Pil Kuat Seks Professor Gila

March 15, 2010 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Inilah yang terjadi jika terlampau percayakan seks yang konon-konon dapat meningkatkan atau . Seorang tidak pernah ke sekolah ataupun mempunyai ijazah telah dicekup apabila dikesan merumus ribuan seks yang konon-kononnya boleh meransang penggunanya.

Pil Kuat Seks Professor Gila

Kegiatan `profesor gila’ itu cukup berbahaya berikutan kebanyakan ubat-ubatan dihasilkannya menggunakan pelbagai campuran yang boleh mengancam nyawa penghidap dan mati pucuk. Hasil kegiatan haramnya, terbabit mampu memiliki rumah dan deretan kereta mewah, dipercayai hasil kegiatan menjual ubat beracun berkenaan.

Kegiatan lelaki berusia lewat 60-an itu terbongkar apabila sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu rumahnya di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam operasi jam 9.30 pagi itu, pegawai penguat kuasa farmasi melakukan serbuan di sebuah dua tingkat selepas pemiliknya dikesan menjadi dalang penjualan pelbagai ubat- dan rangsangan seks. Sumber penguat kuasa farmasi berkata, kediaman mewah yang dikawal beberapa anjing itu dikesan menjadi lokasi memproses dan mengilang pelbagai ubat- Cina yang sengaja dicampur bahan kimia berbahaya termasuk sildenafil dan steroid.

“Kedua-dua racun berbahaya itu boleh merosakkan sistem tubuh, mengakibatkan tulang reput selain mengancam nyawa orang ramai yang mengambilnya tanpa kawalan. “Ramuan sulit lelaki itu dibongkar selepas pihak farmasi menjalankan siasatan rapi bagi mengesan `kilang’ haram terbabit yang menjadi pengeluar utama ubat-ubatan berbahaya di pasaran tempatan,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan suspek sedang sibuk memasukkan cecair ubat-ubatan yang dirumusnya sendiri ke dalam botol kecil untuk dipasarkan. “Ketika disoal siasat, suspek mulanya enggan mengaku menghasilkan sendiri ubat haram terbabit, sebaliknya mendakwa ia diimport dari China berdasarkan label pada botol. “Namun, penemuan pelbagai bahan mentah untuk membuat ubat-ubatan membuktikan segala-segalanya. Malah pegawai farmasi turut menemui pelekat hologram palsu kementerian yang ditampal pada kotak produk untuk mengelirukan pengguna,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat, lelaki itu mendakwa turut mengupah beberapa individu untuk membancuh ubat-ubatan haram terbabit. “Malah, lelaki itu mengaku tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik dalam bidang perubatan atau menghasilkan ubat-ubatan tradisional.

Semuanya dilakukan hasil kerja `suka-suka’ selain berdasarkan maklumat dikumpulkan daripada rakan-rakan. “Antara ubat-ubatan dirampas ialah pil ubat batuk cap Ibu, kapsul Renseng Du, kapsul Chu Fong Kee Sar dan pil ubat batuk yang semuanya menggunakan nombor pendaftaran MAL palsu dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM,” katanya.

Menurutnya, semua produk termasuk mesin yang digunakan untuk pengilangan haram itu bernilai hampir RM200,000 kemudian dirampas. “Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak 1989) dan Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Popularity: 5% [?]

Carian Popular:

Seks Ekspress di Johor Bahru

February 23, 2010 by  
Filed under Berita Seks Melayu

Sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di Johor Bahru ini yang menyediakan perkhidmatan mengikut jam bagi membolehkan melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Seks Ekspress di Johor Bahru

Wartawan yang menyamar sebagai pelanggan

Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti , , , dan . Walaupun hanya setaraf atau , tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.

Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat. Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah. “Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar.

Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing. “Kegiatan tidak bermoral ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu. Malah, di sekitar kawasan itu dipercayai ada tiga lagi rumah diubah suai dan menawarkan khidmat sewa bilik mengikut jam untuk kegunaan pasangan kemaruk seks membuat projek short time,” katanya.Berikutan itu, Syah berharap pihak berkuasa mengambil berat terhadap gejala tidak sihat yang sedang berlaku itu dengan memantaunya kerana jika dibiarkan berlarutan bimbang boleh mencemarkan raya ini.

Bagi membuktikan dakwaan Syah itu, dua wartawan Harian Metro menyamar sebagai pasangan ingin menyewa bilik di rumah berkenaan pada hari kerja. Sebaik tiba di pintu Persinggahan Asmara, mereka dihampiri penjaga rumah itu yang tanpa segan silu menawarkan khidmat sewaan bilik dengan caj RM20 sejam. Sejurus melangkah masuk ke rumah berkenaan, kelihatan agak sunyi seperti tidak berpenghuni dengan ruang tamu tersusun kemas dilengkapi perabot asas seperti kerusi panjang, radio dan telefon talian tetap.

Seperti tergesa-gesa, wartawan diminta masuk oleh penjaga premis dan dijemput duduk di kerusi panjang diikuti perbualan singkat sebelum dia menunjukkan laluan ke bilik di belakang rumah yang menempatkan tiga bilik. Difahamkan, tingkat atas rumah teres itu mempunyai empat lagi bilik yang boleh disewa pada kadar sama. Penjaga premis berusia sekitar 50-an itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan mengingatkan kedua-dua ‘tetamu’ itu diberikan tempoh satu jam untuk berasmara.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 10% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline