Kenapa Ramai Lelaki Melayu Gila Seks
March 8, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Seks sebagai satu fenomena semulajadi merupakan satu tajuk bualan yang memberi keseronokkan mengkhayalkan. Oleh itu manusia normal pasti ingin mengetahui dan bercincang mengenai seks. Ini merupakan sebahagian dari sebab-sebab yang mempengaruhi jiwa manusia. Terdapat juga setengah lelaki melayu yang mempunyai fikiran sehala iaitu asyik memikirkan tentang seks.

Daya imaginasinya terlalu terhad. Pengetahuan seksnya terlalu cetek. Mereka hanya tahu bercerita tentang pengalaman seks mereka dan kadang-kadang mungkin indah khabar dari perbuatan. Bagi mereka, tujuan hidup ini hanya mengadakan hubungan seks sahaja. Golongan lelaki seperti ini adalah mementingkan diri sendiri dan fikiran masih belum matang lagi.
Lain-lain sebab ialah berkaitan dengan suasana. Kita dikelilingi oleh publisiti-publisiti mengenai seks oleh media massa. Seks telah dieksploitasikan oleh media massa dan lain-lain media cetak. Lihat sahaja pada iklan-iklan. Terdapat iklan-iklan yang berunsur seks. Begitu juga dengan panggung wayang yang dibanjiri dengan filem-filem yang bercorak lucah.
Oleh itu keseluruhan generasi muda dewasa dengan pengetahuan yang tidak mendatangkan faedah. Penerimaan pengetahuan seks disalurkan dengan cara yang salah. Bila mereka bercerita tentang seks, mereka terasa diri mereka sudah dewasa dan matang. Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.
Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan. Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.
Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya. Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas. Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi. Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga.
Itu salah!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali. Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah.
Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin. Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.
Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud. Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer.
Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan. Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.
Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.” Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.
Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat. Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.
Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.
Popularity: 1% [?]
Ramai Lelaki Melayu Mandul
February 21, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Kajian menunjukkan ramai lelaki di Malaysia, terutamanya lelaki melayu yang mandul. Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi mereka, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur.

Pastikan anda sudah menjalani Pemeriksaan Kesuburan untuk Lelaki
Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri. Namun, perkembangan pengetahuan dan sikap keterbukaan masyarakat menjadikan lelaki lebih peka terhadap kesuburan mereka dan mengambil tahu jika mengalami masalah sperma atau tidak dapat menghamilkan isteri.
Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi. Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur. Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal. Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.
Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai orkodometer untuk menyukat isi padu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (mm), kemungkinan kilang tidak aktif.
Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat kemendapan darah. Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal. Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan. Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.
Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna. Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi. Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.
Popularity: 1% [?]
Mencegah Jangkitan Sifilis
February 16, 2010 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Sifilis merupakan salah satu penyakit kelamin yang terkenal. Penyakit ini serius dan boleh membunuh atau mengakibatkan pengidap-pengidapnya menjadi gila dan buta. Bagi kanak-kanak yang lahir dari ibu yang mempunyai penyakit ini, mereka akan mengalami kecacatan otak dan lain-lain kecacatan.

Penyakit Sifilis merebak dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama, penyakit ini bermula dari persetubuhan dengan seseorang yang mengidap penyakit ini. Kuman-kuman sifilis akan masuk ke dalam luka-luka kecil di kulit dan menyebabkan satu kebengkakan terjadi lebih kurang dua minggu selepas pendedahan awal. Bengkakan ini dikenali dengan nama “syphilitic chancre”. Bagi lelaki “chacre” akan terjadi pada zakar atau skortum. Bengkakan ini tidak terasa sakit. Ia merupakan seperti butang merah lebih kurang berukuran bulatan 1 cm. Di dalam gelembung yang bengkak ini terdapat kuman-kuman sifilis yang berjangkit.
Bagi wanita pula “chancre” kerap terjadi di dalam faraj dan oleh itu sukar untuk dilihat. Tetapi bengkaka ini tetap ada dan akan merebak lebih banyak kuman-kuman sifilis kepada sebarang zakar yang di masukkan ke dalam faraj tersebut. “Chancre” kelihatan akan hilang dengan sendirinya di dalam masa seminggu, tetapi kuman-kuman sifilis akan terus berkembang baik di dalam badan dan menunggu untuk merosakkan bahagian-bahagian anggota tubuh badan di dalam peringkat kedua pertumbuhan penyakit ini.
Peringkat kedua sifilis terjadi di dalam masa dua bulan. Kuman-kuman sifilis menjalar ke seluruh tubuh badan ketika di peringkat ini. Pegidap-pengidapnya akan demam. Keseluruhan badan ditumbuhi bintik-bintik merah atau ruam, kelenjar-kelanjar limpa akan membesar, ulser mulut akan dipenuhi dengan kuman-kuman sifilis.
Pada peringkat ketiga, sifilis akan terjadi pada dua hingga 20 tahun akan datang. Di mana sahaja kuman-kuman sifilis akan menginap, ia mungkin akan memusnahkan bahagian-bahagian anggota badan. Ia mungkin terdapat pada otak, jantung, saluran darah atau mana-mana tulang. Kerosakkan yang dialami sungguh dasyat dan tidak dapat dirawat dan diubati lagi bila sampai ke peringkat ini.
Penyakit kelamin yang kedua ialah gonorrea. Para pengidap penyakit ini terdiri dari kaum lelaki. Penyakit ini menyebabkan satu lelehan yang bernanah dari zakar selepas satu atau dua minggu mengadakan persetubuhan dengan wanita yang mengidapi gonorrhea. Jika tidak dirawat, jangkitan-jangkitan kuman ini akan merebak ke bahagian dalam. Ini akan mengakibatkan buah zakar akan tersumbat dan tersekat. Lelaki boleh menjadi mandul akibat penyakit ini.
Bagi kaum perempuan pula, jangkitan mungkin tidak berapa jelas. Dan mungkin juga tidak terdapat simton yang nyata tetapi seseorang lelaki yang mengadakan hubungan jenis dengannya mungkin akan mendapat jangkitan kuman darinya. Kuman-kuman gonorrhea menyebabkan jangkitan pada tiub atau saluran pembiakan dan ia mengakibatkan kemandulan.
Bagaimana Hendak Mencegah Penyakit Kelamin?
Cara yang paling baik untuk mencegah dan mengelakkan penyakit ini ialah dengan menjauhkan diri atau mengelakkan terus melakukan hubungan seks dengan pengidap-pengidap penyakit ini. Mereka yang kerap mengadakan hubungan seks dengan berbagai-bagai pasangan kemungkinan akan mudah dijangkiti kuman VD dari mereka yang melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tatap satu. Jika hubungan seks mempunyai risiko yang tinggi, maka hendaklah si lelaki menggunakan kondom. Ini mungkin akan mengurangkan risiko tersebut. Antibiotik tidak memberi kesan bagi mengawal atau mencegah jangkitan kuman penyakit kelamin.
Bagaimana Penyakit Kelamin Boleh Disembuhkan?
Setiap jangkitan yang tertentu hendaklah terlebih dahulu ditentukan jenis-jenis penyakit dan tanda-tandanya dengan betul (diagnose). Rawatan yang sesuai akan diberikan oleh doktor setelah penyakit ini ditentukan. Anda tidak perlu merasa malu untuk mendapatkan nasihat dari doktor. Dengan merawat sendiri penyakit ini mungkin tidak memberi kesan. Anda cuma berjaya menyorokkan penyakit ini tetapi tidak dapat menghapuskannya secara berkesan.
Popularity: 1% [?]
Sentuhan Seksual
August 4, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Setiap anggota badan manusia adalah unik dan boleh memainkan peranan dalam aktiviti seksual bersama pasangan. Sentuhan yang penuh kasih sayang boleh membangkitkan ghairah dan perasaan cinta antara pasangan dan menambahkan kenikmatan dalam hubungan seks.

Sentuhan penuh kasih sayang untuk kebahagiaan
Mungkin anda tidak tahu yang sentuhan bukan hanya boleh dilakukan dengan jari atau anggota badan sahaja, tetapi terdapat pelbagai teknik sentuhan seksual yang boleh anda terokai bersama pasangan anda dalam memulakan hubungan seks.
Sentuhan Jari Untuk Hubungan Seks
Sentuhan daripada jari yang lembut dan perlahan boleh meningkatkan keinginan untuk memulakan hubungan seks. Tapi awas jika si wanita berkuku panjang. Kadang-kadang kuku yang terlalu panjang boleh mengganggu kelancaran ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula jika sentuhan dilakukan di kawasan yang sensitif seperti zakar mahupun faraj. Akibat terlalu asyik dan ghairah, zakar atau faraj mungkin terluka.
Sentuhan Bibir Untuk Hubungan Seks
Perlukah melakukan ciuman dengan aksi yang rakus dan penuh ghairah seperti yang selalu anda tonton didalam filem X atau filem blue? Kadangkala ciuman ghairah dan rakus sebegitu tidak diperlukan sama sekali, dan harus diingat bukan semua insan sukakan aksi ciuman rakus atau permulaan yang rakus.
Cium lah pasangan anda dengan mengucup dahi atau bibir dengan perlahan dan penuh kasih sayang. Tunjukkan yang anda benar-benar mencintai pasangan anda, dan salurkan perasaan cinta dan kasih sayang anda dengan kucupan-kucupan lembut dan sensual.
Sentuhan Suara Untuk Hubungan Seks
Sentuhan tanpa sentuhan fizikal di dalam hubungan seks? Sentuhan suara berada di dalam kategori ini. Anda semua tahu yang erangan atau keluhan ketika melakukan hubungan seks memainkan peranan yang amat penting dalam membangkitkan ghairah ketika sedang beraksi. Tambah-tambah lagi jeritan kecil kepuasan yang dihasilkan ketika klimaks boleh menambahkan kepuasan yang dicapai bersama.
Oleh itu gunakanlah sentuhan suara ini sepenuhnya dalam hubungan bersama anda. Jangan takut atau malu untuk mengeluh, mengerang, atau menjerit kerana tanpa anda sedar, pasangan anda akan lebih teransang oleh suara anda.
Sentuhan Perasaan Untuk Hubungan Seks
Seperti sentuhan suara, iaitu sentuhan tanpa gerakan fizikal. Sentuhan perasaan adalah sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dirasai oleh mereka yang sama-sama mencintai antara satu sama lain. Hanya dengan melihat pasangan anda tepat di dalam matanya, tanpa mengucapkan sebarang kata, akan terpancar perasaan kasih sayang dan cinta antara anda berdua. Hanya anda dan pasangan yang benar-benar anda cintai sahaja yang dapat melahirkan sentuhan perasaan.
Bagaimana, sudahkah anda dan pasangan anda bersedia untuk menyentuh dan disentuh dalam hubungan seks?
Popularity: 12% [?]
Kepuasan Seks, Jangan Syok Sendiri
March 21, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Nikmat seks memang mengasyikkan. Namun tidak semua pasangan suami isteri akan merasainya ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Adakalanya hanya sebelah pihak saja merasai kepuasan setiap kali aktiviti itu berlangsung.
Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan ada yang kecewa dan tidak berpuas hati. Akibatnya ada antara pasangan terutama isteri yang mengelak dan menolak untuk mengadakan Sememangnya ada banyak cara untuk melakukan seks tapi sedikit cara untuk merasai kenikmatan. Bagi memastikan hubungan intim dinikmati oleh kedua pihak anda mungkin boleh mengaplikasikan tip di bawah.
Santai
Lakukan dengan santai dan perlahan, terutamanya bagi pihak suami. Tidak perlu terburu-buru mahu menikmati orgasma sebaliknya rasai sentuhan-sentuhan yang dilakukan oleh pasangan. Cara itu anda bukan saja akan mendapat kenikmatan tapi juga ‘kejutan-kejutan kecil’ yang menyeronokkan.
Sentuhan
Sentuhan nikmat di bahagianbahagian tertentu pasangan pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu ingatlah bahagian mana yang boleh medatangkan kenikmatan pada
pasangan. Selain itu terokai juga bahagian-bahagian yang sebelum ini belum pernah anda lewati. Siapa tahu sentuhan di bahagian tersebut mampu memberi kepuasan dan sensasi yang luar biasa pada pasangan anda.
Penuhi Keinginan
Tanya pasangan apa yang mampu membuatkan dirinya berasa puas dan nikmat semasa hubungan intim. Penuhi keinginannya sebaik mungkin. Ataupun perhatikan tindakan yang boleh memberikan respons yang mengasyikkan dari pasangan. Praktikkan setiap kali bersama dengannya.
Lakukan sepenuh hati
Jangan mengambil mudah aktiviti seks. Sebaiknya berikan tumpuan dan lakukan sepenuh hati untuk memastikan pasangan dan diri anda sendiri berpuas hati. Hasilnya pasti akan sempurna. Baik pada suami atau isteri belajarlah untuk menyerahkan diri pada pasangan setiap kali melakukan hubungan intim. Relakan diri untuk diperlakukan oleh pasangan selagi tidak melewati batas-batas agama. Pasti akan mendapat kenikmatan yang tiada tara.
Atur jadual
Aturkan jadual khusus untuk bersama di ranjang terutama jika anda dan pasangan sama-sama sibuk. Sisihkan waktu walaubagaimana sibuk sekalipun anda berdua, paling kurang seminggu sekali untuk anda dan pasangan. Gunakan waktu berdua untuk saling terbuka, memahami peribadi pasangan, keinginan dan fantasi seksual masing-masing.
Memanjangkan sesi pemanasan
Pemanasan atau foreplay, dapat membantu membina keyakinan diri dan menyiapkan diri untuk melakukan hubungan seks. Keyakinan dan juga kesediaan diri pastinya akan menghasilkan kenikmatan. Sekiranya anda atau pasangan belum bersedia sudah pasti seks seperti dipaksa. Perasaan seperti ini tidak akan memberi kepuasan baik pada anda dan juga pasangan. Oleh itu pastikan anda dan pasangan benar-benar bersedia.
Popularity: 5% [?]
Kenapa Zakar Kecil dan Mengecut?
March 20, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Ramai lelaki mengeluh kerana saiz zakar menjadi kecil dan mengecut ketika usia meningkat. Adakah faktor zakar mengecil dan zakar mengecut ini betul-betul disebabkan oleh faktor usia atau terdapat faktor-faktor lain?

Sekadar gambar hiasan
Ikuti ulasan tentang zakar kecil dan zakar mengecut dari Dr. Ismail Thamby.
Pengambilan makanan kesihatan oleh segelintir ahli bina badan selain individu yang gemar bersenam secara mengangkat besi boleh menyebabkan buah dada membesar, manakala zakar pula mengecut dan kecil, menjadikannya kurang mantap ketika ‘beraksi’.Kesan sampingan itu bukan perkara baru, malah sering dialami ahli bina badan dan angkat besi hasil pengambilan makanan kesihatan mengandungi steroid tanpa mendapat nasihat doktor.
Pada mulanya, individu yang berdepan perkara terbabit mempunyai saiz zakar normal, tetapi masalah timbul apabila mereka mula bersenam dengan mengangkat besi untuk membentuk anggota tubuh.
Individu yang mengambil steroid untuk membuatkan otot mantap, tegap, timbul dan membesar, perlu mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin ia kelihatan seperti makanan kesihatan biasa tetapi sebenarnya mengandungi bahan berkenaan.
Steroid yang diambil tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan hormon testosteronnya menurun hingga membuatkan zakar mengecil selain mengecut.
Mereka perlu memastikan apa yang diambil sebagai makanan kesihatan itu tidak mengandungi steroid atau hormon Androgen (selain hormon testosterone) seperti Androsteindion dan DHEA yang menjadi makanan kesihatan biasa dalam produk bina badan.
Androsteindion boleh berubah kepada hormon estrogen dalam badan dan ini akhirnya menyebabkan buah dada pengambilnya besar, manakala zakar pula mengecil selain kurang mantap.
Mereka digalak meneruskan senaman tetapi dinasihatkan berhenti mengambil steroid bagi mengelak masalah terbabit berpanjangan hingga mengganggu kelancaran hubungan seksual.
Individu yang terbabit dalam sukan bina badan atau angkat besi tanpa menggunakan steroid juga berdepan risiko zakar mengecut.
Bagaimanapun, ia berlainan kerana jika zakar mengecut, ia disebabkan kekerapan bersenam dan mengangkat besi membuatkan semua otot badan, termasuk otot kemut, dalam keadaan mencengkam untuk mengukuhkan struktur tubuh ketika senaman lasak dilakukan.
Ketika itu, zakar yang tidak menegang tertarik ke dalam dan selepas otot lega ia kembali kepada keadaan normal
Popularity: 9% [?]
Teknik Mengurut Buah Dada Wanita Melayu
December 7, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Kita sedia maklum bahawa payu dara atau buah dada wanita adalah salah satu tempat yang sensitif dan boleh memberikan ransangan kepada wanita jika kena caranya.

Urutan payu payu dara yang betul akan mencantikkan payu dara
Selain meransang, urutan pada payu dara atau buah dada boleh memberikan manfaat lain kepada wanita. Teknik urutan payu dara atau buah dada yang betul akan membentuk dan menegangkan payu dara atau buah dada wanita.
Sebelum memulakan urutan pada payu dara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan bersih. Anda boleh menggunakan minyak atau krim, seperti Minyak Zaitun atau Minyak Bayi (Baby Oil). Minyak atau krim yang wangi juga boleh menambahkan ransangan seks semasa proses urutan payu dara dilakukan.
Berikut ialah teknik urutan payu dara atau buah dada yang disyorkan,
- Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara.
- Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara pasangan anda.
- Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada.
- Setelah minyak atau krim meliputi payu dara pasangan anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu.
- Tekan jari perlahan-lahan pada buah dada dengan gerakan ke atas sehingga menghampiri puting buah dada .
- JANGAN GELOJOH.
- Ulangi sehingga 3 atau 5 kali kemudian beralih kepada buah dada sebelah kiri.
- Lakukan selingan antara buah dada kanan dan kiri berulang-ulang kali.
- Lakukan urutan serentak pada kedua-dua buah dada dengan menggunakan teknik tadi.
- Setelah memastikan pasangan anda teransang (puting buah dadanya sudah keras atau pun naik ke atas), sentuh kedua-dua tangan dan pekup payu dara bahagian bawah pasangan anda.
- Urut dengan putaran mengikut arah jam dengan gerakan menaik ke arah puting.
- Pastikan anda tidak menyentuh puting buah dada pasangan anda.
- JANGAN GELOJOH.
- Ulangi langkah-langkah ini sehingga pasangan anda benar-benar teransang.
Kenapa anda tidak dibenarkan menyapu minyak atau krim pada puting buah dada pasangan anda?
Ini adalah kerana anda akan menghisap puting buah dada pasangan anda untuk meningkatkan lagi nafsu dan ransangan seks bagi pasangan anda.
Popularity: 54% [?]
Rahsia Pancut Lambat Untuk Lelaki Bila Bersetubuh
December 3, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Kebanyakkan lelaki pada masa sekarang mengalami masalah Ejakulasi Pra Matang. Belum puas bermain dengan isteri, zakar dah pancut. Akibatnya isteri tak puas dan diri lelaki itu sendiri merasa tertekan kerana tidak dapat memuaskan isteri.

Jadi bagaimanakah caranya untuk bertahan lama semasa bermain dengan isteri atau semasa bersetubuh. Sudah tentu perkara ini sentiasa bermain di fikiran setiap lelaki yang mengalami masalah zakar pancut cepat atau ejakulasi pra matang.
Untuk melambatkan zakar pancut, terdapat beberapa tips dan petua untuk diikuti.
Sebelum bermain dengan isteri, pastikan zakar anda berada dalam keadaan yang agak sedikit panas. Ini adalah kerana zakar yang sejuk pasti akan menyebabkan anda pancut cepat. Tambahan lagi kepala zakar akan berasa lebih ngilu ketika sejuk. Keputusannya, baru mendayung dah pancut. Isteri pun tak puas.
Posisi seks juga memainkan peranan untuk memastikan anda lambat pancut. Oleh kerana keadaan fizikal setiap manusia adalah berbeza, anda dan isteri harus mencuba mencari posisi seks yang sesuai untuk anda berdua yang boleh melambatkan zakar pancut.
Tetapi posisi seks tersebut juga harus memberi kepuasan kepada isteri. Untuk mengetahui pelbagai posisi seks, anda boleh memuat-turun(download) Kamasutra Bergambar versi Bahasa Melayu yang pihak kami sediakan untuk mengetahui lebih banyak posisi seks.
Klik di sini untuk memuat-turun(download) Kamasutra Bergambar versi Bahasa Melayu
Walaubagaimana pun, perkara yang paling penting untuk memastikan anda lambat pancut adalah kawalan minda anda. Anda harus berada dalam keadaan tenang dan tidak tertekan atau stress. Kawal minda anda dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda tidak akan pancut ketika anda berasa ingin klimaks atau pancutkan air mani.
Yakinkan diri anda, anda boleh!
Selain anda pancutkan air mani ke dalam faraj isteri anda, adakah anda tahu isteri anda juga boleh pancut. Jika isteri anda pancut, itu tandanya isteri anda benar-benar puas dalam hubungan seks.
Klik di sini jika anda ingin tahu bagaimana petua dan teknik untuk anda pancutkan isteri anda.
Popularity: 55% [?]
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Saiz Zakar Melayu
December 3, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Untuk seorang lelaki, saiz zakar memainkan peranan yang penting dalam mengharungi kehidupan seharian. Tambahan lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Oleh kerana setiap manusia adalah unik dari aspek fizikal, saiz zakar juga adalah unik dan pelbagai.

Ada yang menyatakan saiz zakar dipengaruhi oleh bangsa dan genetik. Ada pula yang percaya dengan senaman atau aktiviti fizikal akan mempengaruhi saiz zakar.
Untuk lelaki berbangsa Melayu, kajian yang dilakukan mendapati saiz zakar lelaki melayu dipengaruhi oleh empat faktor di bawah,
- Pengambilan zink ketika hamil mempengaruhi saiz zakar lelaki melayu
Kekurangan pengambilan zink ketika hamil mempengaruhi perkembangagan organ pembiakan. Namun masih kurang kesedaran pengambilan zink di kalangan ibu-ibu yang hamil. Selain itu pengambilan zink perlu di bawah nasihat doktor selama ibu mengandung. - Pengambilan Makanan ruji mempengaruhi saiz zakar lelaki melayu
Nasi adalah makanan ruji bagi masyarakat Melayu. Namun semasa pembesaran, protein lebih banyak diperlukan berbanding. karbohidrat. Yang terjadi sekarang anak-anak sekarang gemuk-gemuk tapi tidak bertulang besar. Akibatnya, zakar tidak berkembang secara optimum, selain nasi mengandungi unsure salah satu enzim yang menghalang penyerapan Zink dalam tubuh. - Pemakaian Seluar dalam mempengaruhi saiz zakar lelaki melayu
Kebiasaan memakai seluar dalam yang ketat sepanjang hari bukanlah suatu yang baik. Hindarilah memakai seluar dalam yang ketat dengan menggantikannya dengan seluar pendek dan longgar atau boxer. Peredaran darah dan pertumbuhan zakar akan lebih baik. - Faktor Bersunat mempengaruhi saiz zakar lelaki melayu
Jangan bersunat ketika usia masih dalam pertumbuhan, biarkan kulit zakar dan zakar berkembang lebih dulu. Umur yang sesuai antara 13-14 tahun. Berkhatan pada usia ini, membuatkan kulit zakar tertarik. Boleh menconohi kebiasaan unik bangsa Afrika yang sejak remaja hingga dewasa selalu mengurut zakar mereka. Tak hairan bangsa Afrika dikenali sebagai bangsa berakar besar.
Walaupun kajian ini dijalankan secara saintifik, kajian ini tidak boleh dipercayai akan memberi kesan 100% kepada faktor saiz zakar lelaki melayu.
Jika anda inginkan saiz zakar yang lebih besar melalui teknik senaman, saya mengesyorkan satu produk yang dikenali sebagai Penis Advantage.
Dengan mengikuti program Penis Advantage, anda boleh membesarkan zakar anda melalui teknik senaman zakar yang mudah dan telah dibuktikan dari segi saintifik.
Anda boleh melayari laman web Penis Advantage di sini dengan klik di sini.
Popularity: 9% [?]
Penyakit Seks Melayu pada masa kini
November 27, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Banyak Penyakit Seks yang menular dalam masyarat Malaysia, bangsa melayu khasnya pada masa sekarang. Terlalu banyak faktor-faktor yang mempengaruhi penyebaran penyakit seks ini, terutama sekali dengan perkembangan teknologi media pada masa kini.

Onani, Melancap atau Masturbasi adalah salah satu daripada penyakit seks
Berikut disenaraikan penyakit seks yang berkaitan dengan psikologi yang melanda masyarakat melayu.
- Beastially
Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itik, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular. - Exhibitionisme
Orang yang suka melihat perempuan berjalan khusunya bahagian punggung sehingga menimbulkan keghairahan. - Fetishisme
Lelaki yang suka menyimpan dan mengumpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya. - Homoseks
Seks dikalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur. Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur. Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV - Incest
Melakukan seks dengan keluarga terdekat seperti ibu, adik, kakak, bapa. - Lesbian
Lesbian di kalangan remaja melayu tidak begitu serius. Ia berlaku di kalangan anak-anak remaja perempuan yang tinggal di asrama atau di kilang-kilang. Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beralih melakukan cumbuan-cumbuan dikalangan sesama mereka. Satu orang bertindak sebagai lelaki dan satu orang bertindak sebagai perempuan. - Molest
Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggung atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan. - Necrophilia
Orang yang melakukan seks dengan mayat. - Nymphomania
Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan seks dengan banyak lelaki. - Onani / Melancap / Masturbasi
Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melancap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau menggesel kelentit di kalangan remaja perempuan. Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau atau ketagih hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan fisikal dan mental. Lelaki juga turut melakukannya – malah jumlahnya lebih ramai. - Pedophilia
Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa. Dianggap sebagai jenayah seks yang sangat berat. - Satyriasis
Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan banyak perempuan. - Scoptophilia
Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetubuh. Jangan terkejut mendapati manusia ini suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubuhi oleh orang lain. - Trollisme
Lelaki yang suka melihat perempuannya disetubuhi oleh orang lain. - Wifeswapping
Orang yang suka menggangu isteri dan suka lakukan seks pada isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk seks. - Voyeirisme
Orang yang suka mengintip perempuan mandi telanjang melalui mana-mana lubang yang terdapat di rumah mereka. Ada yang sanggup tidur satu malam diatas bumbung hanya sekadar melihat suami-isteri bersetubuh. Turut digelar sebagai Kaki Skodeng. - Zoophilia
Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks.
Popularity: 3% [?]






