Risiko Suntikan Cegah Hamil

December 10, 2008 by  
Filed under Soal Jawab Seks Melayu

SOALAN

SAYA sudah berkahwin selama dua tahun dan kini anak sulung saya berusia setahun lebih.

Saya pula berusia 21 tahun dan selepas melahirkan anak, saya terus merancang keluarga dengan suntikan setiap dua bulan sekali.

Selama setahun, tiada masalah pada kitaran haid saya.

Namun selepas itu, saya tidak didatangi haid selama tiga bulan. Keadaan ini agak merisaukan kerana sejak akhir-akhir ini, saya sering sakit belakang, dan adakalanya .

Adakah sebarang kesan sampingan jika saya terus memakainya?

Jika saya bertukar kepada pil, adakah kitaran haid saya ini akan teratur?

Saya bimbang untuk mengambil pil kerana tidak mahu lagi buat masa ini memandangkan anak saya masih kecil.

JAWAPAN

SUNTIKAN setiap dua bulan (lebih tepat setiap lapan minggu) yang anda maksudkan mengandungi Norethisterone Enanthate (NET EN).

Suntikan yang lebih dikenali sebagai suntikan depo ini mengandungi hormon saja dan tidak mengandungi hormon estrogen.

Suntikan ini sesuai untuk kebanyakan , terutama bagi ibu yang (kerana ia tidak mengandungi hormon estrogen maka penghasilan tidak berkurangan) serta wanita yang sukar mengikuti aturan pengambilan (terlupa, sibuk dan seumpamanya).

Seperti mana-mana , kaedah suntikan depo juga mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Seseorang perlu memahami kemungkinan kesan sampingan agar tidak panik dan lebih bersedia menanganinya jika mengalami kesan ini walaupun begitu tidak semua wanita yang menggunakan kaedah ini akan mengalami kesan sampingan serupa.

Pada tiga hingga enam bulan pertama mula menggunakan kaedah ini, haid berkemungkinan menjadi berpanjangan, lebih banyak dan tidak teratur. Selepas enam bulan, haid menjadi sedikit dan bilangan harinya lebih pendek.

Malah, ada juga yang akan mengalami ketiadaan haid langsung seperti yang anda alami.

Kesan tambahan seperti sakit belakang, pening kepala dan sakit perut boleh berkaitan ataupun sebaliknya muncul akibat ketiadaan haid.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan teliti sebelum meneruskan kaedah ini bagi memastikan anda sihat dan tidak menghadapi penyakit seperti masalah darah beku, tekanan darah tinggi, kemurungan dan seumpamanya.

Ini adalah antara kaedah paling berkesan dalam mencegah kehamilan. Keberkesanannya adalah sehingga 99.7 peratus. Ini bermakna bagi setiap 1,000 pengamal kaedah ini, hanya tiga orang berkemungkinan hamil.

Malah, selain mencegah kehamilan, suntikan ini mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti endometriosis, kanser rahim, kanser ovari, anemia yang disebabkan kekurangan zat besi dan penyakit radang pelvis.

Anda boleh bertukar kepada untuk mendatangkan haid dan menjadikan kitaran haid teratur, namun ia memerlukan kesungguhan.

Terlupa atau lewat memakan pil ini mendedahkan anda kepada risiko kehamilan.

Jika diambil mengikut aturan, pil juga mempunyai keberkesanan yang tinggi. Pelbagai pilihan kaedah pencegah kehamilan berkesan di negara ini yang membolehkan seseorang memilih kaedah paling digemari dan bersesuaian dengannya.

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 2% [?]

Carian Popular:

seks-melayu.info
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline