Malu Buah Dada Tak Sama Besar
March 25, 2009 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya berumur 23 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter dan berat 46.5 kilogram. Saya masih belajar di institusi pengajian tinggi. Saya pernah mendengar masalah mengenai payudara tidak sama besar yang dianggap biasa tetapi masalah saya agak ketara kerana ia umpama perbandingan antara buah epal dengan buah rambutan iaitu payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan.
Saya terpaksa meletakkan tisu supaya ia nampak sama besar tetapi tentunya ia tidak kelihatan seperti bentuk semula jadi. Ini menyebabkan saya terlalu rasa rendah diri lantas mengambil keputusan untuk tidak mahu berkahwin. Adakah ini kanser? Jika saya ingin mendapatkan rawatan, berapakah anggaran kos rawatan memandangkan saya masih belajar.
JAWAPAN
Perbezaan saiz payudara yang ketara lebih lazim berlaku di kalangan ibu yang menyusukan badan yang cenderung menyusu dari sebelah payudara saja.
Ini kerana bayi mungkin lebih ‘menyukai’ sebelah payudara saja. Akibatnya payudara yang menyusukan bayi itu lebih besar berbanding payudara yang tidak digunakan untuk susuan. Dalam keadaan ini, ibu terbabit digalakkan memulakan penyusuan daripada payudara yang kecil sehingga bayi menolaknya kemudian barulah disambung penyusuan daripada payudara yang besar.
Amalan ini digalakkan berdasarkan teori merangsang payudara. Anda mungkin boleh mencuba teknik rangsang manual (menggunakan tangan anda) ini ke atas payudara yang kecil. Kaitan dengan kanser kecil ada kemungkinannya lebih-lebih lagi jika anda sememangnya mengalami masalah ini sejak awal kedatangan haid dulu.
Bagaimanapun, pemeriksaan fizikal dan imbasan ultrabunyi ke atas payudara dapat membantu mengetepikan kemungkinan barah dan menghentikan kerisauan anda.
Pembedahan untuk membesarkan payudara lazimnya dilakukan pakar bedah plastik, kosnya berbeza-beza mengikut keperluan namun secara amnya mencecah ribuan ringgit. Pengambilan ubat-ubatan pula lazimnya memberi kesan sistemik ke atas kedua-dua belah payudara, ia juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Untuk permulaan, anda boleh berjumpa dengan pakar bedah am untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Popularity: 2% [?]
Carian Popular:
- buah dada melayu
- saiz payudara tidak sama
- MENGECILKAN PAYUDARA
- payudara besar melayu
- tip membesar zakar@melayu lucah
- buah dada tidak sama besar
- ubat mengecilkan payudara
- langkah mengecilkan payudara
- petua lama besarkan payudra
- petua mengecilkan buah dada
Isteri sukar hamil
December 24, 2008 by Info Seks Melayu
Filed under Soal Jawab Seks Melayu
SOALAN
Saya sudah berumah tangga selama hampir 10 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Saya dan suami pernah diberi ubat kesuburan tetapi hingga kini belum berhasil.
Baru-baru ini saya bertemu dengan seseorang yang terbabit dalam industri jualan langsung dan dimaklumkan perut saya bukan kembang tetapi ia membengkak lalu saya sukar hamil.
Ini mungkin disebabkan saya pernah jatuh atau mengangkat benda berat yang menyebabkan masalah bengkak itu. Haid saya normal cuma ada ketikanya, saya mengalami senggugut. Kadangkala selepas bersama suami, perut saya berasa sakit.
Apakah yang harus saya lakukan?
JAWAPAN
ELOKLAH anda bersama suami berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut memandangkan usia perkahwinan yang lama. Ubat kesuburan hanyalah merangsang pembesaran telur di dalam ovari puan, keberkesanan ubat terbabit juga tidak sama untuk setiap wanita.
Pengambilan ubat kesuburan seeloknya dipantau kesannya menggunakan ultrabunyi, jenis dan dos ubat terbabit ditentukan atau diubahsuai mengikut kesannya ke atas ovari serta lapisan endometrium rahim.
Masalah kesuburan pula boleh berpunca daripada bahagian lain, bukannya disebabkan telur yang tidak membesar saja. Contohnya, bilangan dan peratusan sperma suami yang mencukupi perlu untuk membuahkan kehamilan tanpa bantuan teknik tertentu.
Jika tidak mencukupi, teknik permanian berhadas (lebih dikenali sebagai IUI) dapat mengatasi kekurangan ini. Jika bilangan dan peratusan sperma berkualiti terlalu rendah pula, teknik permanian berhadas pun masih kurang sesuai dan elok dirawat secara persenyawaan tabung uji (lebih dikenali sebagai ICSI).
Ada juga keadaan di mana air mani hanya mengandungi cecair saja dan tidak mengandungi sebarang sperma, keadaan ini dinamakan azoospermia dan memerlukan penyiasatan lanjut.
Bagi wanita pula, selain ovari yang masih berfungsi menghasilkan telur, organ lain sistem peranakan juga penting. Tiub falopio mestilah tidak tersumbat. Memandangkan anda juga mempunyai masalah senggugut, kaedah penyiasatan tiub falopio secara pembedahan laparoskopi lebih sesuai daripada kaedah secara sinaran-x kerana anda mungkin mempunyai penyakit lain yang berkaitan.
Ia sejenis pembedahan kecil menggunakan kamera berteleskop yang dimasukkan melalui potongan kecil sebesar satu sentimeter di dalam pusat. Satu, dua atau tiga lagi lubang kecil bersaiz setengah sentimeter pula dibuat di bahagian ari-ari mengikut keperluan.
Melalui kamera ini, keadaan dalam ruang pelvis anda yang menampakkan permukaan luar rahim, permukaan luar kedua tiub falopio kanan dan kiri, ovari kanan dan kiri, permukaan dinding rahim, struktur penyokong serta keadaan ruang abdomen sehingga ke bahagian atas menampakkan permukaan luar dan bawah hati dapat dibuat penilaian secara langsung.
Sejenis cecair berwarna kemudiannya akan dimasukkan melalui pintu rahim dari arah faraj dan laluannya akan dilihat keluar melalui bukaan tiub falopio kanan dan kiri ini.
Kaedah rawatan kesuburan lebih bergantung kepada usia wanita dan punca masalah kesuburan dengan turut mengambil kira usia perkahwinan dan kesesuaian atau kemampuan pasangan itu sendiri daripada segi kewangan.
Ini kerana kos rawatan jauh berbeza mengikut jenisnya. Sudah tentu peratusan kejayaan juga berbeza mengikut jenisnya. Usahlah menunggu lebih lama dan dapatkan rawatan pakar. Harus diingat, dengan pertambahan usia wanita, ubat kesuburan juga lazimnya lebih mahal (jenis dan dosnya lebih tinggi) namun peratus kejayaan sebaliknya semakin menurun.
Pandangan atau telahan mengenai rahim atau perut membengkak adalah istilah kabur. Saiz rahim membesar lazimnya akibat penyakit fibroid atau adenomyosis. Pemeriksaan doktor dapat mengesan keadaan ini, malah dapat mengukur saiz rahim anda.
Popularity: 3% [?]


