Faraj Ngilu Ketika Bersama Suami
February 22, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami. Setiap kali kami bersama, zakar suami saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih. Mengapa ia berlaku? Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya.
JAWAPAN
ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja. Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok. Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.
Popularity: 8% [?]
Carian Popular:
- malam pertama bersama suami
- faraj
- faraj sempit
- pengalaman pertama kali berasmara
- Lubang Faraj
- pengalaman pertama bersama suami
- lubang faraj sempit
- bersama suami
- seks-dari-china
- sempit faraj
Selaput Dara Tiruan
February 17, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Sebelum ini terdapat pembedahan plastik yang membolehkan para wanita mendapatkan buah dada dan payu dara tiruan. Sekarang ini kita dikejutkan pula dengan selaput dara tiruan yang dijual oleh sebuah syarikat alatan dan produk seks dari China, Gigimo.

Selaput Dara Tiruan
Selaput dara tiruan yang dinamakan “Artificial Virginity Hymen” dijual oleh Gigimo pada harga USD30.00.
Selaput dara tiruan ini dimasukkan ke dalam faraj dan akan mengeluarkan cairan seperti darah selepas ditembusi oleh zakar. Menurut pengeluar selaput dara tiruan, alat ini dicipta untuk mengembalikan pengalaman malam pertama kepada pasangan yang menggunakannya.
Baru-baru ini syarikat Gigimo mengiklankan produknya termasuk selaput dara tiruan ini di negara Arab dan mencetuskan kontroversi. Mungkin jika selaput dara tiruan ini dibawa masuk ke Malaysia, akan menimbulkan kontroversi yang sama. Ramai kaum lelaki yang akan ditipu jika selaput dara tiruan ini boleh didapati dengan mudah dan secara meluas di Malaysia.
Popularity: 9% [?]


