Sukar Untuk Klimaks

April 26, 2012 by  
Filed under Soal Jawab Seks Melayu

SOALAN

Saya baru berusia 21 tahun. Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar mencapai . Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai dan ia mengambil masa lebih setengah jam.

Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya? Untuk pengetahuan Tuan, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan .

Saya juga pernah menghidap tapi sudah sembuh. Masalah lambat klimaks dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan.

JAWAPAN

Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh.

Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus individu yang terbabit dengan aktiviti seks rambang, tidak tahu mereka terkena jangkitan lain seperti herpes, HPV (kuman virus Papilloma), hepatitis B, chlymidia dan HIV kerana kebanyakan jangkitan itu tidak menunjukkan kesan ketara kepada pembawa.

Orang yang menjadi mangsa ialah pasangannya apabila berkahwin kelak.

Mengenai masalah anda, jika ujian darah yang dilakukan menunjukkan anda bebas sepenuhnya daripada sifilis, ia mungkin berpunca daripada masalah lain.

Selain penyakit kronik seperti kencing manis, masalah urat saraf, penyakit seperti keradangan , stres, keletihan, kurang minat terhadap pasangan dan keresahan juga boleh mengakibatkan lambat ejakulasi.

Masalah ini juga boleh berlaku jika orang yang mengalaminya mengambil alkohol atau dadah.

Yang boleh saya katakan, anda mungkin mudah bosan melakukan hubungan seks dengan satu pasangan kerana anda sudah biasa sangat dengannya. Jadi, hubungan seks tidak lagi sesuatu yang istimewa buat anda.

Cara terbaik ialah hentikan aktiviti seks rambang dan jalani ujian darah untuk mengesan jika virus penyakit kelamin itu masih wujud.

Popularity: 1% [?]

Carian Popular:

Penyakit Siflis – Punca Dan Simptom

April 25, 2012 by  
Filed under Petua Seks Melayu

adalah antara penyakit kelamin yang paling berbahaya dan ditakuti. ini dikategorikan sebagai penyakit seksual yang sangat berbahaya kerana dapat menganggu fungsi otak dan organ tubuh yang lain.

Penyakit Siflis

Penyakit boleh menjangkiti kaum lelaki mahupun kaum wanita. Walaubagaimanapun, sebahagian besar pengidap penyakit adalah kaum lelaki, iaitu tiga dari lima kes yang dilaporkan.

Penyakit siflis merebak melalui hubungan seksual, iaitu melalui faraj, dubur dan seks oral, iaitu hubungan seks yang tidak selamat, atau tanpa sebarang perlindungan. Contohnya, seks oral yang semakin diminati dan dianggap sebagai perlakuan wajib ketika melakukan hubungan seks. Pakar perubatan menyatakan 14% daripada terjadi disebabkan seks oral.

Kenapa mudah berjangkit melalui Seks Oral? Ini adalah kerana luka pada mulut yang disebabkan oleh jangkitan diambil mudah oleh mangsa dan terus melakukan Seks Oral tanpa menyedari bahayanya.

Mitos yang telah menular dengan luas ialah penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan, perkakasan makanan, air di kolam renang dan tempat tandas duduk. Fakta ini adalah salah dan kajian telah membuktikan penyakit siflis hanya boleh merebak melalui hubungan seksual yang tidak sihat.

Penyakit Siflis menyerang mangsanya secara berperingkat dan kebiasaannya penghidap penyakit ini tidak menyedari mereka telah dijangkiti kuman siflis. Berikut ialah simptom-simptom bahawa mangsa telah dijangkiti kuman siflis:

  1. Tanda awal jangkitan siflis ialah mangsa akan berasa sakit di bahagian dubur, alat kelamin (zakar atau faraj) atau mulut antara 3 hingga 12 minggu selepas melakukan hubungan seks dengan pembawa kuman siflis. Selepas satu atau 2 minggu, rasa sakit ini akan hilang tetapi kuman siflis masih berada di dalam tubuh. Ini adalah infeksi tahap pertama.
  2. Tahap kedua pula terjadi antara 6 hingga 12 bulan selepas infeksi tahap pertama. Simptom yang kelihatan pada infeksi tahap kedua ialah muncul ruam pada telapak tangan dan kaki, wajah dan bahagian tubuh yang lain.
  3. Infeksi Tahap Ketiga pula terjadi selepas 2 tahun mangsa menderita infeksi tahap kedua. Jangkitan pada tahap ini adalah kronik dan kuman siflis telah merosakkan sistem saraf, otak dan sistem darah mangsa.

Jelas sekali bahawa penyakit siflis adalah penyakit yang berbahaya dan harus dicegah. Bahagian kedua akan membincangkan tentang bagaimana untuk mencegah dan merawat penyakit siflis.

Popularity: 1% [?]

Carian Popular:

Mencegah Jangkitan Sifilis

February 16, 2010 by  
Filed under Petua Seks Melayu

merupakan salah satu penyakit kelamin yang terkenal. Penyakit ini serius dan boleh membunuh atau mengakibatkan pengidap-pengidapnya menjadi gila dan buta. Bagi kanak-kanak yang lahir dari ibu yang mempunyai penyakit ini, mereka akan mengalami kecacatan otak dan lain-lain kecacatan.

Mencegah Jangkitan Sifilis

merebak dalam tiga peringkat.

Peringkat pertama, penyakit ini bermula dari persetubuhan dengan seseorang yang mengidap penyakit ini. Kuman-kuman sifilis akan masuk ke dalam luka-luka kecil di kulit dan menyebabkan satu kebengkakan terjadi lebih kurang dua minggu selepas pendedahan awal. Bengkakan ini dikenali dengan nama “syphilitic chancre”. Bagi lelaki “chacre” akan terjadi pada zakar atau skortum. Bengkakan ini tidak terasa sakit. Ia merupakan seperti butang merah lebih kurang berukuran bulatan 1 cm. Di dalam gelembung yang bengkak ini terdapat kuman-kuman sifilis yang berjangkit.

Bagi wanita pula “chancre” kerap terjadi di dalam faraj dan oleh itu sukar untuk dilihat. Tetapi bengkaka ini tetap ada dan akan merebak lebih banyak kuman-kuman sifilis kepada sebarang zakar yang di masukkan ke dalam faraj tersebut. “Chancre” kelihatan akan hilang dengan sendirinya di dalam masa seminggu, tetapi kuman-kuman sifilis akan terus berkembang baik di dalam badan dan menunggu untuk merosakkan bahagian-bahagian anggota tubuh badan di dalam peringkat kedua pertumbuhan penyakit ini.

Peringkat kedua sifilis terjadi di dalam masa dua bulan. Kuman-kuman sifilis menjalar ke seluruh tubuh badan ketika di peringkat ini. Pegidap-pengidapnya akan demam. Keseluruhan badan ditumbuhi bintik-bintik merah atau ruam, kelenjar-kelanjar limpa akan membesar, ulser mulut akan dipenuhi dengan kuman-kuman sifilis.

Pada peringkat ketiga, sifilis akan terjadi pada dua hingga 20 tahun akan datang. Di mana sahaja kuman-kuman sifilis akan menginap, ia mungkin akan memusnahkan bahagian-bahagian anggota badan. Ia mungkin terdapat pada otak, jantung, saluran darah atau mana-mana tulang. Kerosakkan yang dialami sungguh dasyat dan tidak dapat dirawat dan diubati lagi bila sampai ke peringkat ini.

Penyakit kelamin yang kedua ialah gonorrea. Para pengidap penyakit ini terdiri dari kaum lelaki. Penyakit ini menyebabkan satu lelehan yang bernanah dari zakar selepas satu atau dua minggu mengadakan persetubuhan dengan wanita yang mengidapi gonorrhea. Jika tidak dirawat, jangkitan-jangkitan kuman ini akan merebak ke bahagian dalam. Ini akan mengakibatkan buah zakar akan tersumbat dan tersekat. Lelaki boleh menjadi mandul akibat penyakit ini.

Bagi kaum perempuan pula, jangkitan mungkin tidak berapa jelas. Dan mungkin juga tidak terdapat simton yang nyata tetapi seseorang lelaki yang mengadakan hubungan jenis dengannya mungkin akan mendapat jangkitan kuman darinya. Kuman-kuman gonorrhea menyebabkan jangkitan pada tiub atau saluran pembiakan dan ia mengakibatkan kemandulan.

Bagaimana Hendak Mencegah Penyakit Kelamin?

Cara yang paling baik untuk mencegah dan mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhkan diri atau mengelakkan terus melakukan hubungan seks dengan pengidap-pengidap penyakit ini. Mereka yang kerap mengadakan hubungan seks dengan berbagai-bagai pasangan kemungkinan akan mudah dijangkiti kuman VD dari mereka yang melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tatap satu. Jika hubungan seks mempunyai risiko yang tinggi, maka hendaklah si lelaki menggunakan kondom. Ini mungkin akan mengurangkan risiko tersebut. Antibiotik tidak memberi kesan bagi mengawal atau mencegah jangkitan kuman penyakit kelamin.

Bagaimana Penyakit Kelamin Boleh Disembuhkan?

Setiap jangkitan yang tertentu hendaklah terlebih dahulu ditentukan jenis-jenis penyakit dan tanda-tandanya dengan betul (diagnose). Rawatan yang sesuai akan diberikan oleh doktor setelah penyakit ini ditentukan. Anda tidak perlu merasa malu untuk mendapatkan nasihat dari doktor. Dengan merawat sendiri penyakit ini mungkin tidak memberi kesan. Anda cuma berjaya menyorokkan penyakit ini tetapi tidak dapat menghapuskannya secara berkesan.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline