Masalah Selaput Dara
January 2, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 22 tahun dan baru berkahwin sebulan. Adakah saya mempunyai dara kerana ketika melakukan hubungan bersama suami, tiada sebarang tompok darah yang keluar daripada faraj saya seperti yang lazimnya diberitahu ramai orang. Adakah proses pecah dara itu harus membabitkan keluar tompokan darah? Adakah mungkin ia sudah pecah tanpa disedari seseorang wanita? Saya bimbang jika suami berasa kurang senang dengan diri saya walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.
JAWAPAN
SEELOKNYA anda memahami terlebih dulu mengenai kepelbagaian rupa selaput dara yang boleh dimiliki gadis sunti.
Dalam kebanyakan gadis, selaput dara berupa cecincin nipis mengelilingi bukaan faraj dan berlubang di tengahnya, jenis ini disebut annular.
Ada juga yang mempunyai rupa jejari atau berliku pada cecincinnya (disebut dentate berfimbria). Ada juga selaput dara yang tidak menunjukkan cecincin yang lengkap men gelilingi bukaan faraj tetapi hanya sebahagian saja ling karannya (lunar).
Ada selaput dara yang seolah-olah mempunyai dua lubang di tengahnya yang dibahagi oleh satu septum di tengahnya (jenis septate). Ada juga selaput dara yang tidak kelihatan seperti lapisan tisu menutupi keseluruhan bukaan faraj dan meninggalkan lubang halus seperti alat penapis (jenis cri briform).
Malah, ada juga selaput dara yang langsung tidak mem punyai lubang (imperforate) dan menimbulkan masalah apabila darah haid tidak dapat keluar apabila sudah baligh. Ada juga jenis lain yang turut ditunjukkan di dalam rajah di bawah:
Selaput dara dibentuk oleh tisu kolagen yang bersifat anjal iaitu ia boleh koyak apabila diregang melebihi tahap ke anjalannya.
Jika saiz bukaan lubang dan sifatnya lebih anjal, ia boleh membenarkan kemasukan zakar tanpa mengakibatkan ko yakan, lebih-lebih lagi jika ia berjenis lunar serta selaput dara terbabit kurang vascular dan zakar pula bersaiz kecil.
Tidak semua koyakan selaput dara akan menyebabkan pendarahan. Selain itu, tidak semua jenis selaput dara akan koyak apabila berlaku tusukan menerusinya.
Selaput dara mungkin boleh koyak dengan aktiviti lasak. Ia lazimnya tidak koyak bersendirian tetapi turut disertai de ngan trauma pada organ di luarnya atau organ berham pirannya seperti bibir kemaluan, paha dan seumpamanya.
Ini kerana trauma aktiviti terbabit akan mengenai organ lain dulu sebelum terkena selaput dara yang dilindunginya.
Popularity: 7% [?]
Carian Popular:
- pecah dara
- gambar dara pecah
- pengalaman pecah dara
- selaput dara
- gambar selaput dara
- selaput dara gambar
- masalah dara
- pecah dara sakit
- rupa dara pecah
- melayu p ecah dara tube
Isteri sukar hamil
December 24, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya sudah berumah tangga selama hampir 10 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Saya dan suami pernah diberi ubat kesuburan tetapi hingga kini belum berhasil.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seseorang yang terbabit dalam industri jualan langsung dan dimaklumkan perut saya bukan kembang tetapi ia membengkak lalu saya sukar hamil.
Ini mungkin disebabkan saya pernah jatuh atau mengangkat benda berat yang menyebabkan masalah bengkak itu. Haid saya normal cuma ada ketikanya, saya mengalami senggugut. Kadangkala selepas bersama suami, perut saya berasa sakit.
Apakah yang harus saya lakukan?
JAWAPAN
ELOKLAH anda bersama suami berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut memandangkan usia perkahwinan yang lama. Ubat kesuburan hanyalah merangsang pembesaran telur di dalam ovari puan, keberkesanan ubat terbabit juga tidak sama untuk setiap wanita.
Pengambilan ubat kesuburan seeloknya dipantau kesannya menggunakan ultrabunyi, jenis dan dos ubat terbabit ditentukan atau diubahsuai mengikut kesannya ke atas ovari serta lapisan endometrium rahim.
Masalah kesuburan pula boleh berpunca daripada bahagian lain, bukannya disebabkan telur yang tidak membesar saja. Contohnya, bilangan dan peratusan sperma suami yang mencukupi perlu untuk membuahkan kehamilan tanpa bantuan teknik tertentu.
Jika tidak mencukupi, teknik permanian berhadas (lebih dikenali sebagai IUI) dapat mengatasi kekurangan ini. Jika bilangan dan peratusan sperma berkualiti terlalu rendah pula, teknik permanian berhadas pun masih kurang sesuai dan elok dirawat secara persenyawaan tabung uji (lebih dikenali sebagai ICSI).
Ada juga keadaan di mana air mani hanya mengandungi cecair saja dan tidak mengandungi sebarang sperma, keadaan ini dinamakan azoospermia dan memerlukan penyiasatan lanjut.
Bagi wanita pula, selain ovari yang masih berfungsi menghasilkan telur, organ lain sistem peranakan juga penting. Tiub falopio mestilah tidak tersumbat. Memandangkan anda juga mempunyai masalah senggugut, kaedah penyiasatan tiub falopio secara pembedahan laparoskopi lebih sesuai daripada kaedah secara sinaran-x kerana anda mungkin mempunyai penyakit lain yang berkaitan.
Ia sejenis pembedahan kecil menggunakan kamera berteleskop yang dimasukkan melalui potongan kecil sebesar satu sentimeter di dalam pusat. Satu, dua atau tiga lagi lubang kecil bersaiz setengah sentimeter pula dibuat di bahagian ari-ari mengikut keperluan.
Melalui kamera ini, keadaan dalam ruang pelvis anda yang menampakkan permukaan luar rahim, permukaan luar kedua tiub falopio kanan dan kiri, ovari kanan dan kiri, permukaan dinding rahim, struktur penyokong serta keadaan ruang abdomen sehingga ke bahagian atas menampakkan permukaan luar dan bawah hati dapat dibuat penilaian secara langsung.
Sejenis cecair berwarna kemudiannya akan dimasukkan melalui pintu rahim dari arah faraj dan laluannya akan dilihat keluar melalui bukaan tiub falopio kanan dan kiri ini.
Kaedah rawatan kesuburan lebih bergantung kepada usia wanita dan punca masalah kesuburan dengan turut mengambil kira usia perkahwinan dan kesesuaian atau kemampuan pasangan itu sendiri daripada segi kewangan.
Ini kerana kos rawatan jauh berbeza mengikut jenisnya. Sudah tentu peratusan kejayaan juga berbeza mengikut jenisnya. Usahlah menunggu lebih lama dan dapatkan rawatan pakar. Harus diingat, dengan pertambahan usia wanita, ubat kesuburan juga lazimnya lebih mahal (jenis dan dosnya lebih tinggi) namun peratus kejayaan sebaliknya semakin menurun.
Pandangan atau telahan mengenai rahim atau perut membengkak adalah istilah kabur. Saiz rahim membesar lazimnya akibat penyakit fibroid atau adenomyosis. Pemeriksaan doktor dapat mengesan keadaan ini, malah dapat mengukur saiz rahim anda.
Popularity: 3% [?]
Carian Popular:
- soal jawab pakar sakit puan
- petua bersetubuh semasa hamil
- soal jawab kesuburan wanita
- kejayaan iui hamil
- rawatan iui
- teknik masukkan sperma dalam ovari
- rahim kembang sukar hamil
- keberkesanan kaedah iui
- keberkesanan iui
- iui di malaysia
Saiz Payudara Wanita Melayu Berbeza
December 11, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
SAYA berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya dapati payudara kiri saya lebih besar daripada kanan. Mengapa keadaan itu berlaku? Adakah cara untuk mengecilkan payudara?
DIANA,
Kuala Lumpur
JAWAPAN
SAIZ payudara boleh sedikit berbeza antara kedua-duanya. Ia boleh berlaku secara semula jadi ataupun jika sebelah payudara dirangsang berlebihan berbanding sebelah lagi satu.
Bagi ibu yang menyusukan bayinya, jika bayi lebih cenderung menyusu sebelah payudara, ia boleh menyebabkan saiz payudara yang disusui lebih besar, kadangkala ia boleh kelihatan ketara walaupun setelah memakai baju.
Seseorang boleh menyamakan saiz dengan memberi lebih rangsangan kepada payudara yang lebih kecil, ini mungkin memerlukan masa dan kesabaran.
Ubat yang mengandungi hormon kelelakian boleh mengecilkan payudara namun ia tidak mempunyai kecenderungan terhadap sebelah payudara saja.
Ia juga mendedahkan anda kepada kesan sampingan yang bersifat lebih kelelakian.
Sekiranya saiz payudara berbeza sedikit saja, anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan.
Mungkin setelah melahirkan anak kelak, anda boleh lebih menyusu menggunakan payudara yang kecil. Yang lebih penting adalah memahami risiko kanser payudara tidak mempunyai kaitan dengan saiz payudara.
Pemeriksaan sendiri setiap bulan dan pemeriksaan doktor setiap tahun dapat membantu mengesan ketulan payudara.
Popularity: 11% [?]



