Benarkah Onani Punca Gemuk?
August 26, 2011 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?
JAWAPAN
Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali.
Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya.
Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.
Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan wanita.
Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka ‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokan.
Agama Islam juga mengharamkan seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton filem porno. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya bernikah demi mencapai perintah Allah.
Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat yang sering dikaitkan dengan onani. Dari segi pandangan perubatan moden, onani adalah selamat dan tidak membahayakan.
Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas onani. Onani boleh memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension). Ia adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV. Ia juga adalah suatu cara seseorang wanita mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks, dapat meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual, memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri dan juga boleh membantu wanita mencapai orgasma.
Popularity: 2% [?]
Carian Popular:
- soaljawab jilat faraj
- soal jawab sek
- isteri melancap zakar suami
- cerita lucah onani
- hubungan seks onani perempuan
- onani dan seks
- onani gemuk
- seks onani
- punca onani
- kos pembedahan minor kelenjar bartholin
Kepuasan Seks, Jangan Syok Sendiri
March 21, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Petua Seks Melayu
Nikmat seks memang mengasyikkan. Namun tidak semua pasangan suami isteri akan merasainya ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan. Adakalanya hanya sebelah pihak saja merasai kepuasan setiap kali aktiviti itu berlangsung.
Keadaan ini sudah pastinya akan menyebabkan ada yang kecewa dan tidak berpuas hati. Akibatnya ada antara pasangan terutama isteri yang mengelak dan menolak untuk mengadakan Sememangnya ada banyak cara untuk melakukan seks tapi sedikit cara untuk merasai kenikmatan. Bagi memastikan hubungan intim dinikmati oleh kedua pihak anda mungkin boleh mengaplikasikan tip di bawah.
Santai
Lakukan dengan santai dan perlahan, terutamanya bagi pihak suami. Tidak perlu terburu-buru mahu menikmati orgasma sebaliknya rasai sentuhan-sentuhan yang dilakukan oleh pasangan. Cara itu anda bukan saja akan mendapat kenikmatan tapi juga ‘kejutan-kejutan kecil’ yang menyeronokkan.
Sentuhan
Sentuhan nikmat di bahagianbahagian tertentu pasangan pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam. Oleh itu ingatlah bahagian mana yang boleh medatangkan kenikmatan pada
pasangan. Selain itu terokai juga bahagian-bahagian yang sebelum ini belum pernah anda lewati. Siapa tahu sentuhan di bahagian tersebut mampu memberi kepuasan dan sensasi yang luar biasa pada pasangan anda.
Penuhi Keinginan
Tanya pasangan apa yang mampu membuatkan dirinya berasa puas dan nikmat semasa hubungan intim. Penuhi keinginannya sebaik mungkin. Ataupun perhatikan tindakan yang boleh memberikan respons yang mengasyikkan dari pasangan. Praktikkan setiap kali bersama dengannya.
Lakukan sepenuh hati
Jangan mengambil mudah aktiviti seks. Sebaiknya berikan tumpuan dan lakukan sepenuh hati untuk memastikan pasangan dan diri anda sendiri berpuas hati. Hasilnya pasti akan sempurna. Baik pada suami atau isteri belajarlah untuk menyerahkan diri pada pasangan setiap kali melakukan hubungan intim. Relakan diri untuk diperlakukan oleh pasangan selagi tidak melewati batas-batas agama. Pasti akan mendapat kenikmatan yang tiada tara.
Atur jadual
Aturkan jadual khusus untuk bersama di ranjang terutama jika anda dan pasangan sama-sama sibuk. Sisihkan waktu walaubagaimana sibuk sekalipun anda berdua, paling kurang seminggu sekali untuk anda dan pasangan. Gunakan waktu berdua untuk saling terbuka, memahami peribadi pasangan, keinginan dan fantasi seksual masing-masing.
Memanjangkan sesi pemanasan
Pemanasan atau foreplay, dapat membantu membina keyakinan diri dan menyiapkan diri untuk melakukan hubungan seks. Keyakinan dan juga kesediaan diri pastinya akan menghasilkan kenikmatan. Sekiranya anda atau pasangan belum bersedia sudah pasti seks seperti dipaksa. Perasaan seperti ini tidak akan memberi kepuasan baik pada anda dan juga pasangan. Oleh itu pastikan anda dan pasangan benar-benar bersedia.
Popularity: 5% [?]




