika dihubungi mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, pula menyatakan lelaki terbabit dicekup bersama seorang wanita kerana berkhalwat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah tahun lalu.
“Dia ditangkap penguat kuasa agama JAJ kerana melakukan jenayah syariah pada 29 Jun 2007 bersama wanita berusia 39 tahun. Mereka didapati bukan mahram ketika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,†katanya.
Wartawan Harian Metro menemubual seorang bekas kekasih lelaki itu dikenali sebagai Zainab, 35.
Zainab yang bekerja sebagai jurujual menyifatkan hidupnya sepanjang enam tahun lalu bersama lelaki itu umpama dalam neraka.
“Saya yakin dia mengamalkan ilmu songsang sehingga berjaya mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang RM10,000 secara berperingkat bagi membantunya setiap kali menghadapi masalah.
“Ketika dipujuk rayu, saya seperti terpukau dan cepat simpati terhadapnya walaupun banyak kali memberikan wang simpanan dan gaji kepadanya,†katanya yang membuat laporan dua kali termasuk di Balai Polis Kulai pada 12 Februari dan 24 Disember 2008 di Balai Polis Bandar Seri Alam Masai di sini.
Menurutnya, dia tidak menyangka perkenalan dengan lelaki itu yang mulanya dianggap sebagai pengganti teman hidup selepas bercerai dengan suami, mengundang pelbagai masalah tidak berkesudahan.
“Dia pandai bermain kata-kata dan berlagak romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya.
“Malah, dia turut memenangi hati dua anak saya berusia 12 dan 13 tahun apabila sering datang ke rumah untuk menjenguk mereka.
“Akibat cair dengan ayat cinta yang selalu dilafazkan setiap kali bertemu, saya akhirnya tunduk kepada kehendaknya sehingga sanggup bersekedudukan selepas dijanjikan mahu mendirikan rumah tangga,†katanya.
Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidup Zainab apabila tanpa disedari, lelaki itu mengikis semua wang simpanannya sebelum terbongkar rahsia dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai anak.
Selepas mengetahui status sebenar lelaki terbabit, katanya, dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki terbabit.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak mudah mengalah lalu menimbulkan pelbagai gangguan secara berterusan.
Lebih mengejutkan Zainab apabila isteri lelaki terbabit turut bersekongkol.
“Dia bertindak di luar batasan, termasuk mengugut dan memukul saya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang enggan lagi meneruskan hubungan.
“Pada 12 Februari tahun lalu, saya ditampar manakala 24 Disember lalu, dia bersama isterinya menyerang saya di sebuah pasar raya di Masai sebelum pertengkaran itu dileraikan pengawal keselamatan,†katanya.
Zainab berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua anaknya memahami keadaan dan memberikan semangat untuk meneruskan hidup walaupun masih diganggu lelaki buaya darat itu.
Dia difahamkan ada ramai ibu tunggal menjadi mangsa kasanova terbabit, termasuk seorang yang bergelar Datin di Gombak untuk mendapatkan wang mudah daripada wanita berduit.
Namun, dia masih tetap melakukan kegiatan tidak bermaruah itu dengan mencari mangsa baru.
Popularity: 14% [?]
Carian Popular:
- janda gersang
- janda
- ustazah gersang
- gersang
- gambar janda gersang
- cerita janda gersang
- datin gersang
- cerita gersang
- wanita gersang
- seks janda
Risiko Suntikan Cegah Hamil
December 10, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA sudah berkahwin selama dua tahun dan kini anak sulung saya berusia setahun lebih.
Saya pula berusia 21 tahun dan selepas melahirkan anak, saya terus merancang keluarga dengan suntikan setiap dua bulan sekali.
Selama setahun, tiada masalah pada kitaran haid saya.
Namun selepas itu, saya tidak didatangi haid selama tiga bulan. Keadaan ini agak merisaukan kerana sejak akhir-akhir ini, saya sering sakit belakang, pening kepala dan adakalanya sakit perut.
Adakah sebarang kesan sampingan jika saya terus memakainya?
Jika saya bertukar kepada pil, adakah kitaran haid saya ini akan teratur?
Saya bimbang untuk mengambil pil kerana tidak mahu hamil lagi buat masa ini memandangkan anak saya masih kecil.
JAWAPAN
SUNTIKAN hormon setiap dua bulan (lebih tepat setiap lapan minggu) yang anda maksudkan mengandungi hormon Norethisterone Enanthate (NET EN).
Suntikan yang lebih dikenali sebagai suntikan depo ini mengandungi hormon progestin saja dan tidak mengandungi hormon estrogen.
Suntikan ini sesuai untuk kebanyakan wanita, terutama bagi ibu yang menyusu badan (kerana ia tidak mengandungi hormon estrogen maka penghasilan susu badan tidak berkurangan) serta wanita yang sukar mengikuti aturan pengambilan pil perancang (terlupa, sibuk dan seumpamanya).
Seperti mana-mana ubat, kaedah suntikan depo juga mempunyai kesan sampingan tersendiri.
Seseorang perlu memahami kemungkinan kesan sampingan agar tidak panik dan lebih bersedia menanganinya jika mengalami kesan ini walaupun begitu tidak semua wanita yang menggunakan kaedah ini akan mengalami kesan sampingan serupa.
Pada tiga hingga enam bulan pertama mula menggunakan kaedah ini, haid berkemungkinan menjadi berpanjangan, lebih banyak dan tidak teratur. Selepas enam bulan, haid menjadi sedikit dan bilangan harinya lebih pendek.
Malah, ada juga yang akan mengalami ketiadaan haid langsung seperti yang anda alami.
Kesan tambahan seperti sakit belakang, pening kepala dan sakit perut boleh berkaitan ataupun sebaliknya muncul akibat tekanan ketiadaan haid.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti sebelum meneruskan kaedah ini bagi memastikan anda sihat dan tidak menghadapi penyakit seperti masalah darah beku, tekanan darah tinggi, kemurungan dan seumpamanya.
Ini adalah antara kaedah paling berkesan dalam mencegah kehamilan. Keberkesanannya adalah sehingga 99.7 peratus. Ini bermakna bagi setiap 1,000 pengamal kaedah ini, hanya tiga orang berkemungkinan hamil.
Malah, selain mencegah kehamilan, suntikan ini mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti endometriosis, kanser rahim, kanser ovari, anemia yang disebabkan kekurangan zat besi dan penyakit radang pelvis.
Anda boleh bertukar kepada pil pencegah kehamilan untuk mendatangkan haid dan menjadikan kitaran haid teratur, namun ia memerlukan kesungguhan.
Terlupa atau lewat memakan pil ini mendedahkan anda kepada risiko kehamilan.
Jika diambil mengikut aturan, pil juga mempunyai keberkesanan yang tinggi. Pelbagai pilihan kaedah pencegah kehamilan berkesan di negara ini yang membolehkan seseorang memilih kaedah paling digemari dan bersesuaian dengannya.
Popularity: 2% [?]



