Ustazah Ditangkap Khalwat
March 3, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Seorang ustazah yang bertudung labuh dan berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah ditangkap khalwat di Kuala Lumpur hari ini.

Sekadar gambar hiasan
Ustazah terlampau ini sebelum itu mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu. Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap. Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai. Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil. “Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.
“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu. “Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,†katanya.
Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.
Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat. Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.
Popularity: 20% [?]
Carian Popular:
- ustazah terlampau
- duda gersang
- ustazah
- cerita ustazah
- ustazah bogel
- ustazah dirogol
- ustazah terlanjur
- ustazah seks
- ustazah khalwat
- seks ustazah
GRO Terlampau
February 28, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Berita Seks Melayu
Seorang wanita warga China yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) mengeluarkan kata-kata kesat ketika cuba menghalang gambarnya dirakam apabila dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Persiaran Gurney, di sini, awal pagi semalam.

Sebahagian GRO Terlampau yang dicekup
Bagaimanapun, tindakan agresif wanita itu yang menghalang jurugambar menjalankan tugas berjaya dikawal anggota polis. Wanita itu antara 13 wanita warga China dan seorang wanita warga Uzbekistan bersama 20 pelanggan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an yang ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam semalam oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang.
Operasi itu turut disertai 17 pegawai dan anggota Bahagian Penguat kuasa dan Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang diketuai Pengarah Pelesenan, Rafiah Mohd Radzi manakala polis pula diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nasir Salleh. Mohd Nasir berkata, operasi dijalankan selepas mendapat maklumat awam bahawa sebuah premis hiburan menjalankan operasi tanpa lesen dan menyalahgunakan syarat lesen dengan menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.
“Sumber juga memaklumkan, kegiatan tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah dijalankan di dalam pusat karaoke yang diserbu dan hasil pemeriksaan di premis itu kami menemui beberapa pil khayal jenis Eramin 5 dan ecstasy bertaburan di lantai beberapa bilik,†katanya ketika ditemui di sini, semalam. Katanya, ketika pemeriksaan, semua GRO di dalam premis dan seorang daripada mereka pernah ditahan di lokasi sama tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya memantau premis itu selama tiga hari sebelum menyerbu dan berjaya membongkar kegiatan GRO membabitkan warga China yang berselindung di sebalik sebuah pusat karaoke. Beliau berkata, siasatan juga mendapati semua wanita warga asing itu mempunyai pasport sah tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial. Katanya, hasil saringan air kencing ke atas 20 pelanggan lelaki, empat didapati positif dadah dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk dibuat laporan tangkapan dan keterangan diri.
“Berdasarkan siasatan, premis ini membuat permohonan mendapatkan lesen dan diluluskan MPPP tetapi tidak diserahkan lagi kepada pemilik, namun mereka menjalankan perniagaan sejak Disember tahun lalu.
“Semua wanita warga asing itu disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/1963 atas kesalahan melanggar syarat pas dan permit. “Pengusahanya turut didakwa kerana menggajikan pekerja warga asing mengikut Seksyen 55B Peraturan Imigresen 1959/1963 manakala empat lelaki tempatan yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952,†katanya.
Popularity: 6% [?]


